Last week saja je aku call beberapa hotel kat PD memandangkan weekend ni terpanjang pulak cuti. Mula-mula glory beach, -penuh, tiara pun penuh, last-last dapat gak Bayu Beach Resort. Oleh kerna kakak ipar datang dari kg sorang nak bercuti maka tempahlah untuk 2 bilik tapi penuh, yang hanya 1 bilik family untuk 4 orang. Redah ajela dah nama pun last minit tempah. Siap minta harga koprat rate kerna dah bg tau isteri guru. Daripada Rm 340 ke Rm 280 oklah sebab nama pun hotel 3 bintang kan.
Sempat juga aku survey kat website tengok riview komen pelancong. Menakutkan dari 3 bintang harga hotel tu semua bagi bad news. Yelah kalau bayar 2 bilik rm 340 untuk weekend tapi servis hanya 1 bintang baik tak payah tempah. Tapi aku naklah jugak befikiran positif manalah tahu kot-kot bilik yang ditempah oleh pelancong memang bermasalah. Antara komen-komenya bilik jauh dari lif, aircond tak sejuk langsung(rosak kot time tu), hot water tiada dan Breakfast pulak dia kata disaster sekali.
Maka sabtunya lepas gi kenduri kawan opis kahwin dekat Tmn Melawati maka teruslah aku sefamily bertolak ke sana. Lebih kurang 4.00 petang maka sampailah kat Bayu Beach resort tu. Masuk aje bilik, wahh air-cond style lama, berbising pulak tu. Hot water semua ada, anak-anak mulalah nak masuk kat bath-tab nak mandi. Nilah kegemaran mereka kalau pergi bercuti nak aje mandi kat bath tab. Lebih kurang 6 ptg ,wife dan adik bradik dia gi pasar malam kat teluk kemang bawa anak-anak jadinya aku turun lah gi swim kat pool dan pi mandi laut . Wahhh pantai dia taklah kotor sangat tapi air macam biasa lah taklah secantik/bersih perhentian yang delinn pergi aritu dan maybe pantai balok yang dah rancang nak pergi Jun nanti.
Malamnya pulak kalau nak dinner selalunya aku pergi ke Restoren Tara kat Teluk Kemang. Kira kalau dari Bayu Beach tu lebih kurang 2 minit je drive ke situ. Selain dari harga berpatutan dan makanan Thai dia ok aku dah tahu kat situ memang dah pasang Astro(jeng jeng sure AF lagilah). Sampai aje kat kedai tu 9.00 tepat (ngam-ngam buletin 3 habis)macam biasalah suruh tuan kedai tu tukar ke Astro Ria. Wahh rupenya lepas tukar je ke Astro Ria cerialah pelanggan yang memang tengah tunggu dan ada 1 family tu datang-datang aje terus minta combine meja untuk dapat view paling depan. Tahun depan hentilah kejap AF ni kadang-kadang nak gi melancong pun kena tengok jadual konsert la pulak.. huhuhu
Kali ni anak yang bongsu tak ikut (adik ipar jaga kat bilik dan dia tidur sebelum keluar) jadi tengoklah Af 6 dengan aman couse anak aku yang sulong memang la dah boleh layan AF sampai habis sebab nak tengok sapa bawa beg kluar boleh?? hihihi. Akhirnya betul aku nak kluar dari last week (bincang dengan Ima kat tag) memang stanly lah keluar. Dalam 10.45 tu kita orang balik tak sempat nak tunggu result keluar jadi dengar lah kat Radio Era sapa yang kluar.
Paginya selepas solat senaman apa yang patut maka tunggulah aku dulu jaga anak-anak .Lepastu turun lah aku, ya.. tepat sekali memang lah tak best langsung makanan yang di sediakan kalau nak di compare hotel tu bertaraf 3 bintang. Agaknya pihak hotel dah boleh tukar pilihan pada pelancong seperti mengurangkan harga bilik tapi tanpa sarapan pagi. Mungkin dengan cara ini pelancong boleh buat pilihan memandangkan sarapan yang disediakan memang lah tak berapa sedap , lebih sedap lagi makanan pagi di warung dekat Pasar keramat . Opsss....
Lepas anak-anak bangun ,mandi semua.. maka pergilah aku bawa depa kat jalan-jalan kat pantai. Walau 10.00 pagi tapi mujurlah mendung aja , seronok lihat anak-anak berjalan-jalan di tepi pantai. Rasanya Hotel Legend Water Chalet yang pernah aku pergi awal tahun haritu memang lagi best. Ada bilik untuk kanak-kanak bermain sesuai untuk yang ada anak anak kecil macam aku ni. Tepat 12.00 tgh maka keluar lah dari Hotel Bayu Beach resort yang rasanya dah boleh tukar ke 2 bintang sahaja. Rasanya untuk cuti bulan 8 ni nak tempah lah awal-awal lagi Hotel Legend & Water Chalet tu.