Saturday, January 31, 2009

Fuhh Selamat

Masa aku gi bercuti kat Pahang haritu time nak balik aku terbelek lesen memandu. Alamak, terlebih sudah tarikh mampus 10hb 1 yang lepas. So balik tu gamble je aku drive waima cuak gak kalau ada Jpj buat sekatan jalan raya sempena CNY ni kan. Balik Kl baru aku buat hariJumaat jumaat pagi kat poss opis tu pun aku dok tangguh-tangguh lagi.

Nak di jadikan cerita Jumaat petang minggu lepas masa aku balik kerja aku drive la keta kerna dok hujan plak di petang hari. Masa nak balik tu aku ikut la 1 Jalan sehala yang keta tak boleh lalu, sebelum aku nak lalu tu aku terasa macam ada je benda tak kena.

Dah agak dah elok aku lalu je jalan yang tak sampai 100 meter tu ada keta peronda lalu muncul, alamak.... tertangkap sudah. Ekekekeke, opss tergelak sebab terkantoi.
Ada 2 orang brother P*lis , suruh aku berenti kat tepi. Minta kad pengenalan ,lesen memandu(fuuh lega pagi tu baru aku perbaharui) dan tanyala aku macam-macam.

Aku pun dok berDQ la cakap baru first time lalu situ la, tak perasan lah..ekekeke.. Mula-mula aku ingat depa nak bagi saman siap ada buku kecil letak IC aku. AKu pun conpius sebab maybe la depa nak minta apa-apa ke r*suah kot la tapi aku dok la tengok kat cermin tepi lama gak depa berdikusi.

Akhirnya..selamat... ,depa nasihat aje aku ,lenkali terbang lah baper rm ek, 100 kah. Mungkinlah aku rasa tak banyak keta lalu pun jalan tu yang macam depa bagi lepas tu . So lepas ni kena ikut jalan yang betul... dan pastikan lesen memandu anda di perbarui. Opss terlupa juga pada pihak berkenaan yang masih bertimbang rasa ,ke depa hantar saman melalui poss kah? tak kan, selalu bagi time tu juga.

Thursday, January 29, 2009

Entry ke 12 -berita gembira gak

Gembira betul tengok si Deo yang akhirnya takdelah dia dok fobia dengan si puaka yang sentiasa menghantuinya di tempat keja ekekekke, anyway tahniah lah gak ya pada hang Deo! Entry kali ni adalah kali ke 12 dalam bulan Jan 2009, sebabnya bila aku check paling banyak pun hanya 11 aje entry sebulan yang aku publish,kira bersejarah jugaklah ni kan?

Berbalik pada tajuk aku(berita gembira) tu mulai minggu depan ,(hanya tunggu surat). Sebenarnya sebelum cuti lepas Boss panggil aku dan beberapa staff unit aku . So dia bagitau aku di upgrade ke jabatan lain . Aku pun rasa legalah gak couse aku memang la tak berapa bekenan sangat dengan boss kecil aku. Terutama dari segi pengiraan KPi thn lepas dan tahun ni(bagi 2007&2008), kira cerewet yang amat ketara sekali.Mungkin lah aku rasa dia pun baru naik pangkat last year jadi pengurus kira nak lah gak tunjuk dia punya kuasa kan! Err manager wanita ni agaknya emosi sangat kah ya?

Opss ,akhirnya tertulis lah jugak pasal opis tempat aku keja ni, tapi aku takdelah bedendam ke apa ke, maybe rezeki aku setakat tu yang dia nilai kan, so kenalah percaya ketentuan tuhan. Kira kenalah gak bersyukur sebabnya ekonomi dunia dah merundum tak caya dalam 10,000 orang yang telah di berhentikan kerja bulan 1 ni(read baca utusan hari ni).

Nampaknya masuk unit baru nanti kenalah aku berusaha dan belajar benda baru, ok lah jugak sekurang-kurangnya mungkin lah kalau berusaha gigih macam aku tengok kejayaan si Kong tu mungkin lah ada lah penilaian baik nanti. Tapi belum tentu lagi ni sebab boss unit baru aku tak tau lagi macam mana style dia. Harap-harap oklah dan bila saja aku di tempat baru maybe time cuti atau malam ajelah nak mengupdate! Itu ajelah entry bersejarah hari ni..ekekekke

Wednesday, January 28, 2009

Cuti & TV

Yezaaaaaaaaaaaaaa,dah sampai pun KL petang tadi dalam 6.25 ptg(bertolak dari cherating dalam 12.30) so sempat lah layan spa Que hari ni . Percutian memang le best ,layan family ,lepastu layan diri, pegi jogging 2 hari berturut di awal pagi. Lepas jogging tu pi berenang ,lepastu baru pi brekpes. Dah kenyang bawa anak- anak kat taman mainan, ada buai, gelongsor ,jongkang jongkit dah buat depa eppy.

Sebenarnya takde lah aku jalan mana-mana pun, contoh sampai sana petang ahad tu rest kat bilik dulu layan tv1-2,3,7, ada vision four. Tertengok gaklah ada artis masak tom yam resepi simple main letak perencah dan bahan aja... opsss,sapa ek Deo nama artis tu?,ekekekek. lepastu time anak-anak tidur baru aku kluar gi berenang , sauna dan balik tu layan tv jugak.

Malam makan kat restoren yang memang bersepah kat pantai C tu tapi 2 kedai yang aku pi 2 malam tu memang tak memenuhi selera sefamily. Lepastu balik layan tv aja macam tengok LG realiti tv3 tu. Isnin ptg pun lepas balik lunch tengok lagi ulangan AJL 23, kena hapal step tarian stacy ni kang ada budak nama Ima yang dok bagi hint ,opss!

Malam kelmarin ada 2 cite best ,mula aku layan ntv 7 tapi cite ahlong tu kurang menarik so aku buka tb 3(alamak bila nak boikot ni,ekekeke) cite pasal sindeket curi Plate kah(ke cap mohor? ke cop duit?). Err aku takdelah kusyuk tengok sebab anak aku yang tadika tu siap ada pen dan kertas nak belajaq dah buat hurup macam-macam.

Malam ni pula cite The Banquet kat Tv 7, aku layan gak filem klasik maharaja cina dahula kala ada lah adegan-adegan lawan pedang kungfu yang mempunyai nilai-nilai artistik yang tersendiri(nota baca: padahal depa ikat guna tali kat belakang tu yang leh terbang macam superman/tarzan tu). Ganas juga maharani filem banquet ni siap nak bunuh suami dia kerna nak kahwin dengan anak tiri dia..ia ke.. belasah ajelah.

Berehat kat pantai monsun timur laut sekarang ni memang bahaya ,tadi sebelum gerak tersempak dengan ambulan/van bomba ,rupenya tengok berita tadi ada budak 13 thn kot lemas di tarik ombak lah kot. Aku pun tak berani nak masuk laut kecualilah kalau ombak yang tak besar mana pun masa pi Balok tempohari.

Oh Ya, aku berjaya tak menjumpai cyber cape kira percutian kali ni bebas dari terasa ketagih nak berinternet..opsss. Lagipun aku rasa macam tak ramai kot hapdet blog so bila balik nanti sempat nak ulang kaji,(opss macam Joe kah rajin buat homework kelas spain dia, wahh lepas ni leh layan filem spain kah) .So percutian kali ni berehat sambil layan tv kah,hihihi!

Saturday, January 24, 2009

Mood Bechoti (cuti cuti malaysiaaaaaaaaaaaaa)

Yahoooo! aku becuti sampai minggu depan, tapi ada la tapinya maybe hari jumaat kena masuk keja, boss kecik dah approve tapi boss besaq tak sempat check cot. So suspen gak aku nak cuti tapi aku dah jumpa boss kecil, ok aje nak cuti lagi pun cuti aku + last year dah 30 hari. Banyak tu ,tah bila aku nak habiskan kalau tak 3 hari next week kan.

Jadinya hari ni rilex aja di rumah ,sempat pagi-pagi pi jogging dan lari laju lah jugak sebab aku baca artikel kalau lari lagi banyak kalori nak compare jogging. 30 minit kalau berlari 450 KCL terbakar compare 300 aje kalau jogging . Lepastu plak kena jaga anak-anak, sambil folow org umah, ada mesyuarat tahunan kelab seni silat (lantik ajk baru kelab kot).

Ehh malam ni aku nak kena tidur awal so tak lah nak tulis panjang ni.Saje je hapdet blog kang asyik display cite AJL kalau ada yang terclick(dah seminggu weei). Esok selepas suboh(opss jangan corner),aku akan bergerak ke pantai timur (cuti 3hari2mlm ya). Jalang jalang bawa family berchoti couse cuti sekolah bulan 11-12 tak sempat gi mana -mana kecuali pulang ke kg halaman .

Plan aku nak balik juga ke kampung lepas balik ke kl selasa ni tapi org umah kena siapkan keja skull dia katanya. So maybe lah kalau boring aku ke opis lah nanti lagi pun nak gak hantar anak aku pi tadika bagi dia biasakan ,kang cuti seminggu mau dia menangis lagi kalau aku hantaq dia 2/2 nanti. Yay 2/2 cuti hari wilayah ye... so 10 hari ni becuti jadi aku plan gi keja lah juga nanti waima kena bercuti(wahh gigihnya !). Pada semua yang becuti (melancong ke) dan balik kampung semoga selamat sampai dan pulang.

EMmm kena gi cyber cafe ni kat kuantan atau ganu!hiks!

Thursday, January 22, 2009

Sambungan AJL

Balada plak

Cuba - Faizal Tahir: aku macam harian aje dalam sidang akhbar si paizal ni bagitau dia bawa se adil-adilnya tapi nampak choba ni dia takdela nak buat lakonan apa-apa macam lagu yang 1 lagi tu. Ya aku akui lagu ni tak sesedap lagu sampai syurga jadi tak mengapalah lagipun pencipta dia pun orang yang sama kan.

Dingin - Ziana Zain : Wowww, walaupun penuh perasaan akak ziana jain ni nyanyi tapi di hujung dia tarik tu macam terjerit aja (waima tak pecah) tapi macam tak sedap plak, Melodi yang melodrama macam lagu-lagu dia sebelum ni,tapi aku akui memang aku suka lagu akak ni sebelum kedatangan cik siti nur..opssss. Ingat vocal terbaik leh sapu tapi nasib tak menyebelahi..(kena ada juri awam la dalam 50 orang yang dok depan tu kira bagi markah dalam 30 % ke.. untuk persembahan dan vocal terbaik ni)

Lagu Kita - Aizat: Mula –mula nampak ok, tapi macam hambar plak di penghujung. Kalau lagu aku cinta OOOOOOOOOOOOOOOO, aku cinta.. OOOOOOOOOOOOOO yang deo tak suka lirik OOOOOOOOOOOO tu menariklah juga tapi lagu ni bila masuk final baru perasan main kat radio. Aku suka ada STOP War yang aizat lekat kat baju dia tu..kempen anti perang bagus ni

Sampai Syurga - Faizal Tahir – Wowww gak, aku rasa memang boleh menang persembahan terbaik ,lain dari yang lain ada unsur –unsur drama dan kejutan dalam lagu.. opsss marah nanti geng baru anti si paizal… ekekekeke. Memang si paizal ni kasi 110% lah untuk lagu ni + lepas geram tahun lepas dia kena gam sekejap..huhu. Ingatkan leh menang AJL kali ni tapi takde rezki.

Hanya Di Mercu - Ayu (OIAM) – Nampak kelakar plak pesyen rambut baru dia , lagu ni rasa macam ke a rah lagu gemilang skit, kira melodi dan lirik dia agak biasa dan kalau dah biasa sure markah pun biasalah jugak kan . Vokal Ayu ok lah jugak


Bila Nak Saksi – Spider - > Tidak ada kelainan Spider ni bawa lagu ni macam tengok show jom heboh pun ada, mungkin lah melodi lagu ni kurang best kalau nak compare dengan relaku pujuk .

Satu je perseolan aku adakah AJL ni kalau artis tu masuk kali ke 2-3- ke 4 dia kena buat persembahan lain dari yang lain baru boleh di angkat menang bagi 1-1 kategori? Tengok aje persembahan CT di AJL-ajl sebelum ini, sentiasa penuh kejutan dan persembahan bertenaga.. opsss… terlebih sudah… ekeke. Oklah itu aje, aku akan timbangkan tawaran wakzuhsi jadi wartawan so bolehla ko panggil aku wak interbiew… (kalau la ko terbit majalah hiburan baru ke n anti lepas balik jepun nanti kan.. hihihi)

Wednesday, January 21, 2009

Ulasan AJL ke 23

Huhuhuhu.. sabar ajelah si wakzhusi kat japang tu, nak gak suruh aku wat ulasan AJL. Ehem ehem.. yelah sebenarnya malas nak wat ulasan sebab tekaan aku si Juara dah tersasar. Selalu betul aje.. opssss , bila plak aku selalu teka betul (takde bukti yach)


Ulasan aku takdelah detail. So aku ikut turutan kategori lah, kita mulai dengan Pop Etnik
1. Dusta Berkalang (Aiman) -> oleh kerna ni lagu yang kurang kluar kat radio so susah gak nak nilai jadi nampak macam Aiman boleh bawa tapi kurang bertenaga, adakah kat atas kepala nya penuhh sarat dengan apa tah benda ..ekekekee menyebabkan dia tak selesa di pentas. Make-up dia agak ober sampai nampak macam pompuan plak... Apasal kena ramai penari ek, sesak plak tengok, zaman noraniza dah berlalu ye... opsss

2.Doa Dalam Lagu (Zahid & Heliza) -> Zahid dan Heliza , kalau mawi bawa macam ok masa saringan haritu. Entahla malam tu nampak macam semput aje heliza, zahid average aje maybe bukan dia punya lagu kot

3.Persoalan Cinta (Farawahida) -> rasanya lagu ni menang mungkin ada tambahan alat muzik cina tu tambah- tambah nak masuk tahun baru cina kan(Helen yap pun jadi juri kan) .Lagu ni sesuai untuk di bawa pada Rumah Terbuka CNY anjuran parti MCA ..opss. Overall oklah dapat tapi Juara lagu ni markah sebenarnya untuk Lagu dan lirik yang aku baca paper utusan semalam.

Kategori Pop Rock

1. Kalis Rindu - Elyana -> ni lagu catcy tapi rentak dia takdelah pop rock sangat aku rasa..macam lagu rancak aje. Si Elyani rasanya dia gayat kot kalau nyanyi pakai kasut so dia duduk aje. Nampak macam tak puas kalau asyik duduk ni,yelah nampak kelainan kira comel aje dia nyanyi dok atas beranda macam si KICAP dalam Tom -tom bak si Aznil tu...ekekke, Lagu ni aku ingat leh menang tapi aku teka MUH gak kan..hihi

2. Bukan Di Sini - Sofaz -> rasa macam tengok persembahan tahun lepas aje group depa ni, suara si sapa tah amir kah nama vokalis dia? macam tak power je aku dengar, kira lagu tangkap muat kah... (marah nanti peminat sopaz...)ekekkee

3. Yang Pernah - Estranged -> macam show tahun lepas gak, oklah suara dia sama aja kalau dengar kat radio tapi melodi kurang mantap so tak menangkap halwa telinga juri kali ni nak bagi markah banyak.

4. Lagu Untukmu - Meet Uncle Hussain -> yaa ,lagu ni diramal menang pop rock sebab ,masa semi final memang mantap giler suara si sapa ek nama..ekekekee. Serius aku masih tak ngam lagi lagu2 independet (indie kah?) sebab muzik dia kadang-kadang bingit kat telinga. Tapi lagu untuk mu ni kira rancak dan sedap lah juga tambahan vokal yang sustance... wahh pengkritik mingguan AF kah ? opsss, overall layaklah menang P.R

5. Aku Stacy - Stacy -> lagu ni pun bingit juga sebenarnya tapi malam tu ada kelainan di mana ada lah chorus sekejap untuk stacy berehat dan ikut penari-penari dia dengan mantap dan sharp sekali. Mungkinlah melodi dan lirik kurang berkesan menyebabkan lagu stacy ni tak menang. Persembahan terbaik??? emm harap thn depan di beri hadiah persembahan terbaik setiap kategori.. hihihi


oklah itu aje nak mengulas..rajin nanti sambung...huhu

Monday, January 19, 2009

Minggu ke 2 plak

Last week minggu ke 2 hantar anak ke ke pengasuh(syaza) dan tadika(abg long). Hari Isnin syaza masih menangis lagi , jenuh bercakap dengan dia di malam hari yang aku dok yakinkan dia hantar pagi, petang mama ambik lah. Si abg pula bangun pagi dah start mengalir air mata.

Aku takdela bagi mandi, bagi dia berus gigi lepas tu basuh muka dan rambut dia skit. Tak sempat nak tadah masak ayaq panas bagai. So isnin tu elok hantar je dia nangis la plak lagi, tapi takdelah meronta-ronta macam ada anak orang lain aku tengok tu.

Hari selasa sama aje 2-2 , si Syaza dah baik dah cirit birit dia. Legalah gak ,maybe dia terkejut kot makan kat tempat baru. Si abang pula hari selasa tu dia start nak belajar atau tulis huruf A, dan a kecil. Kira dia bawa balik homework lah kiranya. Mula-mula dia kata tak pandai, alih-alih dia dah boleh buat hari rabu.

Hari rabu aku hantar si syaza umah pengasuh, cuak gak kot-kot dia nangis. Alhamdulilah dia dah boleh terima kenyataan, kira dia pandang aku sayu macam tu, Itupun masa sepanjang jalan nak hantar dia aku dok pujuk cakap jangan la nangis dah.
Namun begitu si abang sampai hari jumaat time aku hantar tu mengalir air mata lagi.

So sabtu orang umah aku kena sekolah(ganti CNY) so aku lah jadi pengasuh depa sekejap ,mandikan depa,lepastu bawa turun kat tempat mainan. Balik tu bancuh ayaq kat depa, buka ceria bagi lah depa layan. Then perangat lauk/sup sayur bagi depa makan dalam 12 tgh lebih.Itu ajelah nak cite ,hope minggu ke 3 abang dia dah ok.., (ehh dah minggu ke 3 ni)

Friday, January 16, 2009

Ramalan A J L ke 23

Si Yam tu saborjelah, ingat kan dia nak ulas AJL 23 yang berlangsung ahad ni. Kira tajuk je gempak tapi cite hat lain ..opsss terkomen blog orang kat sini. (tak baik aku ni kan yam, lawak aje ni).

Jadinya ahad ni secara rasmi tak salah aku tak pernah miss menonton juara lagu TV3 ni sejak Sekadar di pinggiran menang(lagu si Fran) sehingga lah kumpulan EXtrange menang tahun lepas. Maybelah ada 1 tahun tu aku tak dapat tengok siaran langsung couse dok skolah asrama form 4 kot. Tu pun aku lihat ulangan dia gak yang MEGA(takdir dan waktu kah aku rasa) menang ,ni kira zaman muzik slow rock dok membanjiri pasaran tahun 90 an dulu tu.

Siapa jadi juara? Aku dok selak paper ramai wartawan dok teka lagu si faizal tahir menang couse sure lah dia akan buat paling best sebab tahun lepas lagu yang dia bawa penyanyi lain yang bawa. Si faizal pulak dok teka lagu si Aizat AF 5 tu boleh jadi juara , amboi tolak mai sini sana tak nak mengharap sangat lah kot ni.

Lagu -lagu yang bertanding nanti bagi kategori Etnik Kreatif
Doa Dalam Lagu (Zahid & Heliza)
Dusta Berkalang (Aiman)
Persoalan Cinta (Farawahida) .

Balada pula -> Sampai Syurga - Faizal Tahir
Bila Nak Saksi - Spider
Dingin - Ziana Zain
Hanya Di Mercu - Ayu (OIAM)
Cuba - Faizal Tahir
Lagu Kita - Aizat

Pop Rock -> Kalis Rindu - Elyana
Lagu Untukmu - Meet Uncle Hussain
Yang Pernah - Estranged
Aku Stacy - Stacy
Bukan Di Sini - Sofaz

Ramalan aku yang di jangka menang kali ni ialah:

E. Kreatif -> Doa dalam lagu . (Zahid bawa ok kot ni)
Balada -> susah la nak teka , aku rasa lagu si Faizal(Sampai Syurga) atau si Aizat tu leh menang.
Pop Rock -> emm kali ni bagi kat kalis rindu lah aku nak teka atau pun jumpa Pak Husin(ayah deo kah).

Persembahan terbaik -> stacy?

Vokal -> Ziana zain bleh? takpun faizal

Juara lagu AJL 23 -> rasa macam dari kategori balada aje menang ni.
Ini hanyalah ramalan ajo kerana yang menang tu bukan artis aje. Depa kena berkongsi dengan pencipta (sure lah bagi lebih kat komposer ek) dan penulis lirik. Apa apa pun layan je lah ahad ni jam 9.00 mlm.

Monday, January 12, 2009

Boikot aja

Jumaat lepas aku dapat sms dari adik aku kat penang. Beriya dia antar sms berantai suruh boikot dan jangan beli barang buatan US kepunyaan Yahudi . Antara barang-barangnya macam stabak, mac D, kfc, tesco , colgate . Fuhhh lega mujur lah aku tak dela ketagih benda-benda macam ni (ahad lepas aku baca kat tag ada yang takleh rupenya nak lepaskan stabak). Boikot ajela dulu biaq depa kat US sana terkejut pasaran jualan kat malaysia merosot.

Kfc aku takdelah selalu pi(terpegi gak awal bulan 1) ,tambah-tambah Mac d(3 bulan pa tak pi ni) boleh ni boikot. Tesco pun lama tak pi sejak rega minyak turun barang-barang kat giant atau k-four dah ok. Colgate pun dah lama isi rumah aku ni tak pakai. Jadi rakan-rakan yang membaca blog ni boleh lah sama-sama boikot sekejap...kalau berbulan-bulan pun ok gak ni(unsur-unsur dakwah kah ni).

Pagi tadi masa aku join perhimpunan mengenai palestin (derma kilat ) kat opis aku ni tersedih dan nak ternangis plak bila lihat paparan kat skrin besar mangsa-mangsa yang tidak berdosa terutama yang kehilangan anak dan kematian tragis anak-anak dan wanita yang di bom oleh tentera yahudi yang kejam tu. Err takdelah nangis tapi macam nak terkluar air mata macam si joe NY tengok filem-filem yang menyentuh jiwanya ataupun si Deo yang tengok Datuk Chong wei menang terbuka malaysia semalam.. opsss! (jangan le sentapz ketat aku gurau aje..) Oklah itu aje topik berat hari ni.. marilah sama-sama kita boikot !

Sunday, January 11, 2009

Tak sihat la plak dan DUKE dah siap

Rabu sampai jumaat lepas, bukan aku yang tak sihat. Rupenya anak aku yang 2 orang tu mengalami kejutan budaya ehh kejutan di tempat baru. Yang no 2 tak sihat asyik muntah dan batuk kahak lepas minum susu , lepas bagi ubat muntah/kahak dia baik skit then jumaat sampai kelmari cirit la pulak. Minggu ni 3 kali lah juga melawat klinik couse ptg jumaat tu org umah plak tak sihat.

Khamis ptg si sulong plak dah demam kura-kura, balik ambik dia petang tu teacher dia kata nak demam skit/panas skit aja. Elok aku bg ubat demam yang dah sedia ada ptg tu terus dia tidur. Malam plak dia lemah gak, kira sampai ke pagi jumaat tu baru dia bangun dan pagi tu bila tengok org umah tak pi keja dia pun lagilah tersuka tak nak pi tadika dia habaq.

Lepas gi klinik idham org umah ambik mc ptg jumaat tu terus ke JJ AU2 yang luas besar tempat parkingnya. Oh ya DUKE (highway baru dari karak/jln duta ke hulu kelang@ MMR2 dah siap) . Jadi petang tu dah buka secara rasmi, so naiklah aku dari jalan pahang tu ,kalau dari jln genting klang tu masuk kiri aje . So bagi yang nak mencuba naik tu dari Hulu klang ke gombak ke.. boleh la naik sebelum 8/2 ni Tol akan di kutip. Rm 2 aku baca paper semalam so tol dia ada 3 (1 tak siap lagi iaitu ke jalan duta,dijangka april ni siap). 3 lokasi plaza tol yang aku baca kat paper :
Plaza Tol Batu (ni aku tak tau samada ada ke dua arah tu ada tol atau 1 sahaja)
Plaza Tol Ayer Panas (kalau dari hulu klang/setiawangsa tak kena tol)
Plaza Tol Sentul Pasar ( kalau dari gombak tak kenal tol)


Aku kan boring gak depa kutip tol ni, yelah katakan aku nak ke opis kalau naik keta tu takkan la aku naik kat jln genting klang kluar jln semarak yang hanya sepanjang 1.5 km kena bayar tol RM 2 ??. Lepas tu kalau balik pulak takde pula susur keluar ke jln genting klang tu. Depa ni kan bina Highway ni atas dasar keuntungan aja ke?. Tapi kalau yang lalu jalan jelatek masuk setiawangsa dan nak ke MMR2 tu untunglah sebab takde tol kat situ.

Lepas ni kalau nak ke umah wakzushi kat B.A tu dalam 5 minit dah sampai. Semalam aku nak ke K-four wangsa maju pun lalu gak DUKE gak. Sebenarnya aku memang dah start naik DUKE tu sejak bulan 12 ke opis, hanya 7-8 minit je nak ke opis. (tapi aku kena melawan arus kalau nak buat macam tu lagi). Mulai isnin ni terpaksa lah ikut jalan jauh skit sebab dah bawa anak sekali seriau gak aku nak lawan arus ni. SO oklah DUKE ni dah siap so kalau nak balik ke utara tu lalu DUKE dah sampai jalan duta tak yah besesak orang nak balik keja kalau aku plan nak pulang kg di petang hari.

Tuesday, January 6, 2009

Dah ok skit

Petang kelmarin time aku nak ambik anak aku kat tadika, ingatkan dia macam nak nangis lagi tapi dia senyum gembira plak. Tahun lepas aku ada hantar taska tapi dia dok nangis aje time ambik tu (taska lain). So oklah nampaknya dia mavam eppy aje bila aku tanya tu...(amboi dia dok try berDQ kah tak nak gi awal pagi ). Lepas tu aku tanya lah macam-macam tapi dia jawab tak tahu aje.. (yelah sure banyak benda dia buat). Sampai tu relax sat lepastu aku bawa dia gi main-main so bolehla depa tidur awal.

Pagi tadi ,aku gerak awal bagi dia bangun dan minum susu couse semalam tak abis susu dia time sampai skolah tu. Lepas dia gosok gigi aku basuhkan muka dan siram sekali je badan, lepastu aku basuhkan rambut..hhihi..so dia tak nangis lah macam semalam. Tadika yang dia dok ni mandi 2 kali, oklah tu bagi dia mandi kat skolah dalam pukul 11-12 kot.

Sebelum tu aku antar yang no 2 ke umah pengasuh.. menangis lah lagi..tapi bila aku sampai umah tak dengar dah dia nangis(kira sekejap je dia nangis). Si abang pula bila sampai tadika dia ,lepas letak beg segala time aku nak balik tu dia macam sedih aja. takdela nak macam kelmarin tu. OKlah tu ek kira boleh la dia belajar hidup berdikari pulak.

Petang tadi time aku ambik senyum aje dia , cikgu dok kata dia ok aja.. baik aje...opsss..yelah tak jumpa geng sekepala lagi kan..huhu. Dia cite lah depa belajar sembahyang ramai-ramai hari ni. So abang dah ok cuma si adik aje.. agaknya mau seminggu ek dia akan nangis ni. Nampak benar aku je dok risau..hihihi.yelah nak serah anak pada orang lain ni risiko lah jugak kan. Takpe tawakal aje moga-moga oklah kot , kalau tak ok nampak kena cari bibik ni. huhu

Monday, January 5, 2009

Hari pertama

Hari ni pagi-pagi lagi dah bangun ,kira bangun awal la., semangat nak hantar anak yang pertama ke tadika area opis ni dan anak ke 2 hantar ke umah pengasuh. Anak kedua tu hantar blok sebelah jadi hari ni hari pertama aku antar sekali(sambil wife aku bawa barang2 pakaian/susu/pampers dia. Sampai aje rumah pengasuh tu dalam 7 pagi dah ada pun 2 orang anak lain. Yelah sure dia nangis couse sebelum ni ada orang jaga kat rumah. (lebih kurang seminggu ek ?).

Bila aku letak aje ,mulalah dia nangis terus gi kat ibu dia. Aku plak bergegas pulang nak kejutkan dan bagi mandi anak yang pertama. Aku gerak aje cakap kat anak aku nak hantar ke tadika terus dia macam nak nangis.Kira dia malas bangun lepastu aku paksakan dia masuk kebilik air. So aku beruskan gigi dia dulu , lepastu basuh skit badan dia.. Nangis la plak tak nak mandi.. (adakah esok aku tak yah bagi dia mandi?)

Lepastu aku sarapan kejap dan siapkan la pakaikan dia baju/sluar. Boh minyak rambut sikat segala..(ala lupa nak letak bedak,hihi). Lepastu dia dah start macam tak nak pi aje. Aku bagitaulah dia kena dok sorang sebab abah nak ke opis. Dia diam balik, lepas tu sambil dia dok gogong botol susu yang aku dah buat. Elok -elok nak kluar dia kata nak buang plak. Ayoyo ni mesti sindrom takut nak ke tadika ni.

Sampai kat tadika dalam 7.50 , terus aku cari cikgu yang di tugaskan. Explain apa yang patut so aku pun gerak dalam 8 pagi tu. Melalak lah dia panggil abah -abah.. huhuhu. Takpelah ni pun mau 2-3 bulan dia nak biasakan diri kan.

Tadi aku pergi jap nak antar dokumen dan bayar balance yuran. So aku tinjau lah dia dari jauh, termenung jauh je aku tengok muka dia. Cikgu dia kata dia dah ok cuma tak nak libatkan lagi apa-apa aktiviti. Fuhh mencabar gak jadi guru tadika ni ek. Dan jadi ibu/bapa pun mencabar juga sebenarnya.. hope anak-anak aku boleh lalui hari-hari yang mendatang.

Sunday, January 4, 2009

Menjelang dan 1 jan 2009

Malam tahun baru aku bawa family menjejak kaki buat pertama kalinya ke JJ Au2 . Itupun lepas aku tengok banyak barang di diskaunkan di malam tahun baru, kira jualan penghabisan stok aje. Sampai sana gi food-court yang ada tempat budak-budak boleh bermain. Yang tak bestnya kecil aje playground kat situ tambah-tambah ada budak-budak lelaki yang lasak, risau kalau anak aku leh terjatuh kalau depa leka bermain so tertungul lah aku menunggu. Sementara tu org umah gi beli makanan ,nasi so lepas depa main terus di beri makanan..(laju depa makan)

Lepastu gi beli barang yang dah di plan untuk di beli sebab aku peratikan barang-barang dapur dan keperluan anak ni selalunya harap tunggukan JJ ni buat sale baru murah kalau nak di bandingkan barang kat care-four. Orang umah plak lepastu dok cari kasut baru plak tapi takde yang berkenan. agak0agak nak 10 malam kita orang balik.

Sampai umah layan tv 2 yang ada siaran langsung dari dataran merdeka. Artis pilihan tudia penuh warna ,kira setiap kaum lah ada wakil tersendiri. Namun bila camera fokus kebanyakkan penonton adalah kaum melayu dan orang2 dari sebrang je yang dok mai dataran M tu. Menjelang 12 mlm terpacaklah aku di jendela rumah untuk melihat KL akan bermandi cahaya bunga api. Mula-mula sekali aku nampak bunga api dari KLCC , lepastu area sentul, barulah dataran merdeka. Nampak jugak bunga api dari kejauhan mungkin area puncak genting, sri hartamas atau bandar utama. Dataran M paling lama sekali depa pancarkan aku rasa.

Pagi esoknya sesudah suboh aku relax jap, lepastu baru gi jogging area umah. Cuaca yang nyaman/mendung menang best berjogging ni, aku fikirkan apa-la orang yang kena keja pada cuti thn baru ni terutama yang baru berhijrah ke tempat baru. Sedangkan aku masa 31hb tu punyalah malas nak buat apa-apa. Then bersarapan plak nasi goreng dan macam aku termakan lebih plak. Mak aku ada datang seminggu ni so dia yang masak .Lepas tu mak aku cadang ajak gi umah sepupu aku kat damansara area ikea tu.,call sepupu aku tapi depa ada hal nak ke puchong.

Last-last dia suruh call 2-pupu aku yang stay area klana jaya tu. Depa orang perak dan walaupun mak aku hanya sepupu dengan mak depa tapi kalau call tu memang depa beriya ajak ke rumah. Kira depa panggil mak aku tu maksu Penang. So pergilah aku sefamily dalam pukul 11 gitu. Lepak-lepak sembang rupenya suami dia tu dulu keja kat TM tapi dah bersara ambik vss awal tahun kot dan terus buka bisness ikan keli area gombak. Ala aku terlupa plak nama suami dia tu.

Suami dia pagi-pagi dah pi kolam ikan keli kat gombak so tak sempat jumpa. 2 pupu tu aku panggil kak Sal , peramah orangnya walaupun pernah jumpa tapi masa tu gi kenduri kat Ipoh kot so aku ingat-ingat lupa . Orang perak ni gamaknya ramah-ramah la kot ? hihihi ramai org perak aku kenal memang tak sangkal lagi memang kalau dah bersembang ada je cite yang di boraknya. Dalam 3 petang baru gerak balik ke kl.
Sampai umah tidur jap lepastu gi pasar malam dalam pukul 6. Itu ajelah nak cite kisah di tahun baru ni.