Monday, June 23, 2008

Gegar Balok Siri 1



Pagi-pagi lagi aku dah bangun dengan penuh semangatlah sekali . Yelah dah berapa tahun ek aku tak tidur dalam khemah yang seingat aku masa skull dan lepas SPM je aku suka aktiviti berkhemah ni. Dalam 8 pagi aku dah siapkan barang /baru habis pack then baru breakfast sebab wife aku dah buat couse dia pun kena pergi skolah ada Majlis apa ke tah nya . Mula-mula nak suruh adik ipar hantar tapi masih tidur last-last wife curi keluar jap antar aku kat stesen petronas dalam 8.20 pagi. Sampai aje dalam 8.30 dah ada pun kereta si Deo yang baru nak isi minyak. Mujur aku sampai tanpa dia menunggu lama kerna si Joe dan Delin dah peringat awal-awal (opsssss lawak je) sebab janji dalam 8.45 kot dia sampai dari S.A. Ima pun tukar seat dok belakang jadi akulah kena temankan sembang dengan deo sepanjang jalan nak ke Balok tu( mamposla tak banyak idea nak sembang ,wakakkaka)

Lepastu kita gerak ke amazing race seterusnya iaitu ambil kuih seri muka yang Mak Ety dah sediakan. Sampai aje Stesen Petronas Tmn Melati dah sampai pun M.E. Sedap kuih seri muka tu mujur afizal yang habiskan makan masa sesi borak dinihari.(alamak tercite yang tgh malamnya) . Borak-borak jap then terus ke check point seterusnya iaitu Hentian sebelah Tol Gombak(lepas bayar tol). Sebelum tu aku call lah Delinn untuk Tanya dia kat mana , rupe-rupenya masih di Tol Sg besi. Then aku bg cadanganlah tunggu diaorang dekat stesen minya BhP couse panas plak nak menunggu kat seblah jalan lepas tol tu.

Sampai kat stesen minyak dalam 9.00 pagi dan adalah rest. mamak dalam tu. Lepak kami bertiga dulu sambil menikmati sandwich buatan Deo.Lepastu baru Angah dan Wan sampai di ikuti keta Alangz (2 org awek) dan kereta OB ( ada Mat deq,OC dan OD). Dalam 9.30 kot baru sampai si LB yang di tumpangi oleh Delinn dan masa tu gak keta si Kong dan Par (bersama aweks gak ) sampai. Maka kami bertolak lah ke Balok dan plan seterusnya berhenti ke check point seterusnya RnR Temeloh untuk pembuangan sisa2 dalam perut.

Sampai aje Temerloh dalam 10.30 pagi then bila sampai aje si Delinn terus aje memberitahu dia tersempak dengan Keta CL yang telah merancang/menDq bawa si Limah senyap-senyap(mamposlah aku kena belanja limah lunch time nak balik ke KL nanti). Takde hal sebenarnya lagipun Limah dah doakan moga rezeki aku bertambah nanti. (wakakak opsss ayat cober).Masing-masing bawa dalam 100-120 km/j aje untuk menjimatkan minyak lah katanya kan. Oklah tew kang kena saman kena bayar lagi. Dalam perjalanan cuma layan lagu-lagu yang Ipod yang Deo bawa tu sambil dok meneka-neka sapa yang bawa dan turut lah nyanyi untuk hilang mengantuk katanya. Sambil-sambil tu aku tanya la seolan cepu emas pada Ima adakah si Duff telah mendeclarekan Ima tu aweks dia.. opsss... oklah tew tanya seolan dircect gitu kan.

Akhirnya sampai di Gambang dalam 12.00 tgh dan terus pergi ke check point seterusnya untuk ambil si Zure. Lepastu baru gerak ke Pantai Balok dan sampai dalam 1 tgh kat Restoren Melayu juai nasi campur. Limah dan CL tengah dok makan time tu dan kami pun menjamu selera sampai pukul 2.00 ptg. Tak jauh pantai fantasia ,Balok dengan gerai yang kami lunch dan akhirnya sampai juga untuk sesi berkhemah dalam 2.10 gitu. Sampai aje angkat barang dan bawa ke tempat khemah yang agak jauh juga sebenarnya untuk menapak. Lepastu tolonglah si Deo ni sebab dah namapun camping baik kena pasang khemah sendiri baru thrill katanya lah. Lb dan sapa lagi tah tolong apa yang patut sebab khemah-khemah yang lain dah pasang siap tunggu nak tidur aje. (bersambung)