Sabarjelah , minggu hadapan cuti sekolah, aku pun sebok je nak bercuti gak. huhuhu. Takdelah sebenarnya wife aku dan family dia ada plan nak bercuti kat pantai timur (KT & KB). Jadinya kami dah plan dari hari sabtu petang tu (lepas aku habis game voleyball) sampai hari rabu. Fuhh lamanya.... Segala penginapan di KT dan KB dah ditempah. Mula-mula plan nak ke Redang tapi memandangkan laut masih bergelora/hujan lagi ni so cancel ,jadi plan 3 mlm di Kt dan 1 di KB
Nak di jadikan cerita cuti yang aku aplly minggu ni tiba-tiba bos macam tak bagi aje (siap reject tu). Apa lagi terusla aku jumpa dia explain bagai, nak habiskan cuti tahun lepas la, dah book penginapan la...Lepastu siap dia suruh ambik cuti minggu lain dan cepat-cepat aku ber DQ oppss berkata " takkan le saya nak cuti sorang-sorang dok umah", time cuti sekolah la nak bawa family jalan-jalan"(dah org umah cikgu kan kenala dia paham,ekekkeke). Last-last dia bagi 2 hari bercuti sebabnya dia, 3 hari kena out-station..kena ada orang stand by kat opis katanya.
Takpelah ,jadi 2 hari ajelah lepas tapi ada tapinya pulak hari selasa malam rabu tu dah book 1 apertment kat KB. Hari ni baru wife aku masej cancel sebab yg perkenalkan aptmnt tu kawan guru sekolah dia.(ramai cikgi from K'late ni). So nak beranjaklah ke hari isnin. Malangnya hari yang nak di ubah tu dah penuh.. alamak.... macam mana ni, takkan nak call akak limah kot tolong check esok..opssss
Lepas aku call cancel , aku pun google la apartment kat KB ni , ada pun siap buat blog lagi apartmernt sewa harian. Alhamdulilah ada kosongnya lepas aku call dan rega pun berpatutan sebab yang di tempah awal tu bezanya lebih rm 100 .
Oklah tu kan janji dah ada lah tempat menginap nanti. Lama gak aku tak pi KB ni , dalam 7-8 tahun aku rasa . So tak dapat la aku pergi kenduri Par dan Aisah nanti, takpe ramai dah plan nak pergi kan, err kirim salam pengantin baru buat mereka berdua yach.