Isnin lepas ada member opis dok perangat aku dah nampak berisi, huhuhu terus aku berazam minggu tu aku nak jalani latihan cargas lagi padu. Oleh kerna area tempat dia ada penimbang aku buatlah timbangan (alamak dah naik 2-3 kg ni).Jadi petangnya aku balik awal lah gak, bawa anak-anak turun sekali aku pakai kasut siap siap. Pergila aku kat tapak perhimpunan skull wife aku tu nak buat latihan-latihan ringan dulu. Dalam 15 minit tu tiba –tiba si Darwis terjatuh sebab dia tak balance nak tendang bola. (silap aku gak nak pantau dia main). Habis lutut dia berdarah ,cepat –cepat aku gi basuh dengan air paip dan terus balik nak letak ubat pulak, potong lah gak sebab tak sempat nak basah bagai.
Selasa pula petangnya macam biasa ada latihan volleyball jadi memang main 3 set terus dan memang basah la kali ni peluh keluar mencurah-curah sebab yang main pun 6 org aje (3 seblah). Balik tu sempat aku bawa lagi anak -anak turun sambil buat la senaman tai chi atau senaman slow motion tu.
Rabu rest day couse petang gi JJ Wangsa Maju(Deo baik ko buat kad JJ ).Tibalah hari khamisnya memang menjadi hari letih aku. Petangnya 6 main volley balld dengan budak-budak opis lagi.Malamnya pula buat kali pertama aku join main Futsal sebab baru je kat seblah opis aku ni baru di buka gelanggangnya. Oleh sebab lama aku tak main posisi atas aku jadi keeper ajelah lagipun baru je jadi keeper hoki aritu aku rasa macam best lak main.Main dalam 45minit kot oleh kerna ramai main kena bertukar-tukar orang jadi peluh aku macam tak banyak keluar.
Jumaat pulak jadi hari rest day tapi petangnya adik ipar ajak gi cari Note book untuk kakak Ipar kat Penang sana kat PC Fair Klcc. Sampai dalam 6 ptg macam tu terus pi bawa anak-anak main kat Klcc park tu. Berpeluh gak aku rasa walau pakai baju kerja tapi dok ligan kawal anak tu memang la letih gak. lamalah jugak kat Klcc tu sampai umah dah 9-10 malam.
Sabtu paginya macam biasa aku gi Klcc park lagi selain nak exercise , nak ambik 1 beg yang berisi botol susu tertinggal dekat food court tapi dah takde rezki beg tu dah hilang walau tanya guard kot-kot ada orang terjumpa.(sure kaum luar ambik ni). Jadi berpusing lah aku kat Klcc tapi hanya buat 2 pusingan je sebab tiba tiba aku terplan nak tengok wayang jadi kena beratur awal ni jadi pi la aku tengok cite Mummy 3 plak.
Hari ni pagi dalam 8 lebih aku gi jogging lagi tapi dekat area skull wife aku aje couse dalam 9 pagi dah kena ready untuk meeting Persatuan penduduk pulak. Petang tadi aku gi jogging sekali lagi kat Titiwangsa park pulak.Kali ni aku pusing 2 kali kot dalam 45 minit gitu. Wahhh rasanya minggu ni jadi minggu Exercise dan esok aku nak timbang adakah ada penurunan atau pun tidak. Kalau tak menjadi ni aku kena kurangkan makan nasi lah nampaknya ,ambik sayur lebih lah ek. huhu