Tuesday, May 13, 2008

HARI KELUARGA KIP JAM (Kauters)







Setelah di rancang maka pada 11 Mei hari ahad lepas berlangsungnya acara yang ditunggu-tunggu selama 3 tahun bagi yang tinggal diKIP ni. Setelah undian tempat di buat maka hari keluarga buat pertama kalinya di buat bersebelahan aja iaitu di SMK Tinggi Setapak. Aku macam biasa kalau ada acara-acara macam ni akan redah aja (uikk ternadia plak) join. Selepas subuh dan morning *** (hahahah sapa selalu baca mingguan wanita sure tahu ni) ,7.45 pagi aku pun bergegas mandi dan oleh kerana wife jadi ajk hadiah kenalah bawa beberapa barang yang penting.




Jadilah aku penyambut tetamu kejap sebab ada door gift nak beri pada sesiapa yang hadir termasuk tolong stapler nombor Cabutan bertuah. Lepas makan pagi (yang di sediakan) terus aku ke hulu ke hilir menolong apa yang patut . Lepastu acara kanak-kanak pun dah bermula, terus teringat kat anak aku yg sulong sure tengah tidur lagi. Bergegas aku balik rumah siapkan dia sebab ada acara merwarna. Anak aku pun dah ready dan tahu sebab dok tengok wife aku dok balut hadiah dok asyik minta aja. Sampai aja transit terus kat wife yang sememangnya bertugas bahagian hadiah time tu.



Maka bermulalah acara dewasa pulak,dimana ada 3 acara yang aku masuk tapi semuanya kalah.. Kecewa lah jugak semangat tag datang pagi-pagi belum dapat apa-apa. Maka tibalah acara sepasang sejoli melontar belon yang diletakkan air (wahh Gegar Balok ni kena ada acara ni) . Baling punya baling maka dapatlah no 3 aku bersama dengan wife aku acara tu.



Lepastu ada game cari barang tersembunyi pula. Kali ni 5 org so joinlah gak dengan kawan sekerja wife (bersama hubyy dan mak dia) dan macam biasa cari punya cari dapatlah jadi juara game yang ni. (wahh dapat 2 hadiah dah). Wife aku menang gak acara berkumpulan wanita iaitu isi air dalam botol(macam kanak-kanak je) dan bancuh Air Teh O. Time ni aku dok snap aje gambo.


Lepastu bawa anak aku yang sulong masuk acara mewarna. Anak aku masih belum ada mood kot(couse kena bangun awal mandi) nak tak nak je warna. Last-last aku pegang tangan dia tolong warnakan apa yang patut couse nak hantar juga kot-kot ada hadiah saguhati. Lepastu ada acara tarik tali antara gabungan blok, aku dah dapat 2 hadiah tadi jadi aku bagilah pula kawan-kawan seblok yang lain main pula.




Lebih kurang 12.20 tgh semua acara pun selesai. Oleh kerna wife jaga bahagian hadiah aku pun join lah sekali kat tepi pentas. Si Darwis dapat juga hadiah saguhati (ke semua yang masuk dapat kot ni). Seronok aku tengok dia gembira jadi lepas kemas apa yang patut majlis pun bersurai dalam 1.30 . Hadiah cabutan bertuah tak dapatlah pulak. Baguslah jugak ada acara hari keluarga Kip ni dapatlah aku bersua muka dan kenal jiran tetangga. hahahaha