Sabtu lepas ada game hoki Inter Comp, seperti biasa aku akan cuba hadirkan sukan yang aku suka masa sekolah tapi tak dapat wakil mungkin masa skolah aku tak sempat mahirkan diri.(atau ramai lebih terror ). Pagi tu kalau takde game sure aku akan pergi membuat lambaian selamat tinggal si Delinn yang dah telah pun jadi orang Utara la ni. Takdelah aku nak rasa ralat sangat sebab jarang pun jumpa si Delinn kecuali ada mini ghatering yang di anjurkan oleh Geng Reban Bangla tu dan dan tentu mesti ada mini jumpaan kalau minah tu datang Kl nanti.
Berbalik pada game hoki, macam tahun lepas Sykt aku kali ini hanya sampai suku akhir ajo. Masa awal-awal dulu ada lah juga buat latihan sebulan sebelum perlawanan dan pernahlah masuk final 2 kali termasuk dapat Johan sekali. Kali ni aku jadi penjaga gol sebab ada keeper yang selalu main tak main kira aku jadi bidan terjun lah ni. Takpelah tahun depan ada lagi macam biasa aku akan main kalau takde hal-hal mustahak lain.
Ahad pulak paginya ada Gotong Royong kat perumahan yang aku tinggal. Aku turun dalam 9 pagi dengan cuaca yang redup kan best kalau sambung tidur aje, huhu. Takdelah aku berkerja keras sangat kerna DBKL siap datang bawa Buldozer dan gotong royong kali ni macam nak bersih kawasan sekitar aja. Adalah aku buat keja-keja ringan macam bersihkan longkang yang tersumbat kerna sejak 2 menjak ni nyamuk macam bermaharajelela plak. Lepak-lepak sembang dalam pukul 12 naik atas lah sebab hujan ada gak turun time tu. Ada lagi sambungan katanya.. (aduhh tak bestnya).
Dalam 3 Petang pulak bawa family jalan-jalan ke Midvely sebab wife nak tengok baju anak-anak . Ramainya manusia kat situ ek hanya sempat gi Jaya jusco aje couse adalah sales yang taklah diskaun sampai 70 %. Haa sempat aku tanya sorang staff kat situ ,jangan lupa pada yang suka shooping Jay Card members sales Day di Midvely pada 24 Julai nanti.(tulis dalam diari cepat). Mau si Delinn turun ni kalau 24 khamis tu cuti kat kedah . Adalah aku beli sepasang baju tidur beli kat si sulong, adik pula ambil baju gaun diskaun 50%. Lepastu aku suruh la si sulong ucapkan terima kasih, dia ikut aja.
Oh ya anak aku yang sulong 3 th 9 bln tu semenjak akhir ni dah pandai buat ayat peristiwa. Contohnya semalam time aku mandikan dia tiba-tiba macam kuku aku terkena badan dia, dan dan dia cakap abah nanti potong lah kuku. Lepastu time aku nak pakaikan baju tiba-tiba dia tanya sapa belikan baju. Then lepas tu dia katalah terima kasih abah , wahh first time dia cakap macam ni kena rekod ni. Bagus ni kita terapkan nilai-nilai positif dari awal semoga besar nanti menjadi anak yang berguna(alamak terskima plak).Oh ya buat pertama kalinya aku berjaya tengok game final Euro semalam couse pasukan Spain yang aku sokong lah jugak dari awal dan kali ni aku berjaya tengok sampai habis tapi sebelum rehat adalah aku tertidur gak.(huhuhu). Kalau rakyat sepanyol dapat cuti tak hari ni macam kerajaan negeri terengganu dapat cuti sehari sempena sukma depa johan.