Rabu sampai jumaat lepas, bukan aku yang tak sihat. Rupenya anak aku yang 2 orang tu mengalami kejutan budaya ehh kejutan di tempat baru. Yang no 2 tak sihat asyik muntah dan batuk kahak lepas minum susu , lepas bagi ubat muntah/kahak dia baik skit then jumaat sampai kelmari cirit la pulak. Minggu ni 3 kali lah juga melawat klinik couse ptg jumaat tu org umah plak tak sihat.
Khamis ptg si sulong plak dah demam kura-kura, balik ambik dia petang tu teacher dia kata nak demam skit/panas skit aja. Elok aku bg ubat demam yang dah sedia ada ptg tu terus dia tidur. Malam plak dia lemah gak, kira sampai ke pagi jumaat tu baru dia bangun dan pagi tu bila tengok org umah tak pi keja dia pun lagilah tersuka tak nak pi tadika dia habaq.
Lepas gi klinik idham org umah ambik mc ptg jumaat tu terus ke JJ AU2 yang luas besar tempat parkingnya. Oh ya DUKE (highway baru dari karak/jln duta ke hulu kelang@ MMR2 dah siap) . Jadi petang tu dah buka secara rasmi, so naiklah aku dari jalan pahang tu ,kalau dari jln genting klang tu masuk kiri aje . So bagi yang nak mencuba naik tu dari Hulu klang ke gombak ke.. boleh la naik sebelum 8/2 ni Tol akan di kutip. Rm 2 aku baca paper semalam so tol dia ada 3 (1 tak siap lagi iaitu ke jalan duta,dijangka april ni siap). 3 lokasi plaza tol yang aku baca kat paper :
Plaza Tol Batu (ni aku tak tau samada ada ke dua arah tu ada tol atau 1 sahaja)
Plaza Tol Ayer Panas (kalau dari hulu klang/setiawangsa tak kena tol)
Plaza Tol Sentul Pasar ( kalau dari gombak tak kenal tol)
Aku kan boring gak depa kutip tol ni, yelah katakan aku nak ke opis kalau naik keta tu takkan la aku naik kat jln genting klang kluar jln semarak yang hanya sepanjang 1.5 km kena bayar tol RM 2 ??. Lepas tu kalau balik pulak takde pula susur keluar ke jln genting klang tu. Depa ni kan bina Highway ni atas dasar keuntungan aja ke?. Tapi kalau yang lalu jalan jelatek masuk setiawangsa dan nak ke MMR2 tu untunglah sebab takde tol kat situ.
Lepas ni kalau nak ke umah wakzushi kat B.A tu dalam 5 minit dah sampai. Semalam aku nak ke K-four wangsa maju pun lalu gak DUKE gak. Sebenarnya aku memang dah start naik DUKE tu sejak bulan 12 ke opis, hanya 7-8 minit je nak ke opis. (tapi aku kena melawan arus kalau nak buat macam tu lagi). Mulai isnin ni terpaksa lah ikut jalan jauh skit sebab dah bawa anak sekali seriau gak aku nak lawan arus ni. SO oklah DUKE ni dah siap so kalau nak balik ke utara tu lalu DUKE dah sampai jalan duta tak yah besesak orang nak balik keja kalau aku plan nak pulang kg di petang hari.