Thursday, February 5, 2009

Dah ok dan biru gelap

Ada 2 benda nak cite , mula-mula saje je aku nak cite pesal dah ok. Pagi tadi masa aku mandi sebelum aku memandikan anak aku yang sulong tu terasa air amat sejuk sekali. Terus aku siankan anak aku lalu aku masak air bagi dia mandi air suam atau tak sedingin aku mandi. Mula-mula dia cuak lah jugak then dia diam aje tak sebelum ni time aku basahkan rambut dan muka dia dia asyik kata sudah! sudah! huhu

Then aku siapkan dia macam biasa, kesedihan dia tak nampak lagi cuma macam bad mood aje. Sampai ajer kat tadika tu aku ingat macam sebelum sebelum ni ada air mata tertumpah..,tapi dia diam aje. Akhirnya selepas sebulan barulah dia boleh ok dan boleh terima kena belajar kat situ. Yelah sebelum ni tak pernah aku hantar dia gi umah orang lain. Baguslah aku rasa dia mula mempraktikan apa yang dia belajar kat tadika tu.

Biru gelap plak sempena ada kerajaan baru yang katanya akan dapat MB di utara sana. Aku pun takdelah nak ulas apa-apa ,tak ada kaitan dengan hidup aku kat kl atau family kat penang tu kan. Macam orang negeri tu jugak tak kisah la sapa perintah pun lainlah UP kan apa-apa yang patut. Yang UP dan di politikkan pun isu kg baru yang akan diberi hak milik. Aku rasa lah institusi beraja macam tak puas hati terutama parti yang perintah tu di dokong oleh Parti yang paling banyak menang di DUN(D*P) waima MB dia adalah melayu.

Tak naklah aku ulas lebih lanjut ,time aku tulis ni masih lagi berdrama lagi sapa perintah sapa kena letak jawatan. Harap-harap kalau kerajaan biru gelap yang akan perintah nanti boleh la ubah apa yang patut, suara rakyat suara keramat.Cuma bagi akulah wajar ada pilihanraya tapi macam perabihkan duit rakyat plak buat PRU Adun ni, baru je 10 bulan lebih PR perintah (tengok no plate keta baru MB ada no 10 ek, kira 10 bulan aje lah,opsss).

Tapi kan aku saje je nak ubah warna macam entry aku ni dah masuk ke 100 kira nak tukar template kalau setiap entry sampai setiap 100.Boleh kot guna alasan ni.