Bulan ni aku tertekan betul banyak realiti tv nak kena tonton. Mujurlah Raja lawak yang tak brapa lawak dah habis. Oklah sepah tu menang sebab nampak macam depa ni ada idea gak nak buat lawak terutama yg lawak 18 SX. Lepastu sambil aku layan raja lawak aku dok tengok OIAM. Masa tu sekejap alih sana, sekejap alih siini
Stakat ni nampak macam Amylea boleh sampai ke top 3 tapi undian SMS ni mana boleh agak. Persembahan Tomok dan Awera tu pun bolehla..aku pun terjoin group awera pacebook lepas si afzal inbite. ekekekke. Setakat ni mcm nak afliur Awerra dan Amylea.. 2 -2 mai dari utara sana kena sokong lebih skit...opss . 1 je aku tak suka OIAM ni, muzik dia terlampau di ubah sesuai, kira no originality song... eceeccecce
Lepastu aku layan AI (america idol plak). Kalau tak sempat aku tengok ulangan aje. Si Scoot buta tu terkagum gak aku tengok. Top 13 malam tadi aku dah tengok ulangan kat 8 Tv kira malam ni ada la sorang kluar . Rasa macam sapa ek boleh maintain top 3? emmm maybe la aku nak sokong Alexis , Adam , Scott ke, err kena suka ramai kang kalau terkluar aku leh layan sampai final. ekekekeke
Last sekali tentunya AF musim ke 7. Nampak macam lemau aje peserta kali ni tapi tengok diari AF7 tadi sapa ek suara sedap? atitud kena tengok gak.. Ada dah couple macam biasa la nak buat drama lah kan. konsert pertama tak dapat la ku tengok, takpe leh layan ulangan.ekekeke. kalau keluar pun oklah. 14 orang macam semak je dalam bilik kurungan tu. Aku rasa macam tak best plak cikgu linda dah tak jadi guru tari. So nampak bosan aje ni(yelah dah 6 musim dia ajar).
Tapi malam tadi tengok cikgu Aris tu ajar oklah , ada banyak perubahan step , banyak guna alur tangan dan kaki..a lur? opss err guna step tengan yang lain dari Linda jasmin ajar. Drama? Ida Nerina ni macam nak suruh depa tu semua kluar emosi, kira kalau bawa lagu sedih tu kesedihan akan sampai ke penonton. Suara ? tah tak tengok konsert 1 macam susah plak nak suka suara sapa. Macam biasa lah aku kena suka ramai ,ekekeke, maybe la aku suka tengok telatah Zizi, Rinie maybe Isma waima dia dok bersedih 5 anak di tinggalkanya. Lelaki pula suara Hafiz macam ok aje ,yang lain? tunggu je lah konsert 1 nanti.
Pengetua plak ada ke di beri pada pelakon si T*ara itu.opsss Adakah nak ambik ramai bekas AF 7 ni jadi pelakon teater? PGL? Muzikal P Ramlee? ekekekke. Dari segi pengalaman kredebiliti berlakon memang best tapi aku lebih suka tengok Ramli MS, Roslan Aziz, M Nasir memperbetulkan nyanyian sumbang anak-anak murid dia. Kalau SI pelakon? sure dia lebihkan dari aspek persembahan aje aku rasa. Layan ajelah dulu kata kunci pun transformasi....kita tengok je final .opppss konsert 1 nanti