Lepas Delinn sound kata aku tak sesuai cite yang bukan-bukan terinsaf jap aku jadinya. Takde idea aku nak taip ni, so baru-baru ni aku gi 1 ceramah agama jadi adalah dia cite pasal fadilat Surah ni. Lagipun aku tengok ada beberapa orang geng reban yang kalau amalkan setiap hari insya allah di makbulkan tuhan.
Nabi kita telah bersabda yang bermaksud " bacalah surah yassin kerana ia mengandungi keberkatan " ,iaitu :
* Apabila orang lapar membaca yassin ,ia boleh menjadi kenyang.
* Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.
* Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
* Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
* Jika terpenjara akan di bebaskan. (err adakah Mr. Rzk B*ginda selalu baca)
* Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.
* Jika di bacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah akan meringankan siksanya.
* Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
* Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.
Antara hikmah lain jikalau amalkan bacaan surah Yassin
" Barangsiapa mengamalkan bacaan Yassin di pagi hari , Allah SWT akan mempermudahkan urusanya di sepajang siang hari"
" Barangsiapa mengamalkan bacaan Yassin di ptg hari (magrihb) Allah SWT akan memelihara kehidupanya si sepanjang malam.
Arakian lah kuliah kita hari ni, semoga yang baik di amalkan selalu, Insya allah di berkati Tuhan.
*