Minggu ni dah abis jamuan raya kat opis, oklah boleh la aku tahan dari makan banyak sepanjang minggu lepas. Last week aku ingatkan hari rabu tu last tapi sampai ke hari jumaat ada lagi unit /department lain jemput lagi. Kesudahanya masa cuti 3 hari berturut-turut sampai ke deepavali hari isnin, pagi –pagi lagi aku men joggingkan diri. Eh hari ahad aku tak jogging aku ikut senam robik kat astaka. Best gak layan , basah gaklah baju tu .
Sesambil tu aku bayangkan agaknya Joe yang sambut besday hari ni sure buat step-step senam robik yang aku dok ikuti tu. Timbang lah berat pada hari ke 3 aku buat senaman tu, turun 1 kg beb, tapi semalam naik pula 1 kg semula(kena exercise pagi-pagi kot ni). Opss terlupa nak ucap besday boy kat Joe(ehh boy lagi ka) , smoga terus sihat sentiasa , dipanjangkan umur/di murahkan rezki dan moga berjumpa dengan nya 1 hari nanti.
Semalam lepas baca Yassin Ustaz jemputan tu citelah bab haji . Dia tercerita tu sedih sebab kawan dia yang sepatutnya pergi tahun ni tiba-tiba telah meninggal dunia. Sebelum tu dia ceritalah kebaikkan kawan dia tu sehingga ustad tu sendiri yang memandikan jenazah atas sebab kebaikkan yang di buat oleh kawanya itu.
Ustad tu cite lah juga dia pergi Haji masa zaman orang naik kapal, tahun 70 an kot. Bayar dlm Rm 1300 tapi masa tu memang dia tak berduit tapi dia simpan juga sikit-sikit sampai nama dia telah naik atau tabung haji panggil. Dia cite lah masa tu sapa nak ke Mekah orang kampung atau kampung seblah sanggup mai ziarah dan bagilah derma dalam rm 1 untuk buat belanja bila dia sampai ke sana.
Jadi dia katalah alhamdulilah berkat nak ke haji memang rezeki murah dan kalau boleh dia bagitau lah masa muda-mudalah senang nak buat semua segala rukun Haji. Yelah Haji memerlukan tenaga dan kudrat terutama perjalanan /tinggal di padang Arafah dan masa hendak melontar ke tiga-tiga Jamrah pada hari tasyrik.
Dia citelah masa dia pergi tu time musim panas (dalam bulan jun lah kot). Ada sahabat dia meninggal masa dalam bas akibat kepanasan dan duduk terlalu lama dalam bas antara madinah ke mekah(sampai 12 jam kot). Now maybe dah beraircond dah dia cite dan padang arafah pun dah bagus khemah yang di sediakan oleh Tabung haji yang di akui paling tersusun dan bagus sebab masa dia pergi tu memang panas terik sentiasa .
Apa yang penting katanya Sabar , itulah perkara paling penting dan sentiasa di Uji oleh Nya. Banyak jugalah ilmu yang di kongsi oleh ustaz tu yang penting niat untuk ke sana kena ada samada Umrah atau Haji terpulang pada individu mana nak pergi dahulu. Semalam gak ada jemaah yang dah pergi ke sana dan di harap mereka yang pergi ke sana dapat pulang semula dan mendapat menunaikan segala rukun yang telah ditetapkan.Amin!