Saturday, January 31, 2009

Fuhh Selamat

Masa aku gi bercuti kat Pahang haritu time nak balik aku terbelek lesen memandu. Alamak, terlebih sudah tarikh mampus 10hb 1 yang lepas. So balik tu gamble je aku drive waima cuak gak kalau ada Jpj buat sekatan jalan raya sempena CNY ni kan. Balik Kl baru aku buat hariJumaat jumaat pagi kat poss opis tu pun aku dok tangguh-tangguh lagi.

Nak di jadikan cerita Jumaat petang minggu lepas masa aku balik kerja aku drive la keta kerna dok hujan plak di petang hari. Masa nak balik tu aku ikut la 1 Jalan sehala yang keta tak boleh lalu, sebelum aku nak lalu tu aku terasa macam ada je benda tak kena.

Dah agak dah elok aku lalu je jalan yang tak sampai 100 meter tu ada keta peronda lalu muncul, alamak.... tertangkap sudah. Ekekekeke, opss tergelak sebab terkantoi.
Ada 2 orang brother P*lis , suruh aku berenti kat tepi. Minta kad pengenalan ,lesen memandu(fuuh lega pagi tu baru aku perbaharui) dan tanyala aku macam-macam.

Aku pun dok berDQ la cakap baru first time lalu situ la, tak perasan lah..ekekeke.. Mula-mula aku ingat depa nak bagi saman siap ada buku kecil letak IC aku. AKu pun conpius sebab maybe la depa nak minta apa-apa ke r*suah kot la tapi aku dok la tengok kat cermin tepi lama gak depa berdikusi.

Akhirnya..selamat... ,depa nasihat aje aku ,lenkali terbang lah baper rm ek, 100 kah. Mungkinlah aku rasa tak banyak keta lalu pun jalan tu yang macam depa bagi lepas tu . So lepas ni kena ikut jalan yang betul... dan pastikan lesen memandu anda di perbarui. Opss terlupa juga pada pihak berkenaan yang masih bertimbang rasa ,ke depa hantar saman melalui poss kah? tak kan, selalu bagi time tu juga.