Thursday, September 4, 2008

Tazkirah pada hari ke 2 Bulan Ramadan

Sebelum ke takzirah nak citelah dulu hari hari pertama berpuasa yang bermula hari isnin bersamaan dengan cuti hari merdeka amatlah best sekali. Sahur dengan nasi berlaukkan daging,sotong masak merah dan acar makcik yang aku buat memang rasa dah cukup dah. Yelah kadang-kadang untung juga dah ada isteri ni kalau dulu waktu bujang takde la sempat nak masak nasi bagai dan selalunya aku hanya makan roti dan cicah air nestum 3 In 1 atau Oat coklat 3 in 1 tu. Wife aku lak dia akan makan nasi kalau sahur sebab takde tenaga nak gerak ke sana –sini time skull tu jadi selalula aku makan nasi. Se ingat aku walaupun dia dalam cuti tetap dia masak siap siap juga untuk si suaminya bersahur.


Pagi tu bangun dalam 10.30, golek –golek jap lepastu baru mandi couse teringat ada lagi keja yang belum beres kat opis. Dalam 3 ptg kot aku gerak ke pasar nak beli bahan untuk berbuka. Berbukalah puasa malam tu dengan nasi juga berlaukkan ayam masak kurma dan wife aku buat bihun goreng sebab aku selalu makan makanan ringan dulu. Dalam 8 mlm baru ambik nasi ,itupun sikit aja aku makan couse aku cadang macam nak kurangkan berat sikit. Terawih pulak more’ ada di sediakan mee goreng tapi aku skip balik je macam nak tidur awal sebab hari selasa dah start keja.


Hari kedua pula bangun macam biasa sahur, lepas subuh tidur jap. Alamak baru aku terperasan waktu keja dah berubah ke pukul 8, kalut gak aku dan sampai terlewat 2 minit kot pagi tu. Hari pertama kerja, oklah, sebab semalam aku dah mai rasa macam biasa aja tapi mengantuklah jugak, siap lelap mata jap time waktu rehat.Petang walau boleh balik awal aku gerak dalam 5.15 keluar aje jalan area Opis aku tu ,tudia a’aihh sesak walau aku naik motor macam susah je nak cilok sana sini.


Malamnya pula lepas terawih maka takzirah bulan ramadhan pun bermula. Kali ni surau kat tempat aku tu jemput penceramah Dr.Badr*l A*in yang dahulanya selalu di Forum Hal Ehwal Perdana dan kemudian telah di tangkap oleh ISA semasa tahun 98 oleh krisis politik . Tajuknya kemulian di bulan ramadhan dan pentingnya Al quran sebagai pembimbing umat. Al quran di turunkan pada bulan ramadhan jadi dia bagitaulah selalulah membaca Al quran setiap hari kalau boleh. Ibu/bapa yang dah ada anak tu dia suruh check dan periksa selalu anak boleh atau tidak mengaji Al-quran. Usah perkira dan memperkecilkan ilmu agama sedangkan m/pelajaran lain di utamakan cth sanggup habiskan duit untuk anak bertuisyen tapi bab al quran tak di jaga sepenuhnya.


Dia juga nasihatkan ibu/bapa sentiasa memantau anak-anak dari kecil dan sentiasa mempastikan anak di besarkan dengan suasana baik lalu dia selitkan juga suasana masa sekarang politik dah kacau bilau. Al-quran di buat sumpah –di permain-mainkan sedangkan dalam al-quran sendiri dah termakub undang-undang yang boleh di rujuk oleh Gomen masa kini. Tapi yelah dia kata al-quran tidak di guna pakai sepenuhnya dalam merujuk undang-undang masa kini tapi di biarkan orang mempermain-mainkan kitab suci al quran.


Dia juga bagitau setelah A*war menang di Pmtg Pauh terus dia sms ,kalau betul lah 16 sept ni dia dah bagitau lah pada A*war ahklak muda-mudi kena betulkan dahulu. Tapi yelah dia akui memang keadaan masa kini amat susah sekali dengan keadan fitnah yang berleluasa serta keruntuhan moral semakin menjadi –jadi tanpa ada pantauan tegas dari pihak berwajib. Itu ajelah nak kongsi betapa al quran menjadi benteng kekuatan kerana dari zaman Rosullulah sehingga kini setiap huruf/ayat tidak di ubah atau di pinda. Kalau boleh kena fahami isi Al-quran dan amalkan yang baik dan jauhi yang di larang oleh Nya. Itu ajelah entry takzirah skit di hari ke 4 puasa.