Yay, next week cuti merdeka hari isnin, best ni start awal puasa, then boleh la tidur sampai 10-11 pagi ni. So 31 ni ,ahad ingat nak gi jogging awal pagi, then pergi la tengok sambutan kemerdekaan ke 51 dekat Dataran Merdeka. Sempena merdeka ni naklah aku cerita sikit pasal perasaan sambut merdeka tahun lepas.
( gambar kat atas ni time reheasel, ada muka aku tengah terjengul)
Tahun lepas , ulang tahun ke 50 aku sukarela join pembarisan. HR/admin opis aku mulanya nak beri pada muka-muka baru tapi aku scara semangat nak join jugak. Jadi yang join tu semua yang single mingle kecuali aku (wakil dlm comp. aku). Bulan 7 dah start dah belatih/berkawad dalam seminggu tu adalah 2 atau 3 kali, tapi seingat aku time tu selalu hujan jadi selalunya dapat makan/minum free aje couse lepas berlatih minum petang di sediakan . Bulan 8 bergabung pulak dengan beberapa lagi badan berkanun kat luar dan macvam biasa tahun lepas selalu aje hujan di waktu petang.
(Gambar kat atas pada 31 Ogos, 2007 ,ada gak nampak sipi sipi aja)
Merdeka tahun lepas hari jumaat so 3 hari kena buat raptai mulai hari isnin sampai hari rabu. Time tu juga 6 pagi dah bangun , mandi ala kadar terus menuju ke opis couse bas bergerak dalam 6.30. Bangun dan mandi awal ni kira pengorbanan lah ni dan hari jumaat walau ketua suruh datang awal aku tetap bangun dalam 6 pagi kalau terlepas bas no hal aku bermotor aje pergi park area dayabumi tu ka. Bas akan berhenti depan masjid negara dan tempat team aku berkumpul jalan menuju ke Bukit aman. Kiranya dari masjid negara tu akan berjalan/kawad sehingga ke persimpangan jln sultan Ismail ( depan Bangunan Sime darby),
( ni dah nak sampai ke tempat bersurai tapi tetap semangat berkawad sampai ujung jalan)
Time berkawad tu masa reheasal ada lagi yang dok salah gerak kaki dahulu, sure depa ni malas nak datang berlatih. Hari jumaat pun tiba, berkobar-kobar aku nak berjalan/kawad pagi tu. Cuaca pulak baik sekali so dalam 9.30 kot kontingen yang aku join mula , wahh ramai nya orang sampai nak berkawad pun tersekat-sekat tapi bila sampai depan pentas utama berjalan dengan lancar. Kontingen yang aku join dapat tempat ke 3 keseluruhan dari segi pakaian dan pembarisan terbaik. Bangga lah jugak at least penat lelah tu mendapat kepuasan kalau di iktirafkan. Lebih kurang 10.30 dah habis, tunggu bas terus balik. Itu aje kot nak cite pasal merdeka ke 50 thn lepas, thn ni kalau rajin adalah aku kat dataran merdeka tu. Ok Salam Merdeka , kekalkan kemerdekaan kita selamanya!
( Pesawat Sukhoi kot ni, berdesing telinga bila lalu)