25 Disember , Khamis lepas. Seperti yang di janjikan berlangsunglah homecoming ghatering Ex sekolah lama aku area Masjid P.P itu. Seperti yang di janjikan aku telah di amanahkan oleh comitee di lantik menjadi MC yang tak di bayar gaji. Mula-mula punyalah suspen, ketaq semua ada. Lepas aku tanya kat wakzushi mcm mana nak jadi MC yang bagus dia kata aku dah semulajadi happening katanya so aku ambik kata azimat itu untuk jadi MC yang happening lah pada majlis itu.
Pagi tu wife aku dah janji nak buat puding caremel so tunggulah semua siap dulu dalam 11 pagi baru gerak. Pagi yang mendung aje itu memang la seronok couse Penang ni kalau cuaca panas tu memang la kadang-kadang rimas gak. Alhamdulilah dengan cuaca yang nyaman maka sampai lah aku kat tempat yang di janjikan majlis itu iaitu bertempat di kantin sekolah sahaja tepat jam 12 tgh.
Ramailah yang datang , ada yang aku jumpa dah tetapi ada juga dalam berbelas-belas tahun tak jumpa. Saiz masing-masing semuanya nampak macam type XL.. opsss. Kalau L pun tapi perut nampak ke depan aja. (opss tak baik aku ni.) Aku macam berazam nak kekalkan keperutan ni maintain tapi kenalah rajin gi exercise mulai tahun depan. Nanti aku publishkan gambo.. huhu.
Bila aku sampai tu ingatkan tetamu-tetamu yang di jemput datang tapi takde nampak muka pun. Oklah gak taklah ketaq aku nak mengacarakan majlis itu. Sebenarnya aku dah buat text ucapan bagai tapi memandangkan majlis tu tak rasmi maka aku taklah nak buat skima lagi berhemah. Jadi aku ambik kata-kata azimat yang wakzhusi kata tu jadilah MC yang ringkas tapi happining lah katanya .
Namun yang mendukacita kan aku mikerofon takleh guna sebab apa tah. So aku macam tak best plak takde mike kena cakap kuat-kuat pulak. Mujur awal-awal tu budak-budak kecil yang datang takdelah nak bising ke apa.Lepas aku berucap skit lepastu pangggil salah sorang baca doa makan/doa majlis ,mula-mula ada ustad nak datang tapi dia batal pula last minit. So 12.30 tu makanan semua dah ready aku panggil aje depa makan. Nasi putih lauk ayam goreng, kari ikan dan ulam-ulam sambal belacan amatlah selera sekali. Semua yang makan tu macam amatlah berpuas hati lepas aku tanya ok ke dak.
Dalam 1.30 lebih agak semua dah makan tgh aku pun ajak lah depa beramai-ramai berjemaah kat surau dulu. Mula-mula kalau ikut agenda nak buat tahlil dan yassin tapi oleh kerna ustad tu tak dapat datang maka sembahyang jemaah saja lah hari tu. DAlam 2.15 acara di teruskan iaitu acara mewarna untuk kanak-kanak. Pensil warna di berikan kepada anak-anak yang hadir, seronok depa aku tengok dan masa acara mewarna di langsungkan sorang kawan aku bagi idea sesi perkenalan semula di adakan.
Mujur aku print semua senarai yang hadir mengikut kelas. So aku panggil la sorang-sorang mai ke depan cerita lah serba sedikit, keja kat mana, anak-anak dah berapa ,tinggal kat mana dan apa-apa ajelah depa nak cerita. Memang lah suspen gak manalah tau depa yang aku panggil depa tak mai tapi alahamdulilah oklah waima adalah 2-3 orang tak mai depan sebab malu kot atau masa dulu-dulu depa ni memang jenis kahaq gitu.. opsss/
Oklah aku nak balik rumah ada jiran buat majlis aqiqah.. nanti-nantilah aku sambung...(kat cyber cape ni)