Sunday, October 12, 2008

Demam raya la plak -Entry malam ahad

Khamis ,raya ke 9 time lunch ada lah jamuan raya kat opis. Aku dok pulun makan nasi lepastu perkena plak lemang. Petang aku gi tengok kat meja jamuan ada lagi lemang ,so makan lagi. Malamnya aku gi bayar kutipan maintenance kat bendahari dia ajak join makan lemang lagi . Tapi aku ambik 1-2 je la ketul but sedap plak serunding daging dia.

Jumaat plak aku rilex je gi opis ,tapi sebelum tu perut aku macam dah memulas aje, lama lah dok dalam bilik dr. Tan . Sampai je depa suruh turun ada jamuan raya pulak kantin buat. Ada la lemang lagi, rasa lah gak, lepastu siap ada air ginseng tongkat ali. Lepas-lepas minum tu aku mula lah rasa tak sihat badan. Ding dong ding dong aku gi lah klinik , Dr check apa yg patut belum ada simptom demam lagi.

Aku mcm tak sedap badan balik umah dulu untuk rehatkan diri, so petang tu aku gagahkan diri gi opis walaupun rasa macam tak sihat ja but macam dah ok skit lepas aku perkena ubat Dr. bagi. Balik tu lepas mandi semua lepas magrib tu aku rasa macam dah start semula demam , ni demam kus kus kot, kekkeee. Yelah aku macam dah tak lama alami demam ni. MC macam ziro je 5-6 tahun keja tak pernag aku ambil rasanya.

Masa tu adalah filem Indon ayat- ayat cinta tapi aku takleh layan siap sakit kapla lagi. (err best ke cite tu deo ? yam? ). Aku dengar dari jauh je ayat-ayat romantik couse rehat dalam bilik. Dalam 10 mlm aku mengayat cintakan kat wife aku suruh tolong bubuh air asam jawa kat kepala aku kasi panas tu kurang sikit. Err Deo ko kena cari wife solehah yang boleh jaga hang time sakit -sakit demam ni, errr dengar cite tengah dok buat ayat-ayat cinta la ni kan? hiks

Rupenya lepas wife aku urutt bagai kat kapla ni hilang la sakit peningnya. Demam pun dah kurang kira power gak lah air tangan/asam jawa wife aku buat. Time ni aku terinsaf la skit bagus ada peneman hidup ni (di tujukan khas pada Deo gak). Ingat tu Deo,cari pasangan yang boleh hadapi kehidupan semasa susah dan senang , kekeke. Aku dapat rasakan ada lah warga tag yang boleh di usyar macam Yam ,Delinn(oppps ni kakak ek). Opss topik hilang arahh ni, Err Mr. Joe, Mr Frappe pun boleh kot usyar sekali aweks2 reban. Tapikan susah gak nak uji/test bakal isteri tu juga ya, emmm sembahyang istiqarah ok gak rasanya ni kalau dah berkenan di hati.

Paginya wife aku kejutkan suruh mandi air asam jawa lagi, aku macam dah ok dah lepas mandi tu so terus aku tak tidur lagi gi buat senaman ringan dan berjogging area umah aku ni dan lepastu siap basuh skit keta aku tu .Keluar peluh bagai dan aku dah rasa macam ok dah lepastu. Oklah itu ajelah nak hapdet esok ada lak jamuan raya persatuan penduduk, kena kluar awal ambik tempahan ni . Errr cite ni di tujukan pada Deo, carilah pasangan yang membahagiakan hidup di dunia dan akhirat, amin! Laa lupa dah tentu untuk wife tercinta gak, terima kasih la buat susah susah aja!.. hihihi