Tuesday, October 7, 2008

Citer Raya lagi -

Rupe-rupenya mood nak beraya tahun ni bukan melanda kat aku sorang bila aku baca blog kawan-kawan banyak yang tak beraya sakan termasuk lah aku.(tapi baru baca blog angah kemain raya dia still meriah jalan sana sini) So raya ke 2 sampai ke 5 aku macam dah malas nak contact member-member sekolah dulu nak pi beraya . Sebenarnya raya ke 2 tu aku ,selalunya Mak aku akan ajak gi mana-mana umah saudara/sepupu dia ataupun gi umah Pak Ngah aku kat kulim atau Makcik kat Tanah liat.

Bila aku tanya rupenya my Mum lepas makan nasi berlaukkan daging kat Masjid semalam , dia dah rasa pening menandakan dia kena rehat kat umah ,sebab ada la skit mak aku kena jaga/pantang makan daging. Pagi tu , aku pun malaslah nak gi jalan-jalan lagipun mak aku terplan nak buat lauk gulai nenas/udang, terung goreng bercili dan 1 lagi lauk ikan apa tah, so aku pun tolong la kat dapur sama-sama dengan wife. Fuhh memang sedap lauk tu siap bertambah ,mujur pagi tu aku buat exercise + cuci keta, hiks.

Petangnya aku plan nak ke umah 2 kawan baik masa skolah , sorang kat bkt kecil dia takde pula couse raya umah wife dia sampai esok .Sorang lagi kat tasik glugor,aku call dia ,suruh mai ptg dan dia akan call aku balik kalau dia dah abis beraya umah pak menakan dia . So dalam pukul 3 aku dah gerak tapi kami pi Jaya Jusco kat Perda dulu sebab ada benda kena beli. Sampai kat sana, anak-anak aku pergi main dulu. Besar jugaklah JJ kat sini siap ada library untuk kanak-kanak.

Bila dah nak balik tu dalam 5 ptg member aku lom call, dah sah dia belum balik, so masuk je keta anak-anak pulak tidur. Last-last balik ajela umah couse mlm nanti nak gi beraya umah sepupu yang raya ke 2 selalu buat majlis .So hari ke 2 tu beraya 1 umah aje kaedahnya ,lagipun aku macam syok pula layan cite raya tahun ni. Balik dari umah layan filem Otai, ingat macam tak best, oklah layannn walau dah tahu lawak si Apek macam statik dah la ni.


Raya ke 3 plak pagi-pagi tu abang long aku dah balik, pagi hari jumaat macam singkat ja nak gi beraya mana-mana . Ada adik bradik mak(sepupu) aku datang ,lepastu bawa mak aku gi market beli ikan. Dalam pukul 12 kot aku gerak semula ke umah wife aku ,dia dah plan dengan kakak dia nak melawat adik bradik aruah abah depa kat area Pdg Serai .Petangnya dalam pukul 4 baru ke sana, pergi 1 umah aje hari jumaat tu, balik dari sana singgah Rnr juru ,lepastu balik umah layan tv lah. Aku baru prasan umah frape dah tak jauh rasanya dari Pdg Serai tu(jgn marah ek frape) ,oleh kerna lewat tak de lah nak call dia, takpe lenkali plan keluar awal boleh pi lunas kalau gi sana tu.


Raya ke 4 baru gi raya umah member skolah, jumpa dia kezutan la plak, dah ada 3 anak, kenalah aku kejar ni ,hiks. Aku kenal dengan kawan aku ni dari form 2 se kelas sampai lah form 5 (form 4 je tak sekelas). Mak dia siap nak kenenkan kawan aku tu dgn adik pompuan aku masa dia bujang ,hehehe but takde jodoh. Lepas balik dari umah dia terus ke umah kakak Ipar aku kat area S. Bakap plak. Ada di sediakan jamuan raya nasi ayam + soto. Oleh kerna kakak ipar aku tu ada baby kembar adalah mak saudara mai tolong. Lepak la sampai ke malam sebab wife aku lak tolong apa yang patut ,aku hanya layan anak-anak menakan sambil layan astro, hiks.

Raya ke 5 ,hari terakhir kat kg , punyalah panas terik dari pagi sampai ke petang. Ingat nak gi open house ahli politik tapi macam rasa malas nak kluar. So layan lah aku tengok berita dan radio era info trafik. Ingat nak gi beraya umah adik aku kat perda tu, tapi dia balik petang, so petang aku dah nak gerak pulang ke kl. Nak dekat pukul 7 gerak lah pulang ke KL, masuk plus keluar kat taiping ikut jalan lama sampai KK. Lepastu masuk balik Plus(tak jem lagi) dan seperti yang di beritahu dari gua tempurung sampai ke Bidor jalan mulai jem,so berjem lah dalam 50 minit gitu. Sempat lah rehat kat RnR Behrang dalam 45 minit dan akhirnya 2 pagi baru selamat sampai KL.