Tah, macam malas pulak aku nak sambung kisah 25 disember yang lepas , hihihihi. Rasanya majlis tu pun majlis santai jadi takdelah yang aku sebagai pengacara majlis kena kerah kea pa ke. Lepas acara sesi kenalan semula tu bagi hadiah kat kanak-kanak yang masuk pertandingan mewarna. Kira setiap yang masuk bagi hadiah snek. Kira yang tak menang pun takdelah kecewa dapat gak snek +makanan ringan.
Then acara kanak-kanak yang terakhir iaitu kerusi muzik. Oklah ramai gak yang join, sian kat peserta pompuan tak dapat top 3. Lepastu ada pulak member yang dewasa nak main..(alamak tak di sediakan hadiah) . Lepastu aku jemput semua minum petang yang telah tersedia iaitu laksa utara, bihun , bubur kacang & hitam, kek batik, puding jagung. Tak lupa gak puding buah-buahan yang orang umah ramai pulak kata sodap dan abis licin.
Dalam 4.30 acara bergambaq beramai-ramai kat depan skolah . Tak semua yang join couse ada yang balik dan yang pompuan dok membungkus lauk tengahari tak habis.
Jadi acara terakhir menapau makanan (geng reban sapa tah suka ni? Opss). So bawa balik lah aku makanan yang tak habis tu serba sedikit. Lepas aku tolong kemas kawasan tu dengan comitee dalam pukul 6 bergerak lah pulang . Akhirnya berjaya lah juga majlis santai homecoming tu yang di rancang enam bulan kot . (tapi sebulan nak mula baru lah dok kutip duit )
Masa dalam keta aku tanyalah orang umah ok dak aku mengacarakan. Dia kata ok aje, hanya cuma mike aje takde so macam aku cakap suara di kuatkan pulak. Oppss terpanjang lah jugak waima aku nak malas nak menaip ni. Yelah untuk 2009 aku cuba tingkatkan lagi mengarang.. sebulan kalau dapat buat 10-12 entry tu dah oklah kot noo.. Lagipun si deo tu nak baca sebulan atau setahun sekali dia kata kat aku semalam kat tag.
Oklah nak ucapkan selamat tahun baru masihi 2009 esok, siapa yang bercuti selamat bercuti macam aku, yang keja kat kedah, johor dan US sana selamat bekerja lah ek.
(terengganu tak cuti gak kan?). Lupa lak aku nak ucap awal muaharam pada semua, kira catatan baru dosa/pahala ikut maal hijrah lah kan. Macam nak berhijrah gak ni, tapi ekonomi tahun 2009 di jangka slow, nak tukar keja balik utara kena fikir banyak kali gak ni. Kay adios amigos