Petang semalam lepas opis sebelum ambik anak aku kat tadika tu merempit dulu aku ke Tgv klcc. Saje je aku gi tempah awal kononya boleh kot dapat seat belakang dan kalau tengok show sebelum 12 tgh rega tiket RM 8 ajo. Sampai aje fuhh lega barisan tak panjang dan terus aku ke kaunter. Laaa... tinggal seat D kebawah aja... ,ingat dapat la dok kat barisan belakang. Belilah jugak aku dah hasrat nak bawa family tengok cite ni dah berkobar-kobar sejak last week lepas tengok demo pembikinan kat Geng ni kat tv . Hasrat Geng ni nak cecah 10 juta mungkin lah boleh tapi cuti sekolah lambat lagi, kalau tayang time nak dekat cuti boleh rasanya ni tapi kalau tempoh tayangan sampai cuti skolah maybe tercapai ni.
Lepastu balik umah bawa anak -anak gi ke bersiar-siar kat luar . Hasrat hati nak main badminton ,dok usyar geng baru tu tak nampak plak. Last-last selamba aku gi ketuk pintu rumah dia ajak main badminton. ekekekke. Semangat nak kurang kan lemak masih terbakar waima minggu ni alhamdulilah petang kat kl dah tak hujan so untuk minggu ni sahaja aku maintai exercise.
Lepas magrib aku berkira-kira nak gi ghatering geng reban kat pantai dalam tu. Teruja gak nak jumpa depa ni sebenarnya sebab dah lama tak jumpa, last maybe masa beraya kat umah alangz bulan 10 aritu. So aku call dulu alangz dan angah tanya depa lepak lagi ke tak. Last-last gamble aje redah jem dan sampai sana dalam 8.45. Wahh ramai dah ada macam kat blog fara tu itulah nama-nama yang datang . Tak sempat aku jumpa Qis anak si poi tu, kalau dak wakzhusi sure aku wakilkan untuk diri hang kat jepun tu kiss pipi Qis yang tembam katanya itu... (opss tak dpt jumpa Qis spa kiew jumpa qis poi pun jadi...... ekekeke) .
Dok la aku sembang dengan Wan, Dit , Kong semeja lepastu mai lak si Coco join. Si Kong dah berangkat agaknya ke Gold Coast pagi ni. Deo pun ada call aku siap menipu dia tu Joe dari NY, NY katanya tengok nombor 07 - bla bla , ekekeke. Abis bergossippp.. err gosippp kah, dalam 9.40 kot majlis berakhir. Happening jumpa Geng reban ni ada je topik sensasi kah....Itu jelah nak cite pasal geng tapi nak pi tengok sat gi Geng Upin dan Ipin rasa macam TERUJA betul.. best ke agaknya ek?, tunggu ajela nak ulas nanti..adios.. eppy weekend