Thursday, April 2, 2009

cuti

Aku dapat cuti 2 hari. Cuti berehat di rumah sebab suhu badan 38.8 bila doktor periksa pagi tadi. Sebenarnya aku selalu tak lupa kalau kena hujan selalu je aku terus mandi tapi aritu terlupa la plak. Tak kuat anti bodi kot atau maybe sebab aku main volleyball aritu di panas terik matahari baru kesan dia minggu ni.

Sebut pasal volleyball kalah gak final jumaat lepas. Aku main 1 set dan aku macam tak paham je kapten susun pemain kali ni. Takpelah boleh cuba lagi,lepas ni kalau tak diturun penuh pun aku akan tetap main apabila di suruh. Malas aku mintak simpati nak main ..opsss

Esok sebenarnya kena jumpa lagi doktor, nak tambahkan cuti lagi lah gamaknya. Taklah nak kena check darah couse ada kata dah deman siki hari selasa,kot suspect denggi dia kata. Mujur next week ada tugasan baru sebab boss kecik kena pi kursus minggu ni. Oklah berehat la kat rumah sama kan .

Oh ya, malam sebelum aku demam ni aku ada mimpi macam makhluk jahat/syaitan yang mengacau aku dalam mimpi. Kononya dia macam nak mengampiri aku lalu masa mimpi tu aku cuba baca doa ayat kursi fuhh.., berpeluh jugak aku bila sedar..mainan syaitan ni tidur tak baca doa. Tapikan aku suspen gak betul ke mimpi... yelah kot.. mimpi aje ni.

Nampaknya ada hikmahnya aku dok cuti ni. Banyak benda kena fikir terutama hal-hal akan datang.. yelah demam ni ujian dari NYA semoga terus atau aku sentiasa bersedia apa-apa perkara boleh berlaku tanpa di rancang. Jadi di kesempatan ini sebagai insan aku berharap kalau ada perkara-perkara yang telah menyentapkan korang mohon maaf dari aku awal-awal.
Harap takdelah kot ek, kalau ada jangan di simpan dalam hati yach! oklah aku nak sambung berehat!