Monday, January 12, 2009

Boikot aja

Jumaat lepas aku dapat sms dari adik aku kat penang. Beriya dia antar sms berantai suruh boikot dan jangan beli barang buatan US kepunyaan Yahudi . Antara barang-barangnya macam stabak, mac D, kfc, tesco , colgate . Fuhhh lega mujur lah aku tak dela ketagih benda-benda macam ni (ahad lepas aku baca kat tag ada yang takleh rupenya nak lepaskan stabak). Boikot ajela dulu biaq depa kat US sana terkejut pasaran jualan kat malaysia merosot.

Kfc aku takdelah selalu pi(terpegi gak awal bulan 1) ,tambah-tambah Mac d(3 bulan pa tak pi ni) boleh ni boikot. Tesco pun lama tak pi sejak rega minyak turun barang-barang kat giant atau k-four dah ok. Colgate pun dah lama isi rumah aku ni tak pakai. Jadi rakan-rakan yang membaca blog ni boleh lah sama-sama boikot sekejap...kalau berbulan-bulan pun ok gak ni(unsur-unsur dakwah kah ni).

Pagi tadi masa aku join perhimpunan mengenai palestin (derma kilat ) kat opis aku ni tersedih dan nak ternangis plak bila lihat paparan kat skrin besar mangsa-mangsa yang tidak berdosa terutama yang kehilangan anak dan kematian tragis anak-anak dan wanita yang di bom oleh tentera yahudi yang kejam tu. Err takdelah nangis tapi macam nak terkluar air mata macam si joe NY tengok filem-filem yang menyentuh jiwanya ataupun si Deo yang tengok Datuk Chong wei menang terbuka malaysia semalam.. opsss! (jangan le sentapz ketat aku gurau aje..) Oklah itu aje topik berat hari ni.. marilah sama-sama kita boikot !