Ekekeke... tajuk aku... berkesan kah? Berkesan kah adalah tajuk yang boleh menyebabkan mereka yang di luar sana (terutama geng reban ayam) yang bertungkus lumus sejak 2 menjak boleh muntah kah bila baca entry kerna masing masng la ni ingin menjadi ramping. (seperti saloma kah)? . Jangan risau usaha tangga kejayaan so bagi yang amalkan senaman, aerobik tu teruskan.. berkesan juga nak ilangkan lemak tepu..
Sebenarnya minggu ni ada beberapa orang bila jumpa aku tertegur aku. Selasa lepas ada budak opis dari cawangan mai, jumpa aku je dia kata nampak aku dah kurus skit... opsss. Yang ke 2 member seblah opis, terjumpa aku kelmarin lepas, tegur gak aku . Opsss tersipu sipu malu kah...Depa dok tanya aku dok diet kah.. aku habaq senaman & jogging aje.. makan nasi macam biasa.(cuma nasi tak banyak la)
Pagi tadi jumpa tukang masak yang kejanya di dapur aje lah kan, dia dok masuk cafe hantar makanan terus kata aku dah tak berisi ...ekekekekke.. mau aku nak pi jogging aje lepas dia kata macam tu. Sebabnya lepas aku turun 2 kg di hari isnin, semalam bila timbang balik naik pula 1 kg. Ni sebab aku tak pi jogging di awal pagi kah ?huhu
Lainlah si Deo yang rajin jogging di awal pagi dan kemain pula dia nak berentap tu boleh menyebab kan aku preasure ni sebab aku takdelah macam dia boleh lari 5 km tu (selama 30 minit kah)?
Nampaknya berkesan rupenya jogging di awal pagi dan di samping tu gak aku ambik petua si wakzhusi tu makan pisang di awal pagi..alamak stok pisang dah abis ni,kena gi beli kat pasar petang ni.. ekeke. So esok dan ahad kena lah aku gi jogging kalau ada siaran langsung rtm tu boleh la aku enterprame ahad ni..ekekekke, opsss tak nak lah gila glamer...biar si Delinn ajelah glamer tempat mengajor dia tu .