1 Syawal, tahun ni lepas aku membebel kat blog pasai abg aku tak balik kg beraya ,choiihh terus balik abg aku no 2 naik flight (dia dpt diskaun couse keja MAS). Baliknya pagi isnin sorang diri couse ptg raya pertama kena balik dah sebab dah kena keja malam so oklah dia sedar lah gak kena la balik umah mak sama.Plan aku nak gerak petang raya cancel sebab aku rasa wajarlah abang aku tu kena tolong sebab lama dah dia tak balik beraya kat P.P, asyik umah mertuanya di S'lngor itu aje.
Abang aku no 1 balik jugak pagi raya ke 3 dengan beberapa orang anak, sebab 2 anak dia yang dah kahwin tu tak dpt balik sekali. Ada dia hantar kan dulu anak dia yang sorang baru abis belajar pulang ke kg tolong atoknya pulak. Jadinya raya kali ni mak aku taklah bermuram macam tahun lepas tapi semalam kakak aku bg tau mak aku still tak puas hati kat adik pompuan aku yg bongsu tu,raya ke 5 baru balik kg . Tahun lepas dan tahun tahun sebelumnya macam tu juga kecuali 1 tahun tu suami dia kena kursus kat German.
Raya pertama dalam 7.15 pagi ,aku gerak dari rumah wife aku sorang diri balik umah aku sebab aku rasa macam tak best aja pagi raya aku tak ziarah kubur aruah abah aku. (dan tok/tok wan aku gak). Wife aku tak kisah lagipun dia masih bercuti lagi, lagipun mak/ayah wife aku pun dah takde so dia plan nak ziarah kubur time dia dah boleh baca yassin nanti. Masjid kat tempat aku lepas pray raya ,kutbah,tahlil ada buat jamuan raya makan nasi merah/daging berlaukkan gulai daging dan air asam dan makan siap betalam . Lepas makan dalam 10 pagi baru ziarah kubur dengan cuaca yang masih mendung dan nyaman sekali (agaknya 25 C kot).
Lepastu baru balik , dan aku perkena pulak ketupat 1 cicah kuah rendang ayam . Lepas beraya bermaafan dengan mak, kakak ,abang serta bagi duit raya kat anak-anak buah baru aku bergegas pulang.Dalam 11.30 kot sampai Jawi , terus bersiap anak-anak untuk beraya umah Pak/Mak Menakan wife aku yang kampungnya terletak di Relau, Kedah (sempadan aje dgn S.perai ).Kat situ kami beraya 4 umah kot termasuk 1 umah kawan baik wife aku.
Dalam 3.30 kot balik semula Jawi, then aku pray,rehat jap sempat la terlelap jap dengan anak-anak pun sekali terlelap gak. Dalam 6 ptg baru gerak semula ke kg aku lak. Kakak aku dah balik umah mertua, abg aku pun dah balik ke Klia, adik aku yang keja Penang hantarkan couse dia balik gak ptg raya lepas dia balik keja Hotel tu. Terus aku menuju umah Pak Su aku yang memang 1 kampung pun. Petang raya selalunya Mak Menakan aku yg dok kat Tanah liat, BM akan datang gak so dia mai sekali dengan anak-anak dia. Cuma Pak ngah aku yang dok kat kulim tak pulak datang sebab dia selalu gak mai petang raya . Mungkin lah Tok/TOk wan dah takde jadi depa macam dan jarang balik raya kat area kg aku.
Selalunya aku akan singgah umah Mak Jang plak yang lokasinya hanya di belakang umah Paksu aku tu. Tapi takde pula depa anak beranak so tak pi la raya umah dia kali ni.Itu ajelah adik bradik aruah abah aku yang seramai 5 orang tu. Adik beradik Mak aku pulak tinggal sorang aja sebab Maklong dan Paksu aku dah meninggal. Hanya tinggal Pak ngah aku ja , aku plan beraya umah Pakngah raya ke 2 couse depa selalu buat jamuan raya ke 2. (kira buat open house kaedahnya).
Balik umah Mak ada lah anak abang aku sorang dan 3 anak adik lelaki aku yang keja hotel tu. Ehh lupa nak cite adik lelaki aku tu dah Duda jadi nya memang dia tak balik umah mertua dia kat Puchong tu. Balik tu terus mengadap tv yang aku rasa tertengok cite Anak Mami ka Mami tanjong karya Prof. Razak tu.