Saborjelah entry tajuk cuti, mula-mula ingat 2 hari aje.. , last-last sehingga minggu depan aku bercuti ni. Apa apa pun betullah kadang-kadang niat tu boleh jadi di makbulkan tuhan contohnya sebelum ni, ada la member-member opis aku dok kena tahan wad. Last-last telah terniat plak aku macam nak merasa dok dalam wad... akhirnya jumaat lepas sampai selasa kena tahan wad
Aku syak nyamuk yang hinggap kat aku ni time aku jalan bawa anak-anak. Aku rasalah sebab aku sorang aje kena gigit nyamuk sesat . Jumaat petang tu doktor telefon dia syorkan aku masuk wad. So ptg tu gak aku pergilah P*srawi kira menyerah la diri untuk baik cepat. Dok bilik 2 orang tapi sampai ke hari selasa cuma aku sorang aje dok, best lah gak leh pasang tv kuat-kuat tambahan pulak masa konsert ke 4 Af 7 kemain aku kuatkan suara..
Takde yang bestnya masuk wad ni ye, tapi aku banyak layan movie astro ,abis semua kisah tak best pun aku layan. Cuma pagi-pagi selama 4 hari tu gile kena tahan sakit di cucuk oleh nurse untuk ambik ujian darah. Takpelah pengalaman jugak ni at least dapat lah aku tahu susah payah dok dalam wad .rasainn lah kan . Nurse ? oklah kalau Deo teringin ramai gak nurse muda-muda kat p*srawi tu ,ramah tamah pulak tu.
Alhamdulilah dah semakin sihat ni, ingat nak ke opis tapi kang takut aku terpening pula. Takpelah dr. dah bagi cuti so berehat ajelah kat rumah. Oh ya tak lupa juga pada rakan-rakan yang sudi melawat ,terima kasih di ucapkan sapa ek Lb,Arc ,Kong and Yam .