Isnin lepas balik dari keja berlakulah kejutan akademi fantasia. Sampai-sampai aje rumah tiba-tiba penuh 3 beg besar siap ada banyak baju, coklat dan beberapa set pinggan mangkuk. Kira penuh berlimpangan lah kat ruang tamu. Wife aku dengan tanpa rasa bersalah kata dia nak jual barang –barang ni. Aku yang masih terkejut kata eehhh apa lak nak jual benda banyak-banyak ni dan terus berfikir beberapa kemungkinan.
Bila terpandang aja coklat dan baju-baju yang nampak aneh terus la aku teka adik dia balik dan bagi ni dari canada. Tiba-tiba termunculah adik ipar aku yang nyorok kat dapur, fuhh kezutan akademi fantasia rupenya.Nasib baik aku dah boleh agak kalau tidak sure percaya wife aku nak berniaga pulak ka sempena kos sara hidup semakin tinggi sekarang ni... (opsss lari tajuk). Mewah la pulak ek pinjaman yang pelajar dapat sekarang tak sampai setahun dah kembali balik malaysia. Oklah la jugak dpt lah aku tshirt baru dari Canada yang aku akan pakai nak pi Balok nanti..wakakakak
Kejutan ke 2 berlaku bila aku call kg hari rabu lepas bercakap dengan my Mum. Adalah dia cerita kat daerah tempat aku tu ada perkara tak elok berlaku. Kira 1 family ni yang sentiasa bermegah-megah, sering bertukar kereta, kalau buat jamuan memang nak gah selalu telah berlaku tragedi pada salah sorang dari ahli keluarga mereka. Ya cara mereka yang sentiasa nampak klass tu dan menunjuk-nunjuk akhirnya bila berlaku perkara tersebut memang lah dapat menginsafkan keluarga mereka tu yang 1 hari nanti mereka tak perlu dan tunjuk harta bagai tapi taklah dapat membanggakan mereka.
Cara layanan mereka nanti mestilah akan berlainan ,yelah dah 1 daerah tahu perkara tersebut dah tentu mereka tak nampak klass dah. Wahh aku ni macam berdendam pulak ,tak baik kan?, yelah org kampung ni kalau dah terjadi perkara macam tu barulah layanan mereka akan berubah . Harap harap mereka tabah kerana tak guna harta di dunia jika budi perketi dan nilai kemanusian tidak di jaga dengan baik. Sekian sahaja cerita 2 kezutan yang aku akan ingat sampai bila-bila.