Wednesday, August 20, 2008

Cuti , berkenduri sambil berolimpik aje

Jumaat lepas ,kononya nak gerak dalam 6 ptg gitu tapi oleh kerna nak tengok semi final badminton yang di harap bakal membawa pingat emas katanya . Layanlah dulu sampai habis game baru bersiap-siap pack2 barang nak bawa balik kg. Dalam 9 mlm gerak lah pulang menuju ke utara. Sampai tapah beli makanan ringan dulu/ air kopi (tapau aje) kang kalau dok RnR tu mau ambik sejam, so buang apa yang patut baru gerak.

Aku drive sampai hentian RnR bkt gantang Perak ajo tertiba mengantuk la pulak, mujur adik ipar aku ada and dia leh drive. Anak-anak kalau jalan malam selalunya depa akan tidur aja. Sampai Jawi dalam 2 pagi rasanya. Layan Olimpik jap then tidur. Oleh kerna keletihan bangun awal then tidur balik dek keletihan then dalam 11 pagi tu bersiap-siap apa yg patut baru pergi kenduri tapi layan la Olimpik dulu acara renang yang habis dalam 11.30 kot .

Dalam 40 minit kot sampai la ke rumah kenduri , sampai aja terus la terkam ,hehehe, lama tak makan masak gulai kawah daging, depa buat gotong royong kot sebab sembelih lembu, dagingnya empuk -empuk, ada 4 mata kot, ayam masak merah, daging dalca, daging gulai dan tomato/air asam kot . Fuhh selera sekali couse aku makan 1 dulang dengan wife + anak -anak aje. Lepastu lepak kg aje sampai petang, then balik rumah sampai aje layan Olimpik lah . Mujur rumah kat Jawi tu ada astro super sport gak so hari selasa lah plan balik ke kl semula.

Ahadnya pula macam biasa selalunya aku gi jogging so berexercise lah aku dahulu sebab ahad ni ada 2 jemputan kenduri katanya (kena pecahkan lemak dahulu, hehehe). Lepas aje habis acara berenang olimpik baru keluar pergi kenduri 2 tempat kali ni iaitu dekat dgn rumah kat kg dan 1 lagi kat Batu ferinngi. Pergi ambik emak dan adik couse kali ni kenduri kat Penang tu Jiran adik yang jemput. Oleh kerna adik ipar Overtime so pergilah aku sefamily ke bt feringgi sana. Sampai dalam 1.30 kot , memang nasi berani Penang lazat dan enak sekali, ke nasi kandaq ek couse ada gak kuah gulai, ayam masak merah, acar bawang kot.

Balik tu baru pi kenduri ke 2 , so sampai dalam 3.30 ,orang pun dah tak ramai. Ada laksa gak tapi oleh kerna ada lauk pengantin belum habis aku balun sekali lagi makan nasi. Tapi lauk lebih ajelah nasi sejemput aja . Oleh kerna anak sepupu yg kahwin aku kenalah tolong apa yang patut, angkat pinggan lah, kemaskan meja mujur basuh pinggan dah ada orang. So lepastu lepak jap kat rumah Emak then baru pulang semula ke Jawi couse rumah kakak tv nya rosak la pulak sebab dalam 9.30 mlm perlawanan akhir chong wei dan Lei Dan. Balik tu layanlah olimpik, bila lah si joe nak balik kl nak berbadminton dengan dia couse terror katanya aritu. Oklah tu dapat pingat perak, rm 3000 sebulan tu pencen dan dpt rm 300 K lagi kan.

Isnin dan selasa aku hanya layan olimpik aja, Isninya pergi rumah kakak ipar(jamu mee kari) pun layan olimpik, mcm deo kata aksi volleyball wanita pantai paling best tengok, bergegar paha2, dan buah da** opsss bila depa main tu. Selasa pagi pulak pi jogging lagi area perumahan dan abistu cuci pulam kereta so bermandi peluh la aku.Petang tu dalam 4 petang baru bergerak pulang ke kl, kali ni saje ikut jalan lama pulak sampai ke kuala langsar baru naik Plus. Dalam 7.30 sampai dinner kat RnR tapah. 8.30 baru gerak semula dan sampai kat Kl dalam 10.15 rasanya.