Wednesday, May 21, 2008

AF 6 ,sapa ya menang?

CAYALAH aku nak buat analisis ni tapi aku main REDAH aje , YE YE A “ ajelah aku ni sebab APA KEHALNYA YEOP kan., kang nanti alamak TERLEBIH SUDAH plak aku komen kan... Tudia siap aku besarkan Tagline pelajar pelajar AF 6 Kali ni

Analisis siapa juara ni memang nampak macam mudah nak teka tapi kadang-kadang terover confident pelajar yang menjadi paberet atau boleh di jangka menang mudah tapi kesudahanya hanya dapat no. 2. sahaja. AF 6 kali ni memanglah tak ada yang ada aura macam yang ada pada musim ke 3, tapi sebagai meminati AF ni dari musim 1 bolehlah nak buat andaian tersendiri…

Peserta yang aku rasa boleh menjadi juara kalau dia bawa lagu dia dengan bagus dan tanpa kritikkan kritis(berat sebelah) dari juri adalah si RIZ. Tapi ni kalau si Ogy tak bantai cukup-cukup sebab akak Ogy pun ada faberet dia sendiri iaitu si Stacy. Stacy boleh menang kalau pengundi fanatic beliau(dari sabah ) terus mengundi tanpa henti-henti seperti yang Ayu dari sabah menang OIAM musim ke dua baru-baru ini. Jadi antara 2 orang ini kalau dia benar bawa lagu yang di tugaskan dengan cemerlang maka bolehlah di nobatkan sebagai juara af ke 6 yang hadiahnya telah meningkat sehingga ke Rm 800.000.00 .

Sebenarnya kalau stacy menang kira oklah jugak sebab hampir setiap minggu kalau dapat lagu rancak dia boleh buat dengan begitu baik umpama penyanyi yang dah ada album . Hanya pada konsert di IB dan konsert ke 9 persembahan dia agak sederhana dan lebih sedikit aja best dari si Riz . Penyokong senyap juga mungkin jadi penentu kali ini mungkinlah aku rasa Riz boleh jadi Juara kalau dia betul betul dapat perform dengan baik dan tanpa ada kritikan yang pedas dari juri (yang kadang-kadang terlebih sudah kritik)

Tempat ke tiga pasti di rebut oleh nubhan ataupun si nadia. Ni pun bergantung pada konsert akhir nanti manalah tahu kalau si Nubhan terkluar lagi suara Angsanya mungkin nadia jatuh tempat ke tiga. Si toi macam biasa sukar nak mendapat tempat kecuali persembahan final dia tiba-tiba menjadi paling melotop sebab selalunya lepas undian di tutup beliau selalu Toi di tangga ke 2 di bawah.

Itu ajelah analisis aku tapi sebelum hari jumaat ni ,sure banyak lagi paparan diari yang suspen lagi mengejutkan. Manalah tahu salah sorang peserta menangis sendu sedan tak dapat bawa lagu dengan baik tapi bila aje konsert final terus dia perform sampai pengkritik bangun sambil tepuk tangan kira magic pun berlaku jadi dialah juara musim kali ini. Harap-harap jari –jari ku maintain tak undi lagi musim kali ni sehinggalah di konsert final sabtu nanti. Sapa ek yang menang kali ni sebab wat SUSPEN aja kalau peratusan undian tidak di tunjuk sebelum konsert bermula kekekeke . Jom pi bkt jalil jom... hehehhe... (tak pi kot)