Friday, February 27, 2009

Jom terai (tag)

Sabarjelah.... aku dok belek blog Ima so lepas baca best plak nak buat entry.. (saborjelah idea kureng sejak 2 menjak ni)

Rules: It's harder than it looks! Copy to your own post, erase my answers, enter yours and tag people you want. Use the first letter of your name to answer each of the following questions. They have to be real; nothing made up! If the person before you had the same first initial, you must use different answers. You cannot use any word twice and you can't use your name for the boy/girl name question.


1. What is your name : Jijo
2. A four letter word : Jala
3. A boy's name : Joe spangla ? ekekeke
4. A girl's name : Jenab
5. An occupation : Juru acara
6. A color : Jingga
7. Something you'll wear: Jaket
8 . A food : Jelatah
9. Something found in the bathroom: Jamban.. opsss jubin....
10. A place : Japan (tingat kat wakzhusi lagi...) laaa terlupa Jay bee(deo)
11. A reason for being late : jem giler. ekekekke
12. Something you'd shout : Jommmmmmmmmm
13. A movie title : Juno
14. Something you drink : Jus Epal
15. A musical group : JINBARA
16. An animal : Jellyfish
17. A street name : Jalannnnnn tun razak
18. A type of car : Jaguar
19. Title of a song : Jangan kau ucap selamat tinggal

Wednesday, February 25, 2009

Dari Jendela


Fuhhh mujur wakzhusi memberi idea nak buat 1 entry hari ni.
Nak cite Geng U & I nampaknya sambutan semakin hangat , semakin hampiri 5 juta .
Boleh rasanya filem ni nak cecah 10 J kalau sampai cuti skolah . Sebenarnya kalau
lah gambar kat luar negeri kan lagi best depa nak tunjuk apa ada di luar rumah.
Takpelah atas permintaan si zhusi yang mungkin tengah kerinduan kg halaman dia
nak lah tengok negara tercinta agaknya..opsssss,ekekekeke

So berbalik dari jendela rumah aku ni, sebenarnya gambaq ni aku hala
sikit kamera bagi nampak KLCC, kalau tak aku nampak sikit je KLLC dari
jendela bilik tidur utama. Kalau ada pertunjukkan bunga api dari area
Dataran Merdeka, KLCC , Tasik TW dari jendela ni aku leh tengok. Tak
payah la aku bersesak -sesak nak pergi tengok. Kalau kat negara yang 4 musim tu
sure suka time musim bunga atau panas..,kalau aku hanya la tunggu 31 ogos atau
1 jan untuk lihat bunga api..hihihihi

Kat sini gak nampak Highway Duke yang dah siap tu, kira korang tengok
ada 1 batang lampu limpah besar ,kira situ la kedudukan Duke tu dari
tempat aku stay ni. Selain dari itu ada banyak pokok-pokok rendang yang
boleh aku pandang di waktu pagi, (untuk sihatkan mata katanya). Then ada
tinggal beberapa rumah panjang yang masih belum di robohkan. (mujur
yang depan sekali dah di robohkan). Itu ajelah dari jendela rumah ku ini.

Monday, February 23, 2009

Geng Upin & Ipin - Teruja lah jugak

Akhirnya sabtu lepas keterujaan aku nak tengok filem ni akhirnya berjaya di laksanakan. Misi berjaya katanya sebab inilah pertama kali aku bawa 2 anak aku yang berumur 5 dan 3 tahun tu tengok skrin besar(wayang lah). Yelah aku suspen gak kot-kot depa nak balik ke, nangis nak kluar ke, tapi sepanjang Filem tu depa boleh kontrol dan tak buat bising. So bolehla bawa lagi tengok cite animasi next time( Geng 2 barangkali?)

Oklah aku rasa ramai kot dah tengok Filem dan tak naklah aku ulas jalan cite dia yang penuh pengambaraan katanya. Selain dari itu Geng ni yang memang lain dari filem kartun keluaran malaysia sebelum ni. Aku masa tengok dari awal mulalah nak mengesan contohnya mulut kartun tu ada yang tak selari dengan suara latar tapi takdelah nampak ketara sangat.

Selain dari itu aku rasalah terlampu banyak adegan mahkluk yang menakutkan tu berjaya menyeramkan budak-budak sampai menangis adalah 2-3 orang kanak-kanak(maybe 3thn ke bawah aku rasa). Sedikit sebanyak budak-budak yang menangis ni boleh menggangu penonton lain yang kusyuk melihat (akulah tu..ekekke). Si Syaza ,babak yang agak ganas tu cepat cepat dia peluk aku tak nak tengok ,kira berjaya la menakutkan tapi dari masa babak ni dari segi grafik lukisan 3 D tu memang menarik (leh setanding filem dari US kot ni? ke kena improve sikit)

Bagi aku kalau siri Geng 1 ni kan baik banyakkan adegan Upin dan Ipin terlebih dahulu sebab aku rasa la kanak-kanak yang mai tengok ni lebih suka layan /sronok adegan bila ada U & I ni. Tapi itu maybe menyebabkan orang dewasa boring kalau terlampau nampak adegan ke-anak-anakan tu yang pengarah Filem ni aku rasa lebih suka mengexposekan watak Badrul, Lim dan Rajoo yang rasanya agak tidak lawak di bandingkan U & I. So aku rasalah sure mak/ayah tak akan ulang tengok kali ke 2 sebab ada babak-babak yang menakutkan anak depa tu.

Itu jelah kot yang agak tak puas hati tapi dari segi penceritaan, drama, unsur -unsur suspen, lucu , dialog yang berkesan bolehlah dianggap terbaik bagi cerita animasi macam tu. Babak sedih yang( oppiet ek? ) mahkluk asing yang comel tu nak berpisah di akhir cite tu memang sedih tapi tak cukup sedih nak mengalirkan air mata..ekekekke. Dari segi ciri -ciri mengukuhkan perpaduan antara kaum memang bagus jadi filem ni wajar di tonton oleh semua rakyat malaysia(err aku tengok kat klcc majoriti melayu tengok) so kena buat promosi pada kaum lain juga kalau nak sasarkan 10 juta tu( 5J kot aku teka..opsss).

Keseluruhan oleh sebab anak aku macam tak selesa ada adegan yang menakutkan tu aku bagi 4.5 bintang dari 5, sebabnya aku tergangu dengan tangisan kanak-kanak lain. ekekkeke. Taklah ni dari segi mutu gambar 3 D tu, penceritaan, dialog ,adegan adegan yang macam tak logik tapi sebab namapun kartun...leh la di terima. Kalau ada orang yang di sebalik tabir U & I tersinggah baca blog ni tahniah di ucapkan sebab ada gak penonton tepuk tangan di akhir cite. Kalau nak buat siri ke 2 boleh jelajah ke alam fantasi gi umah si oppiie tu ke, banyakkan lagi adegan si U & I serta watak baik sama sebab filem ni kanak-kanak suka menontonya.

Saturday, February 21, 2009

Geng terujakah

Petang semalam lepas opis sebelum ambik anak aku kat tadika tu merempit dulu aku ke Tgv klcc. Saje je aku gi tempah awal kononya boleh kot dapat seat belakang dan kalau tengok show sebelum 12 tgh rega tiket RM 8 ajo. Sampai aje fuhh lega barisan tak panjang dan terus aku ke kaunter. Laaa... tinggal seat D kebawah aja... ,ingat dapat la dok kat barisan belakang. Belilah jugak aku dah hasrat nak bawa family tengok cite ni dah berkobar-kobar sejak last week lepas tengok demo pembikinan kat Geng ni kat tv . Hasrat Geng ni nak cecah 10 juta mungkin lah boleh tapi cuti sekolah lambat lagi, kalau tayang time nak dekat cuti boleh rasanya ni tapi kalau tempoh tayangan sampai cuti skolah maybe tercapai ni.

Lepastu balik umah bawa anak -anak gi ke bersiar-siar kat luar . Hasrat hati nak main badminton ,dok usyar geng baru tu tak nampak plak. Last-last selamba aku gi ketuk pintu rumah dia ajak main badminton. ekekekke. Semangat nak kurang kan lemak masih terbakar waima minggu ni alhamdulilah petang kat kl dah tak hujan so untuk minggu ni sahaja aku maintai exercise.

Lepas magrib aku berkira-kira nak gi ghatering geng reban kat pantai dalam tu. Teruja gak nak jumpa depa ni sebenarnya sebab dah lama tak jumpa, last maybe masa beraya kat umah alangz bulan 10 aritu. So aku call dulu alangz dan angah tanya depa lepak lagi ke tak. Last-last gamble aje redah jem dan sampai sana dalam 8.45. Wahh ramai dah ada macam kat blog fara tu itulah nama-nama yang datang . Tak sempat aku jumpa Qis anak si poi tu, kalau dak wakzhusi sure aku wakilkan untuk diri hang kat jepun tu kiss pipi Qis yang tembam katanya itu... (opss tak dpt jumpa Qis spa kiew jumpa qis poi pun jadi...... ekekeke) .

Dok la aku sembang dengan Wan, Dit , Kong semeja lepastu mai lak si Coco join. Si Kong dah berangkat agaknya ke Gold Coast pagi ni. Deo pun ada call aku siap menipu dia tu Joe dari NY, NY katanya tengok nombor 07 - bla bla , ekekeke. Abis bergossippp.. err gosippp kah, dalam 9.40 kot majlis berakhir. Happening jumpa Geng reban ni ada je topik sensasi kah....Itu jelah nak cite pasal geng tapi nak pi tengok sat gi Geng Upin dan Ipin rasa macam TERUJA betul.. best ke agaknya ek?, tunggu ajela nak ulas nanti..adios.. eppy weekend

Friday, February 20, 2009

2 b + 1kah?

Aku rasa lah.,. mana -mana ahli Dun atau Par(ehh bukan si par yang nak bersanding dah tak lami lagi yach) yang mewakili mana-mana kawasan yang ada perkataan bukit tahun ni sure suspen punya. Terbaru bukit L*njan @ Bukit L*cah nama yang di beri sempena kontreversi gambar XXX wakil rakyatnya tersebar luas. Sure waktu ni ka*pal yang mewakili Bukit Gelugor pun tengah suspen maklumlah banyak aduan di buat di balai polis mengenai isu saman-menyaman berkaitan negeri Perak tu.

Sebenarnya aku tak setuju sangat kalau di adakan pilihan raya semula di Bukit L kerna aku baru je baca kat paper ni -> http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Thursday/Nasional/20090219012421/Article/index_html.

Bayangkan 15 juta untuk 1 pilihanraya, inikan pula kalau 3 kawasan? .Alangkah baiknya duit itu di gunakan untuk memulihkan ekonomi negara... opsss kena pulih ke? ke kena rangsang?? Err siapa lah aku nak bangkang kan bila paper hari ni kata si mangsa gambar tak senonoh tu tetap nak letak gak jawatan. Tapi PR ni bijak juga rupenya kononya bagi dia pi bercuti dulu, suruh fikir dahulu, kena la ada strategi. bulan depan atau nak dekat hari pengundian 2 bukit baru lah confirm.

Kira tak naklah buat 3 tempat serentak kang depa tak sempat nak buat majlis hentam menghentam yang sentiasa di penuhi orang ramai. Akhir sekali komen terakhir aku pasal bukit ni bila aku baca artikel minggu lepas(kat mana tah tak tau) nak tergelak aku baca perumpamaan ini. Adakah Barisan akan terus di humban dari 2 bukit selepas lemas di Kuala dan tergelencir jatuh di Permatang ?? . Itujelah nak cite politik tanah air sejak 2 menjak ni yang penuh Drama(opss terspa q kah) la ni....opsss ,ekekke

Monday, February 16, 2009

Geng

Geng ni kalau kat utara tu memang lah dah sinonim aku dok guna masa aku kecik dulu-dulu . Contoh ayatnya weeii hangpa ni tak geng la kalau tak mau main bola petang ni… Berkenaan dengan geng ni ,Geng Upin dan Ipin sekarang ni tengah berada di pawagam. Mula –mula aku tak perasan sangat akan main kat wayang tapi sejak limah geboo tu selalu je kata kat tag dia nak pi tengok cite tu kat wayang so bertambah lah keterujaaan gak aku best ke cite kartun tu? Ada sesiapa dah tengok? Baper star nak kasi?

Minggu lepas dah tunjuk pribiew atau promo filem kartun geng ni kat astro . Menarik lah jugak kalau aku bawa anak-anak masuk panggung layan cite ni kerna depa suka tengok gak kalau cite Upin dan Ipin ni main kat tv 9 tu. So maybe lah weekend ni hari sabtu ke cadangnya nak bawa se family ,kita sokong industri tempatan sama ..opsss berjiwa patriotik kah..!kekekek

Berkenaan dengan Geng juga aku dah ada geng baru sparring exercise… ekekkee. (Teringat pulak aku kat si Joe tu nak cari kawan exercise main badminton pun payah,kena sms bagai kan) Kebetulan hari jumaat petang last week aku bawa anak-anak turun main di laman .Lepastu macam mana tah masa aku lalu kat depan rumah member dari utara @ member surau cikgu R, dia tanyalah aku kot-kot nak main badminton. Aku pun time tu dah pakai kasut sukan kononya nak jogging dekat persekitaran blok aku duduk tu.

Apa lagi cargaslah , terus aku ambik raket yang dah tersedia kat bonet kereta so ber exercise lah aku dalam 30-40 minit gitu sampai aku mengah gitu.. Opsss tak power kah main 40 minit dah mengah? (Opsss tersipu malu). Petang semalam aku dan geng baru sparring badminton tu main lagi ,kali ni aku dah steady maklumlah sabtu dan ahad pagi aku dah berjogging… kira boleh la nak main dalam sejam ..fuhh pancitt jugak ni rupenya…. Dan untuk 3 hari berturut-turut aku berjaya kekalkan stamina minggu ini untuk tujuan pecahkan lemak kerna dah ada geng badminton . hihihi

Friday, February 13, 2009

Berkesan kah

Ekekeke... tajuk aku... berkesan kah? Berkesan kah adalah tajuk yang boleh menyebabkan mereka yang di luar sana (terutama geng reban ayam) yang bertungkus lumus sejak 2 menjak boleh muntah kah bila baca entry kerna masing masng la ni ingin menjadi ramping. (seperti saloma kah)? . Jangan risau usaha tangga kejayaan so bagi yang amalkan senaman, aerobik tu teruskan.. berkesan juga nak ilangkan lemak tepu..

Sebenarnya minggu ni ada beberapa orang bila jumpa aku tertegur aku. Selasa lepas ada budak opis dari cawangan mai, jumpa aku je dia kata nampak aku dah kurus skit... opsss. Yang ke 2 member seblah opis, terjumpa aku kelmarin lepas, tegur gak aku . Opsss tersipu sipu malu kah...Depa dok tanya aku dok diet kah.. aku habaq senaman & jogging aje.. makan nasi macam biasa.(cuma nasi tak banyak la)

Pagi tadi jumpa tukang masak yang kejanya di dapur aje lah kan, dia dok masuk cafe hantar makanan terus kata aku dah tak berisi ...ekekekekke.. mau aku nak pi jogging aje lepas dia kata macam tu. Sebabnya lepas aku turun 2 kg di hari isnin, semalam bila timbang balik naik pula 1 kg. Ni sebab aku tak pi jogging di awal pagi kah ?huhu
Lainlah si Deo yang rajin jogging di awal pagi dan kemain pula dia nak berentap tu boleh menyebab kan aku preasure ni sebab aku takdelah macam dia boleh lari 5 km tu (selama 30 minit kah)?

Nampaknya berkesan rupenya jogging di awal pagi dan di samping tu gak aku ambik petua si wakzhusi tu makan pisang di awal pagi..alamak stok pisang dah abis ni,kena gi beli kat pasar petang ni.. ekeke. So esok dan ahad kena lah aku gi jogging kalau ada siaran langsung rtm tu boleh la aku enterprame ahad ni..ekekekke, opsss tak nak lah gila glamer...biar si Delinn ajelah glamer tempat mengajor dia tu .

Monday, February 9, 2009

Jogging @ TV 1

Tajuk di atas ni adalah rutin yang aku buat cuti 3 hari berturut-turut ni. Mula-mula bangun pagi tu lepas suboh nak tidur sat tapi rasa semangat plak nak berjogging ni lepas cuti minggu lepas aku dok berjogging dah hasilnya berat turun 2 kg. Aku rasa Delinn tu di awal pagi dia kena ada smangat nak buat keja..takdelah dia layan tidur aje di weeknd hari, gi la cabut rumput di laman rumah sambill bergoosip dengan jiran tetangga kan..opsss.ekekeke

Selasa sampai jumaat lepas aku tak sempat nak kluarkan peluh ,naik balik 1 kg.. berat air kah aku ni ek. Jadinya hari sabtu pagi aku pergi dan ternampak ada lori besaq ada chop RTM. Confirmlah depa buat siaran langsung kat situ. Kalau korang buka tv1 hujungg minggu mula 8 sampai 10 ada lintas langsung dari titiwangsa.

Tapi aku takde lah nak sms orang kg bagitau aku dok berjooging kat situ, kang tercari-cari depa dok tunggu aku lalu. Aku pun dok lalu lalang lah kat situ kononnya nak enterpramee.. . Sambil-sambil tu aku tengok lah pembikinan rakaman siaran langsung tu. Mencabar juga sebenarnya siaran langsung ni, dengan wayar berselirat, kang kalau ada budak-budak tak sengaja main ka. haru lah jugak kan.

Jadi next week hang pa tengok lah lagi TV 1 tu ek..ehh sabtu depan macam takleh pi ja, orang umah kena ganti sekolah hari sabtu so ahad la aku gi jogging. Kalau nampak org yang bertopi biru NYPD tu sah-sah la aku yang dok enterprame ek.. (sapa lah nak layan TV 1 di cuti-cuti kan..ekekek) .Hari ni lepas aku jogging timbang berat turun balik ke asal. Susah jugak ni nak maintain., adakah aku kena jogging se awal pagi macam deo tapi aku masuk keja 8.15 , tak sempat rasanya... ,kalau 3 hari cuti setiap minggu kan best! huhu

Thursday, February 5, 2009

Dah ok dan biru gelap

Ada 2 benda nak cite , mula-mula saje je aku nak cite pesal dah ok. Pagi tadi masa aku mandi sebelum aku memandikan anak aku yang sulong tu terasa air amat sejuk sekali. Terus aku siankan anak aku lalu aku masak air bagi dia mandi air suam atau tak sedingin aku mandi. Mula-mula dia cuak lah jugak then dia diam aje tak sebelum ni time aku basahkan rambut dan muka dia dia asyik kata sudah! sudah! huhu

Then aku siapkan dia macam biasa, kesedihan dia tak nampak lagi cuma macam bad mood aje. Sampai ajer kat tadika tu aku ingat macam sebelum sebelum ni ada air mata tertumpah..,tapi dia diam aje. Akhirnya selepas sebulan barulah dia boleh ok dan boleh terima kena belajar kat situ. Yelah sebelum ni tak pernah aku hantar dia gi umah orang lain. Baguslah aku rasa dia mula mempraktikan apa yang dia belajar kat tadika tu.

Biru gelap plak sempena ada kerajaan baru yang katanya akan dapat MB di utara sana. Aku pun takdelah nak ulas apa-apa ,tak ada kaitan dengan hidup aku kat kl atau family kat penang tu kan. Macam orang negeri tu jugak tak kisah la sapa perintah pun lainlah UP kan apa-apa yang patut. Yang UP dan di politikkan pun isu kg baru yang akan diberi hak milik. Aku rasa lah institusi beraja macam tak puas hati terutama parti yang perintah tu di dokong oleh Parti yang paling banyak menang di DUN(D*P) waima MB dia adalah melayu.

Tak naklah aku ulas lebih lanjut ,time aku tulis ni masih lagi berdrama lagi sapa perintah sapa kena letak jawatan. Harap-harap kalau kerajaan biru gelap yang akan perintah nanti boleh la ubah apa yang patut, suara rakyat suara keramat.Cuma bagi akulah wajar ada pilihanraya tapi macam perabihkan duit rakyat plak buat PRU Adun ni, baru je 10 bulan lebih PR perintah (tengok no plate keta baru MB ada no 10 ek, kira 10 bulan aje lah,opsss).

Tapi kan aku saje je nak ubah warna macam entry aku ni dah masuk ke 100 kira nak tukar template kalau setiap entry sampai setiap 100.Boleh kot guna alasan ni.

Tuesday, February 3, 2009

Bubur Asyura di bulan Safar

Hihihi.. tajuk aku ni, ekekke macam tajuk drama melayu kat astro ria plak Aidilfitri di bulan syaaban. (sure ada lah yang pernah tengok kan). Ye ahad (1hb 2 besamaan 6 safar) lepas sempena cuti panjang kat kediaman aku dok ni, ajk surau telah menganjurkan gotong royong membuat bubur asyura . Notis yang diberi di letak pada papan kenyataan kira buat ad-hock gitu sebab nampak macam ramai yang kembali semula lepas bercuti panjang.Lagipun masa awal muharam haritu rami dok bercuti kat kg aku rasa.

Mula-mula pagi ahad tu aku pergi la bawah untuk berjogging sebab malas plak nak pi titwangsa yang sarat dengan orang ramai sambut Hari Wilayah kat sana. Dalam dok pusing-pusing tu baru lah aku prasan dan nampak ramai berkumpul so aku ingat macam gotong royong bersih surau.. tapi depa dok tengah siap perisi bahan-bahan nak mengacau bubur asyura rupenya.

Jadi aku macam penuh semangat join lah jugak sambil pagi tu depa dok bergoosipp pasal lompat parti lah isu yang hangat sekali minggu lepas. Depa buat 2 jenis iaitu bubur ashura kelantan sytle dan kedah style. Sure lah aku join yang kedah/utara punya sebabnya aku tengok yang dok kacau tak ramai orang lagi pun style utara ni tak lama kalau nak compare style kelate yang makan masa 10-12 jam kan. Bersembang lah aku dengan tukang masak /makcik tu dari kulim /lunas (ehh orang kampung frappe kah)

Gigih la aku tolong sampai ada brother tu sound kat group yang kacau kelate style tolong kat blah sini plak..lama si baju merah tu dok mengacau dia kata (akulah tu..ekekeke). Tapi serius aku buat dan tolong tu kira macam nak exersice lah jugak dan aku macam takdelah nak rasa penat (adakah sebab gigih aku berjogging di awal pagi ?).Itulah lagipun aku dok pegang kata-kata si wakzhusi tu selagi terdaya join lah apa-apa akitiviti dan aku sentiasa teringat kat alangz yang memang ringan tulang dalam keja-keja dapur tu kan.. ekekekek.

Dan lebih kurang 2 ptg,(lebih kurang 10 pagi kot bubur tu mula buat) siap akhirnya bubur ashura kulim mai..(lebih kurang sebrang perai aje) cuma depa tak letak pisang kalau letak pisang tak tahan lama mak cik tu kata. Dan berbaloi sekali depa suruh ambik je baper bekas aku nak tapi takdelah aku ambik banyak sebab depa plan nak bagi setiap penghuni so aku isi 3 bekas .(1 bekas ada lagi kat peti aiss). Rasanya yummy sekali taklah manis sangat waima 6 kg gula makcik tu bubuh..opsss (sekawah kuali besar).

Bubur ashura kelantan tak sempat aku nak ambil banyak sebab permintaan tinggi tapi malam tu lepas ada tahlil adalah jamuan bubur asura ni so aku bawa lah balik 1 bekas ahsura kelate . Rasa hat pantai timur ni berempah dah manis sekali siap depa letak daging ,kira boleh la aku layan. Tapi jiran kelate aku tu kata kalau buat kat sana lagi manis dan berempah katanya lah. Itu ajelah topik kali ni bubur ashura di bulan safar. Dan lepas ni sure aku akan meranjinkan diri kalau ada aktibiti macam ni.