Hihihi.. tajukk.. mcm aku ada masalah public relationship plak. Sebenarnya aku ada masalah sikit dengan pembantu rumah yang baru datang keja pada 4hb 4 besamaan masa aku dok dalam wad. Takdelah masalah sangat cuma sejak 2 menjak ni banyak pula dia buat songeh.. opssss .
Ni sebab masa dia masuk aku takde dan banyaklah peraturan tak di buat since aku pun dok kat spital kan. Antaranya ialah
- Umur dia ni 45 dah, berasal dari medan sana. So dia tak nak la di panggil bibik sebab dia bukan dari jawa katanya. Masalahnya nama dia mula dgn UMI jadi dia macam suruh anak-anak aku panggil makcik umi.. tapi korang taulah kan budak-budak ni manalah nak sebut panjag-panjang, so kadang -kadang mcm dengar Umi aje. Umi ni ada lah anak buah wife aku kat penang tu panggil Umi kat mama depa.. so aku risau macam
depa akan terconpius nanti..(ke sebab aku takut masalah kasih syg kemudian hari akan terjejas?)
- So mulai beberapa hari lepas aku dah start panggil dia bibik Umi, lagi pun bibik tu makna makcik kan(ni LB bagitau kat Ym td). Respon nampak dia macam ok aje.. tapi wife aku still panggil dia umi lagi. Aku bukanya apa lepas kami dok buat baik dengan dia sukmo nampak macam dia dah kemalasan gitu , kadang-kadang dok berkurung dalam bilik aja.Time aku balik tgh nak lunch pun dia biarkan anak aku tidur kat luar dia dok berkurung dalam bilik.
- satu lagi dia dok panggil aku abang pulak.. so macam mana ek.. aku kena bertegas dia kena panggil bapak ke tuan? ke encik?? aku ni bukan apa kalau terlampau baik kang dia macam naik minyak pulak kan.. nanti majikan pulak di bulinya,.ekekkeke. Dekat wife aku dia panggil nama aje.. ke kena panggil Puan? chewah...
- akhir sekali dia sepatutnya 3 bulan tak diberi gaji kan.. tapi masa baru masuk dia kata naklah di beri skit-sikit. Oklah kami consider akan bagi.. tapi macam takut pulak 2-3 bulan dia lariiiiiiiiiiii.. kang rugi.. tapi takpe.. kira tawakal ajelah kot... maybe dia ada benda nak beli kan. Ya lah lagipun org umah aku dah jualkan henpon dia kat bibik tu rm 120 gitu.. tu pun dia nak bayar ansur-ansur jugak. Sure dia nak beli prepaid call saudara mara di kampung.
itu ajelahh setakat ni,yelah ni lah pertama kali ada PR.. sure yang lain dah ada banyak pengalaman kan.. tapi member aku cakap kena berjaga-jaga gak.. kang kat depan dia buat baik, tak tau kat belakang pulak. Aku ni taklah kijam sangat.. siap beli katil single baru kat dia.. kasi 1 lemari , 1 bilik kat dia. Itu ajelah kang ada yang tak puas hati aku coretkan lagi.. ekekee