Ekekekek.. ramai tak brapa paham ek drama minggu hari ahad lepas. Isnin petang lepas tragedi ahad tu aku macam biasa turun bawa anak-anak ke taman. Jumpa lagi rakan-rakan untuk cikwo*z kejadian tu dan aku pun nak tahu apa sebenarnya dah berlaku.
MR X yang pukul driver (Mr T lah ek nama dia) tanpa usul periksa gitu . Sebenarnya rupe -rupenya MR X ni ada skandal gak kat luar, skandal hutang atau pompuan lah kot ni. Ada penghuni dengar dari mulut MR T rupenya ada sorang perempuan yang bagi kunci kereta MR X tu suruh sorokkan kat tempat lain. Ni leh muskil apasal pompuan tu dapat kunci tak taw lepastu dia suruh MR T masej minta RM 3000 dari MR X , so adakah MR X behutang dgn pompaun skandal tu so macam dia kena bagi duit dulu la baru pompuan tu serah keta dia.
Mr X masa kejadian ada sebut macam tu dan mungkin la dia tokok tambah mR T tu sesaja nak tidur dgn wife Mr X tu so mungkinlah MR X mengamuk sakan. MR T pulak boleh masuk perangkap sebab mr X masej kat mR T tu (maybe guna h.p orang lain) suruh MR T datang ambik dia nak ke aiport so sampai aje terus lah masuk perangkap Mr X.
Kesimpulanya mungkin lah MR X ada bagi pinjamkan keta kat pompuan simpanan dia tu, lepastu pompuan tu buat kunci pendua lah kan. Then oleh kerna MR X tak bayar utang dia suruh la MR T tu alihkan keta Mr X kat mana-mana dulu. Takkan la pompuan tu beriya-iya curi keta MR sure la MR X tu buat hal jugak kan. Alamak ter speku kah ni.
Sehingga ptg semalam dah tak nampak pun MR X tu mabye kena tahan reman la kot sebab boleh jadi pukul MR T tu sampai berdarah-darah kan. Takpe minggu ni ada meeting ajk persatuan penduduk mesti ada sebut punya kes ni.. hehehhe. Err yang tak paham tu buat -buat paham jelah ambo cuba bercerita ni... ekekekeke