Geng ni kalau kat utara tu memang lah dah sinonim aku dok guna masa aku kecik dulu-dulu . Contoh ayatnya weeii hangpa ni tak geng la kalau tak mau main bola petang ni… Berkenaan dengan geng ni ,Geng Upin dan Ipin sekarang ni tengah berada di pawagam. Mula –mula aku tak perasan sangat akan main kat wayang tapi sejak limah geboo tu selalu je kata kat tag dia nak pi tengok cite tu kat wayang so bertambah lah keterujaaan gak aku best ke cite kartun tu? Ada sesiapa dah tengok? Baper star nak kasi?
Minggu lepas dah tunjuk pribiew atau promo filem kartun geng ni kat astro . Menarik lah jugak kalau aku bawa anak-anak masuk panggung layan cite ni kerna depa suka tengok gak kalau cite Upin dan Ipin ni main kat tv 9 tu. So maybe lah weekend ni hari sabtu ke cadangnya nak bawa se family ,kita sokong industri tempatan sama ..opsss berjiwa patriotik kah..!kekekek
Berkenaan dengan Geng juga aku dah ada geng baru sparring exercise… ekekkee. (Teringat pulak aku kat si Joe tu nak cari kawan exercise main badminton pun payah,kena sms bagai kan) Kebetulan hari jumaat petang last week aku bawa anak-anak turun main di laman .Lepastu macam mana tah masa aku lalu kat depan rumah member dari utara @ member surau cikgu R, dia tanyalah aku kot-kot nak main badminton. Aku pun time tu dah pakai kasut sukan kononya nak jogging dekat persekitaran blok aku duduk tu.
Apa lagi cargaslah , terus aku ambik raket yang dah tersedia kat bonet kereta so ber exercise lah aku dalam 30-40 minit gitu sampai aku mengah gitu.. Opsss tak power kah main 40 minit dah mengah? (Opsss tersipu malu). Petang semalam aku dan geng baru sparring badminton tu main lagi ,kali ni aku dah steady maklumlah sabtu dan ahad pagi aku dah berjogging… kira boleh la nak main dalam sejam ..fuhh pancitt jugak ni rupenya…. Dan untuk 3 hari berturut-turut aku berjaya kekalkan stamina minggu ini untuk tujuan pecahkan lemak kerna dah ada geng badminton . hihihi