Petang tadi aku call lagi kg, kali ni bercakap dengan kakak pula. Saje nak tanya khbar dan tiba-tiba dia cite 1 kisah yg baru berlaku pagi tadi, wahhh masih panassssss. Patut la aku nak call dia dari pagi tapi takde jawapan, ptg call baru dapat rupenya ada berita sensasi belaku. Itulah apa yang aku selalu tengok dalam tv terutama cite drama swasta tu rupe-rupenya memang ada aja kaitan dengan orang melayu terutama yang tinggal di kg dan masih berfikiran kolot. Opssss terlebih sudah aku ni.
Emak aku masih ada sorang lagi abang yang kita orang gelarkan Pak Ngah . Sejak kecil hingga dewasa hubungan Pak Ngah dengan adik beradik aku memang renggang. Aku pun tak berapa paham dan kemungkinan dia adalah bekas polis jadi sifatnya yang kadang-kadang cenge’ tak bertempat itu menyebabkan kami jarang bergurau senda mauhupun bertegur sapa. Mujur Mak Ngah aku ok ,so kalau pergi rumah dia kadang-kadang tengok dulu ada tak motor si Pak Ngah ni. Rumah PakNgah aku sebelah dan sepelaung aja kalau nak ikutkan aku tengok saudara-saudara lain sure kalau rumah dekat mungkinlah hubungan nampak mesra tapi non ada sejak aku kecil hinggalah dewasa.
Ceritanya macam ni ,abang aku ada plan nak buat projek bela lintah dekat area belakang rumah aku ataupun dekat dengan rumah anak dia yang no 2. Jadi kemungkinan abang aku takdelah nak minta izin bagai sebab tanah yang kita orang duduk tu tanah pusaka jadi sapa-sapa pun berhak kalau nak menanam ke, atapun nak guna skit nak buat tempat pembiakan lintah tu(buat kolam ke ek nak kena google ni). Jadinya pagi tadi Pakngah aku datang serang marah-marah abang aku yang kononya buat projek tu tanpa persetujuan darinya. Wahhh apa lagi abang aku pun lawan lah cakap balik (agak tinggi kot suara dia dalam pertelingkahan tersebut)
Waahh ni macam betul-betul ni cerita kat tv ni kes dengki dan berebut tanah lah ni. Sebenarnya kalau Pakngah aku tak serang atau cakap baik-baik sure abang aku tak berkasar mcm bergaduh pula(kira perang mulut lah kot ni) . Tapi yang bengkaknya cucu dia tu yang tidak kena mengena boleh pula mengadu domba kata abang aku tu tak berbudi bahasa. Errr yelah kot ek, tapi member dah kena serang/marah sure lah nak pertahankan hak dia lagipun takdelah banyak sangat tanah yang di gunakan.
Emmm rasa macam ralat lah jugak perkara kecil macam ni pun mereka nak besarkan dan kononya cucu Pakngah tu kata depa nak buat mesyuarat pulak kot minggu ni nak buat bantahan projek Lintah abang aku tu. Kalau aku ada kat kg sure aku akan pertahankan abang aku. Sudah la 2 anak dia dah bina rumah kat tanah tu sedangkan keluarga aku baru 1 rumah je iaitu abang aku .Kakak aku pula dok sekali dengan mak aku yg cuma dia tambah aje sebelah atau rumah asal . Aku rasalah orang tua ni(Pak Ngah) dari dulu kot tak suka adik bradik aku tu yang tiba-tiba dia boleh angin aja. Entah apa salah abang aku pun tak tau maybe dah umur 80 an peringkat nyanyuk dah sampai kot. Emmmm macam-macam minggu ni so esok berehat kat Balok boleh lupa kot benda remeh temeh macam ni. Alamak sure tertekan next week dengan pertanyaan Joe dan Geng reban lain bila nak updated? huhuhu