Saborjelah besday boy 4 Dec si Deo tu, bagi cadangan la pulak, yelah tak best cite raya aku ek. Ataupun aku kena ubah skit style penulisan. Macam mana ek nak ada idea macam si Deo tu ek.. opss tak ade idea leh tiru ka... huhuhu
So berbalik citeRaya korban, takdelah meriah sangat. Malam tu rupenya geng surau kat tempat aku ni ada buat aktiviti takbir macam sesetengah tempat macam kat Ipoh (umah Delinn kot) atau perak pergi umah jemaah dan bertakbir. Aku tak delah nak join tapi kalau lah di takdirkan aku balik kerja sini kena join ni akitibi masyarakat ni.
Pagi raya bangun awal, anak -anak aku lani depa jarang tidur siang so malam depa tidur awal so pagi dah bangun awal. Dalam 8 lebih aku kluar rumah , so pray dekat masjid Jawi besar seblah balai polis kalau ikut jalan lama sure boleh perasan. Cuaca pagi tu mendung aje, best plak, kalau sembahyang sunat kat kg best lag gak leh aku layan tengok lembu kena semblih(4 ekor ). So tahun depan ingat nak raya korban kat kg lah. Takdelah pulak aku tengok lembu untuk di sembelih kat masjid tu, maybe kat tempat lain kot depa sembelih.
Tengahari pi umah Menakan (Mak Ndak wife aku),depa ajak makan nasi kat sana ada ayam berempah,daging kurma, ulam pegaga + Nyoq(fuhh berselera makan). 2 petang gerak dari sana terus pi umah aku kat bm tu. Sampai dok umah aje, malas pulak nak jalan-jalan raya haji ni. Malam tu ada nasi merah daging + aup daging +air asam tengahari masjid kat kg buat korban so abang ipar aku yang jadi ajk masjid bawa lah balik lauk tak habis tu. Petang tu ada yang mai hantaq daging kira dok kg ni bagus sebenarnya.
Lupa nak cite Adik Ipar aku yang keja Kulim hi tech tak balik alur setar so dia mai malam tu ambik adik aku jadi sembang lah pasal keja. Dia beritahu ada kekosongan MIS kat Kilang dia tu, tengoklah macam menarik je, tahun depan lah plan sebab penukaran sekolah dalam bulan september kot. Kena fikir habis-habis ni nak berpindah ni rupenya.
Malam tu ada cite anak halal, tapi aku tak perasan kira layan cite drama korban kat tv 3.Hope ada ulangan macam menarik gak terlayan sat anak halal tu macam Deo cite kat blog dia tu. Kelmarin selasa aku cuti lagi jadi aku bergerak pulang semula ke Kuala lumpur lepas asar.