Last week hari khamis balik korja kena ujan, sebelum tu rabu pun rasa mcm aku redah je waima hujan dah bergrimis. Last-last pagi jumaat tu dah tak sedap badan bila masuk opis tu. Selalunya sebelum nak gerak ke opis takdelah nak rasa demam ke apa ke, bila je kena aircond sejuk mula lah dah rasa lain macam terutama bahagian tekak .
Petang tu macam dah sihat sikit tapi hujan dok turun sampai cancel aku nak ke midveli jumpa artis(katanya si delinn tu). Kalau artis dari NY tu sure aku gagah pergi (dalam hati ku berkata) setakat dok kedah tu selalu mai leh jumpa banyak kali lagi kan (dalam hati jeles la tengok si LB tu..opss). Sampai rumah ingat aku nak pergi tapi badan macam rasa lemah gitu but belum start demam lagi.
Time nak tidur tu baru la demam melanda, kali ni aku tak suruh dah org umah buat air asam jawa,so aku bagitau jelah dah ambik ubat demam. Pagi sabtu tu tekak aku dah perit sampai batuk kluar kahak gitu. Err tak la batuk ,aku sesaje batuk untuk kluarkan kahak rasanya. Pagi tu lepas mandi pagi aku gagah kan diri untuk mengexercisekan diri sambil bawa anak-anak turun.
Pukul 9 sampai 10 pagi cuaca redup aje ,yelah hujan lebat memang turun lebat kawasan pantai timur sampai banjir weeknd lepas. Lepas aku jalan-jalan u baru dah reda sikit dan rasa macam dah kurang demam skit. Bagus rupenya kluarkan peluh ni time demam(err time mcm dah kurang skit) tapi bahaya gak kalau demam tu tak reda kang melarat plak.Sebab ada gak aku pernah baca artikel time sakit kenalah berehat banyak so senamam berat-berat wajar di elakkan.
Dalam 11 pagi gi pasar dgn org umah tapi sebelum tu aku singgah klinik saje je nak minta ubat sakit tekat + ubat demam + antibiotik dah abis (aritu guna stok lama). Petang tu lepas aku makan ubat tu semua ,dah berkurang. Tapi lunch tu aku suruh la wife buat sup ayam kasi ilang cepat skit kan demam-deman ni. Malam masih lom reda belasah lagi ubat sambil layan sehati berdansa time tengok tu sambil berselimut .
Pagi ahadnya alhamdulilah sesudah subuh dah lega sikit dah,mandi awal lepastu gi senam robik kat Titiwangsa tu. Fuhhh lega berpeluh banyak ni bagus juga,yelah last week hujan je petang-petang sampai aku tak sempat nak exercise. Semalam gi opis dah ok cuma tekak aje belum pulih sampai lah ke hari ni tak selesa aje asyik nak kluarkan kahak ja ni. Itu jelah kot entry tak sihat weekend lepas tapi macam biasalah ada hikmahnya sebalik aku tak sihat ni kan. Bersyukur lah jugak sebab tengok si Frappe tu mau seminggu demam dia nak kebah ek,tengok ketahanan badan diri masing-masing gak ni.