Sebelum aku nak cite ni , bersabar ajelah ek.. opsss
Err kalau tengah nak makan tu , makan lah dulu... kekeke
Ceritanya macam ni, aku rasa maybe ada kot yang pernah mengalaminya
Masa aku umur dalam 19 thn kat kolej mana tah namanya. Aku sakit perut yang sangat lalu terus pergi toilet. Oleh sebab tak tahan aku terus aje membuang . Tiba-tiba aku buka ayaq takde rupenya..sapa la wat dajjal . Aku bawa tisu time tu aku lap apa yg patut ,lepas tu aku pakai seluar tak sepenuhnya, sebab kajadian tu malam (kelas malam kat kampus) baju aku labuhkan,
Jalan lah terkodek -kodek naik ke atas .Time nak naik atas tu member aku dtg plak untuk buang, (dia pandang hairan aja). Lepastu aku masuk kelas aku lalu dia buat tanda pekup idup... (sah dia tau aku nak gi basuh ayaq besaq.. uwaa...)
Sejak peristiwa kalau aku nak pi toilet selalu aku pastikan ayaq ada ke tak. Tapi malangnya hari ni selepas 15 thn kejadian yang sama telah berulang. Kali ni mujur sebelum aku masuk aku ternampak paper utusan malaysia bhgn hiburan depa letak kat sinki. Mungkinlah aku teralit nak tengok sangat (maybe ada pekahwinan si mawi kot) aku terus semangat nak baca sampai aku lupa check ada tak air.
Dan selepas aku membuang beberapa das atom aku cuba pam, tapi takde ayaq. Dah suspen dah.. buka kepala paip ..uwaaaaaaaaaaaaaa takde ayaq... terperangkap lagi aku dalam dilema. Mujurlah.. ada newpaper tu.. habis aku guna lap apa yg patut sebelum aku pakai seluar naik kat tkt atas pi tandas lain..
1 kertas tu aku kepit kan ..opsss kepit katanya... supaya taklah kena seluar..,so aku pakai baju/.seluar dengan suspen lalu jalan dengan langkah wakzushi..opss org jepun lalu naiklah ke tingkat atas tanpa ada orang melihatnya.. fuuh lega... mujur ada paper hiburan..(sapa la artis malang itu kena jadi mangsa calitan..opss) kekekke.
Begitulah malangnya nasib menimpa, semoga aku lebih berhati-hati lain kali... huhuhu
Ni aku kat cyber lagi ni, ptg ni balik ke utara. Esok ke penang ada majlis perjumpaan skolah lama.. dilantik menjadi MC oleh rakan-rakan.. hope ok kot esok walau aku macam gabra aje ni... huhuhu