Pagi rabu lepas aku dapat masej dari no 012*******, Dia taip bapa aku meninggal smlm pkl 3.30 pagi. Selamat di kebumikan pukul 4 ptg. Maaf tak sempat inform.
Alamak, aku pun suspen aje, dah la tak tulis nama sapa pengirim, maybe dia tukar no h.p baru aku teka atau pun dia salah hantar masej pada orang lain terhantar kat aku. So aku rasa maybe tersalah send masej lah ni.
Pagi ni aku buka forum Ex- skolah aku rupenya kawan sekolah dulu, IC , kena buat call lah ni atau kena reply masej dia . Yelah dia pun tak tulis nama sedangkan nombor dia dalam simpanan aku nombor celcom tu yang conpius tu. So lenkali kalau ada berita mengejut macam tu baik tulis nama ek kang conpius plak orang yang terima tu
Oh ya cuti skull menjelma lagi jadi selalunya aku akan ambik cuti tahunan sebab senang tulis alasan nak cuti , (balik kg lah). Petang ni lepas tengok chong wei main badminton maybe gerak balik ,lepas magrib kot ni. Hope badminton dapat lah pingat , kalau tak emas, perak pun dah ok .(tapi semua nak emas ek). Aku rasa macam boleh je dia lepas masuk final esok.
Sabtu ada kenduri anak sepupu aruah abah kahwin, ahad pulak anak saudara seblah emak lak kahwin. So cuti ni layan kenduri kahwin dan layan sukan olimpik lah nampaknya. Selasa depan baru balik Kl semula, tengoklah kalau boring astro super sport takde kat penang balik hari isnin lah gamaknya nanti.