Khamis ,4 dec, 5.20 terus balik umah bersiap-siap pulang ke kg halaman. Sampai rumah terus kemas dan angkut barang dari tingkat atas(3) ke bawah. Aku rasa time tu macam nak pindah aja cari keja di kg halaman tahun depan. Ni baru 2 anak,kang kalau dah bertambah sure bertambah lagi trip ulang alik angkat barang. Oh ya adik ipar aku macam nak rekmen aku keja kat tempat dia, ni sat lagi lah cite. So geraklah aku dari umah 6.45 ikut wangsa maju-tmn melati-MRR2 ke sg buloh. Laju je maybe hujan dan renti dan cuti skolah so jln clear .
Mak aku sebenarnya ada kat kl so dia ikut sekali balik P.P . Singgah Rnr Tapah makan nasi dulu lepastu aku maintain drive dari Tapah terus ke P.P. Selalunya kalau balik malam ,surh gak org umah drive tukar kat taiping tapi ok pulak cuma aku macam mengantuk skit aje so renti jap kat stesen minyak beli air dulu. Hantar mak aku dulu lepastu sampai kat sg bakap dalam 12 mlm kot.,tu pun maybe rehat dalam 1 jam tapah.
Jumaat plak hari rehat so keja tidur aje maybe letih ko mendrive . Petang kluar bawa anak-anak gi taman mainan kat area tmn aku dok ni. Sabtu aku bawa anak-anak balik kg umah aku. Petang aku ada meeting dengan kawan skolah Ti dulu , jadi aku kluar la sorang-sorang tunggu kat megamall kawan aku dtg ambik.
Meeting kat Penang sebenarnya so kita orang bincang agenda/menu sebab plan nak buat pada cuti krismas ni.Dalam 6/30 baru abis dan kawan aku hantar semula, Singgah sembahyang kat mesjid ,then gi K-four. Balik rumah anak-anak ok aje , nampaknya boleh la tinggal kat kg ni bagi yang no 2 tu kenal sepupu-sepupu dia so senang kalau ada apa-apa kakak aku leh jaga contoh kalau dapat baby lagi ke next year./opss kalau ada rezkilah yang tu ek,kita hanya merancang tuhan yang menentukanNYA.Dalam 10 baru balik semula ke sg bakap.
Ahad paginya pulak gi Jusco Perda , adik ipar nak membeli belah skit di samping nak beli untuk hari raya jatuhnya hari isnin.Raya Haji kat P.P ni takdelah meriah sangat kecuali kalau dok kat kg boleh la join jemaah mesjid buat korban. So raya kali ni aku plan nak balik rumah mak aku dalam tgh couse mak menakan blah wife aku dah ajak gi umah dia . Lepas makan kat pizaa aku bawa anak aku yg sulong gi library yang memang tersedia kat tkt 2. Agak dia boring bawa plak kat tempat mainan. Dalam pukul 2 lebih baru abis singgah rnr Juru perkena nasi plak kat situ. Err bersambung lah kot dah lapar plak ni... hihihi