Yezaaaaaaaaaaaaaa,dah sampai pun KL petang tadi dalam 6.25 ptg(bertolak dari cherating dalam 12.30) so sempat lah layan spa Que hari ni . Percutian memang le best ,layan family ,lepastu layan diri, pegi jogging 2 hari berturut di awal pagi. Lepas jogging tu pi berenang ,lepastu baru pi brekpes. Dah kenyang bawa anak- anak kat taman mainan, ada buai, gelongsor ,jongkang jongkit dah buat depa eppy.
Sebenarnya takde lah aku jalan mana-mana pun, contoh sampai sana petang ahad tu rest kat bilik dulu layan tv1-2,3,7, ada vision four. Tertengok gaklah ada artis masak tom yam resepi simple main letak perencah dan bahan aja... opsss,sapa ek Deo nama artis tu?,ekekekek. lepastu time anak-anak tidur baru aku kluar gi berenang , sauna dan balik tu layan tv jugak.
Malam makan kat restoren yang memang bersepah kat pantai C tu tapi 2 kedai yang aku pi 2 malam tu memang tak memenuhi selera sefamily. Lepastu balik layan tv aja macam tengok LG realiti tv3 tu. Isnin ptg pun lepas balik lunch tengok lagi ulangan AJL 23, kena hapal step tarian stacy ni kang ada budak nama Ima yang dok bagi hint ,opss!
Malam kelmarin ada 2 cite best ,mula aku layan ntv 7 tapi cite ahlong tu kurang menarik so aku buka tb 3(alamak bila nak boikot ni,ekekeke) cite pasal sindeket curi Plate kah(ke cap mohor? ke cop duit?). Err aku takdelah kusyuk tengok sebab anak aku yang tadika tu siap ada pen dan kertas nak belajaq dah buat hurup macam-macam.
Malam ni pula cite The Banquet kat Tv 7, aku layan gak filem klasik maharaja cina dahula kala ada lah adegan-adegan lawan pedang kungfu yang mempunyai nilai-nilai artistik yang tersendiri(nota baca: padahal depa ikat guna tali kat belakang tu yang leh terbang macam superman/tarzan tu). Ganas juga maharani filem banquet ni siap nak bunuh suami dia kerna nak kahwin dengan anak tiri dia..ia ke.. belasah ajelah.
Berehat kat pantai monsun timur laut sekarang ni memang bahaya ,tadi sebelum gerak tersempak dengan ambulan/van bomba ,rupenya tengok berita tadi ada budak 13 thn kot lemas di tarik ombak lah kot. Aku pun tak berani nak masuk laut kecualilah kalau ombak yang tak besar mana pun masa pi Balok tempohari.
Oh Ya, aku berjaya tak menjumpai cyber cape kira percutian kali ni bebas dari terasa ketagih nak berinternet..opsss. Lagipun aku rasa macam tak ramai kot hapdet blog so bila balik nanti sempat nak ulang kaji,(opss macam Joe kah rajin buat homework kelas spain dia, wahh lepas ni leh layan filem spain kah) .So percutian kali ni berehat sambil layan tv kah,hihihi!