Hihihi.. tajuk aku ni, ekekke macam tajuk drama melayu kat astro ria plak Aidilfitri di bulan syaaban. (sure ada lah yang pernah tengok kan). Ye ahad (1hb 2 besamaan 6 safar) lepas sempena cuti panjang kat kediaman aku dok ni, ajk surau telah menganjurkan gotong royong membuat bubur asyura . Notis yang diberi di letak pada papan kenyataan kira buat ad-hock gitu sebab nampak macam ramai yang kembali semula lepas bercuti panjang.Lagipun masa awal muharam haritu rami dok bercuti kat kg aku rasa.
Mula-mula pagi ahad tu aku pergi la bawah untuk berjogging sebab malas plak nak pi titwangsa yang sarat dengan orang ramai sambut Hari Wilayah kat sana. Dalam dok pusing-pusing tu baru lah aku prasan dan nampak ramai berkumpul so aku ingat macam gotong royong bersih surau.. tapi depa dok tengah siap perisi bahan-bahan nak mengacau bubur asyura rupenya.
Jadi aku macam penuh semangat join lah jugak sambil pagi tu depa dok bergoosipp pasal lompat parti lah isu yang hangat sekali minggu lepas. Depa buat 2 jenis iaitu bubur ashura kelantan sytle dan kedah style. Sure lah aku join yang kedah/utara punya sebabnya aku tengok yang dok kacau tak ramai orang lagi pun style utara ni tak lama kalau nak compare style kelate yang makan masa 10-12 jam kan. Bersembang lah aku dengan tukang masak /makcik tu dari kulim /lunas (ehh orang kampung frappe kah)
Gigih la aku tolong sampai ada brother tu sound kat group yang kacau kelate style tolong kat blah sini plak..lama si baju merah tu dok mengacau dia kata (akulah tu..ekekeke). Tapi serius aku buat dan tolong tu kira macam nak exersice lah jugak dan aku macam takdelah nak rasa penat (adakah sebab gigih aku berjogging di awal pagi ?).Itulah lagipun aku dok pegang kata-kata si wakzhusi tu selagi terdaya join lah apa-apa akitiviti dan aku sentiasa teringat kat alangz yang memang ringan tulang dalam keja-keja dapur tu kan.. ekekekek.
Dan lebih kurang 2 ptg,(lebih kurang 10 pagi kot bubur tu mula buat) siap akhirnya bubur ashura kulim mai..(lebih kurang sebrang perai aje) cuma depa tak letak pisang kalau letak pisang tak tahan lama mak cik tu kata. Dan berbaloi sekali depa suruh ambik je baper bekas aku nak tapi takdelah aku ambik banyak sebab depa plan nak bagi setiap penghuni so aku isi 3 bekas .(1 bekas ada lagi kat peti aiss). Rasanya yummy sekali taklah manis sangat waima 6 kg gula makcik tu bubuh..opsss (sekawah kuali besar).
Bubur ashura kelantan tak sempat aku nak ambil banyak sebab permintaan tinggi tapi malam tu lepas ada tahlil adalah jamuan bubur asura ni so aku bawa lah balik 1 bekas ahsura kelate . Rasa hat pantai timur ni berempah dah manis sekali siap depa letak daging ,kira boleh la aku layan. Tapi jiran kelate aku tu kata kalau buat kat sana lagi manis dan berempah katanya lah. Itu ajelah topik kali ni bubur ashura di bulan safar. Dan lepas ni sure aku akan meranjinkan diri kalau ada aktibiti macam ni.