Lepas cerita pasal si Sya ,kali ni aku nak cite pasal si abang dia plak.... Masuk bulan ke 3 ni , tiba-tiba bila time aku hantar dia macam tersedih pulak . Kira nak menangis la. ala -ala buat drama tak nak masuk kelas. Aku tak layan sangat,, suruh dia salam dan cium pipi dia terus aku gi kerja.
Prestasi pelajaran dia?? chewah aku ni takdelah nak paksa-paksa dia belajar. Aku kagum lah jugak kalau dia balik rumah tu terus je dia ambik kertas dan pensil. Terus dia menulis apa yang dia tulis hari ni. Setakat ni rasanya dia boleh tulis dari huruf A sampai Q aku rasa..opp spa Q kah(mamposlah aku tak tengok sangat dah spa q kang si limah nak tanya,ekekekek). Aku rasa la kalau dia masuk darjah 1 baru leh pantau kot, tadika ni nak bagi dia seronok dan biasakan berkawan dahulu.
Hari rabu tak salah masa aku nak ambik dia ,depa still dok dalam kelas sambil belajar tulis. Terus aku supraiskan dia dok sebelah sambil aku suruh dia abiskan dulu menulis huruf. Sambil-sambil tu aku layan kawan-kawan dia sembang. Ada nama along, awie, shafiz, moktar ..errr pompuan aina , dania.. . Lepastu aku tanyalah sorang-sorang tentang si Dar ni , depa ok kan aje, kira anak aku ni masih belum sesuaikan diri atau kira nak buat kecoh dalam kelas.
Kira masih pemalu lagi lah ni, kawan pun hanya dengan geng lelaki je sebab time aku tanya kawan pompuan dia tak leh ingat lagi nama girls. Takpelah aku tak risau sangat dia dok situ walaupun ada kawan dia nakal setakat ni dia hanya memerhati aje tingkah laku kawan-kawan dia. Cuma sampai bila dia boleh sesuai kan diri maybe mau 2-3 bulan lagi lah kot ni , takpe bulan 6 ni ada sesi dengan guru dia bolehla tanya apa-apa nanti.