Monday, January 19, 2009

Minggu ke 2 plak

Last week minggu ke 2 hantar anak ke ke pengasuh(syaza) dan tadika(abg long). Hari Isnin syaza masih menangis lagi , jenuh bercakap dengan dia di malam hari yang aku dok yakinkan dia hantar pagi, petang mama ambik lah. Si abg pula bangun pagi dah start mengalir air mata.

Aku takdela bagi mandi, bagi dia berus gigi lepas tu basuh muka dan rambut dia skit. Tak sempat nak tadah masak ayaq panas bagai. So isnin tu elok hantar je dia nangis la plak lagi, tapi takdelah meronta-ronta macam ada anak orang lain aku tengok tu.

Hari selasa sama aje 2-2 , si Syaza dah baik dah cirit birit dia. Legalah gak ,maybe dia terkejut kot makan kat tempat baru. Si abang pula hari selasa tu dia start nak belajar atau tulis huruf A, dan a kecil. Kira dia bawa balik homework lah kiranya. Mula-mula dia kata tak pandai, alih-alih dia dah boleh buat hari rabu.

Hari rabu aku hantar si syaza umah pengasuh, cuak gak kot-kot dia nangis. Alhamdulilah dia dah boleh terima kenyataan, kira dia pandang aku sayu macam tu, Itupun masa sepanjang jalan nak hantar dia aku dok pujuk cakap jangan la nangis dah.
Namun begitu si abang sampai hari jumaat time aku hantar tu mengalir air mata lagi.

So sabtu orang umah aku kena sekolah(ganti CNY) so aku lah jadi pengasuh depa sekejap ,mandikan depa,lepastu bawa turun kat tempat mainan. Balik tu bancuh ayaq kat depa, buka ceria bagi lah depa layan. Then perangat lauk/sup sayur bagi depa makan dalam 12 tgh lebih.Itu ajelah nak cite ,hope minggu ke 3 abang dia dah ok.., (ehh dah minggu ke 3 ni)