Monday, August 25, 2008

Cuti berfamily day Opis di Tiara,PD

Jumaat lepas masih kerja dan seperti yang di rancang thn ni Family day Opis di PD lagi. ,Yay 3 petang dah boleh gerak ke PD, mujur Boss kata ok. Lagipun ramai dah nak gerak time tu sebab kang rugi pulak sampai lewat kan. Aku gerak dalam 3 lebih so sampai bdr PD singgah Bilion dulu beli jajan apa yang patut dalam pukul 5 rasanya. Nak dekat pukul 6 baru sampai Tiara dan terus check -in . Sampai je bilik 6 ptg berita tv1 umum rega minyak turun , oklah gimik politik ni, Paklah ni kadang-kadang takleh jangka ek. Then aku bawa anak-anak turun lihat sekitar kawasan PD tu cari playground dulu kat taman.









Malam pula dinner start pukul 8, so awal lah aku turun, gambar kat atas tu tempat makan sepanjang berada di sana. Yelah sebut pasal makanan biasa aje makanan yang di sediakan macam sapa cakap tah aritu. Lepastu aku sefamily pergi tempat mainan kanak-kanak di yang memang di sediakan.Punya lah ramai budak-budak main siap ada pertandingan mewarna lagi. Agak-agak anak dah penat baru lah berangkat beradu ,sempat gak singgah kat tempat makanan sebab ada sesi ceramah motivasi rupenya.





Sabtu pagi ,aku bangun awal sebab nak brekpes lepastu ada senam robik dalam 8.15, so aku aje kluar dulu kasi anak-anak dan wife tidur dulu. Pagi tu cuaca dah mendung tapi mujur la tak hujan. Mujur dah habis senam baru aku pergi balik bilik bawa wife dan anak -anak brekpes. Telematch start 9.00 pagi tapi biasa la untuk kategori anak-anak dahulu. Tahun ni opis aku buat kelainan kerna buat pertama kali petugas di pecahkan kepada 5 kumpulan. So aku kena join group orange. Aku join acara kena ambik buat epal dalam baldi guna gigi jadi Dapat naib johan dan hadiah nya towel. Lepastu ada beberapa acara lagi yang aku daftar main tapi aku bagi la peluang orang main couse dah dapat hadiah kan.


Last-last ada acara makan buah -buahan tempatan sapa habis dia menang, mengikut group la, aku join gak tapi dpt no 3 so harapan nak menang johan tu dah tak tercapai. Lepas abis semua acara baru aku naik atas tengok budak-budak , ooo layan cite kartun hari sabtu . Pukul 1 turun lunch then lepastu bawa lagi anak-anak ke tempat semalam tu ,lega kali ni tak ramai orang dan tak bising, siap aku leh baring sambil layan cite kartun apa tah. Dalam 2.15 baru balik bilik nak rehat atau lelap sekejap couse dalam pukul 4 acara paberet aku bola tampar pantai .Wahh seronok aku couse ada game ni lagipun baru je main kat balok aritu, sronok stand sana stand sini. hehehe


Dalam 3.30 kot aku turun, wife dan anak-anak tidur lagi , best kot tidur dalam airc0nd ek.Game belum start lagi couse bola tampar wanita dahulu, mujur main 11 mata aje... kekeke. Selain dari tu ajk siap sediakan buah-buahan tempatan untuk santapan petang. Ada rambutan, pulasan dan dokong aje. Lepastu acara voleyball pun mula, macam biasa menang 2 kali, kalah sekali , tapi masuk gak final sebab kalah sekali kot. Final yay group orange yang aku wakil menang. Dapat lagi tuala , kekeke, oklah besar plak tuala yang dapat tu , ada gak lutut aku tercedera sebab aku stand kat tempat pasir kerikil rasanya. Then aku naik bilik couse dah janji nak bawa family jalan-jalan atau minum ptg kat pantai sebab tiara ni hanya ada pantai buatan manusia sahaja.

6.10 ptg kot baru turun gi cari gerai jual laksa/mee kari dekat depan politeknik PD kot wife bg tau. Sebab semalam dah tau makan lambat walau turun 7.50, so ni makan lah awal skit dahulu kang sure ada ucapan panjang-panjang dari big boss. Ingat nak jalan -jalan kat pantai area situ tapi masa dah suntuk so balik Tiara semula. Sampai je aku dan wife tukar baju ,kena pakai baju ada flower katanya, santai flora plak tema dinner malam tu. Dalam 8.15 kot sampai kat tempat dinner tu, cari port yg dekat dengan makanan ,senang nak ulang alik ambik.

Artis jemputan depa panggil Abon, oklah dia jadi MC majlis mlm tu, lepas tu ada macam-macam persembahan(staff baru kena buat ), pertandingan karoke ( 4 org ke kot masuk final). Ada main Binggo sebab nak suruh tetamu tunggu sampai di ujung majlis, aku nyaris nak dapat hadiah hamper lepas dapat buat 1 baris Binggo tu tapi oleh sebab sampai lambat depan pentas tak dapat l adiah, takpe takde rezki leh cuba taun depan.(kalau buat lagilah couse mcm susah aje nak buat dengan ramai staff ni). Tal sempat aku nak tunggu sapa menang perlbagai acara khas ,dah chow sebab yg kecil dah mengantuk, darwis pulak masih tak sihat lagi,(demam sebelum dtg Pd)
So balik bilik layan Olimpik dan terus zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

Paginya macam biasa gi sarapan dalam 9 pagi kot, susah nak gerak anak2 suruh mandi, depa tak mandi basuh je muka terus gi makan, huhuhu. Sarapan kat Tiara memang kureng lah, couse sebab ramai kot so depa buat ala -ala kadar aje. Lepas makan bawa 2 anak-anak kasi terjun kolam. Mula-mula abg dia tak nak mandi, lepastu tengok adik dia turun elok je ,dia pun join lah, ala takat lutut kaki depa aje, tu pun berkeras gak aku nak suruh darwis mandi. Dalam pukul 10.20 kogt depa habis ,then giliran aku lak nak mandi, hihihi.

Lebih kurang pukul 11 kot aku selesai naik atas semula dan terus berkemas. Kita orang balik awal lah ,kang jalan sesak pulak kalau nak kluar PD lagipun lunch tak di sediakan hari check-out tu. Dalam 11.15 kot berangkat pulang dan terus menuju ke JJ wangsa maju untuk lunch kat situ. berakhirlah cuti cuti di tiara, PD