Jumaat lepas, seperti yang di janjikan maka berjumpalah lagi rakan-rakan Tag Joe sempena besday Elf, penghijrahan Deo ke Jaybee dan Delinn turun kl buat pertama kali lepas dia ngajor di utara sana. Oleh kerna dan lama tak naik Buffon maka masej la pada Deo nak menumpaninya selepas turun kat Kerinci Putra tu. Sampai-sampai call Deo tapi dia antar masej, ada meeting rupenya dan pukul 7 baru dia boleh keluar. Ingat nak naik bas tapi macam panjang pulak barisan menunggu jadi lepak minum kopi tarik kat kedai mamak bawah Kerinci tu.
Nak dekat pukul 7 pergila bayar bil telepon org umah dulu dah alang-alang sampai sana lagipun aku rasa first time gak jejak sana dan nak buang apa yang patut lepas minum kopi tadi. Masej lagi sampai tertekan Deo jadinya ,takpelah aku tunggu lah jugak tiba tiba ternampak la sorang tu dari belakang meluru pergi menyorok belakang tiang. Apa motif tak tau dia nyorok walhal aku ketika tu taklah selekeh ke, atau tak pakai baju ke kan. Rupenya Delinn nak dok depan dengan Deo, ala duduk ajelah aku tak ambik port pun... Sembang-sembang sat lepas tu mai lah si BFN @ Buffon tu. Si Deo tu siap perangat aku ada tak sesiapa call aku untuk tanya aku sampai ke apa ke, tapi aku suspect depa dah tau kot aku akan tumpang dia couse dok bertanya aje kat tag, huhuhu.
Sampai sampai aje wahh dah ramai menunggu dan siap makan pun macam si Angah , Wan dan sapa lagi tah yang habis makan dah. Antara yang dah hadir ketika itu selain dari laki bini tadi tu, Yam and skandal, Lb, Limah, Combi,Alangz Sempoii,Kong, Nini, Ob, Adik Ob, Cl , kawan Cl dan jua Elf dan Waiem(rakan pfs yg sampai serentak dengan kita orang kot). Macam biasa semakin meriah suasana kedai ayam goleks tu dengan lawak-lawak jenaka, gurau senda dan macam macam la beberapa pertanyaan terutama pada yang di raikan (Elf, Deo,Delinn).
Lepastu Limah tersuruh aku buka durian opss, takpe walau belum habis makan ayam golek tu ada la aku bukakan 1 sebab LB kot dok berusaha sebab dia nak cergas ke tempat lain pulak lepastu. So bertambah panas la lepas parti panas( makan durian )dah la dok ujung sekali tak kena kipas kan. Oleh kerna Poi dan Elf pun nak balik awal maka upacara motong kek Coklat Pisang pun di lakukan se awal (kong pun blah gak time ni ek). Sempat gak masing masing dok ber DQ nak motong kek tu dan sedap la macam biasa, ehh sempat gak merasa kek hasil buatan Angah yang baru berkecimpung nak buat kek sempena raya ni katanya.
Aku tak ingat bila masanya Arc, Tuanalang dan Fara yang bakal jadi guru Bio tu sampai but semakin panas sesi bergossip terutama depa berbual perkara-perkara belaku minggu lepas terutama si Fara (amboi kena tulis banyak kali ke ni) yang baru habis interbiew. Delinn ada gak dok cite pasal kisah dia mengajar walaupun dia dah cite kat blog tapi kaedahnya tak sama bila dia cite Live so aku hanya concetrate dan dengar walaupun dari tempat yang tak baper dekat dengan depa tapi tah maybe aku pun dulu adalah minat nak jadi letcerur atau guru jadi bila depa sembang boleh layan terutama pencerita itu fara dan delinn haruslah sensasi katanya(wahh dah baper nama fara ni naik).
Time tu gak ramai dah blah macam Tuanalang, Lb , Yam and skandal tapi kitaorang tunggu gak couse Afzal dan skandal dia plan nak datang dan Zura pun dah nak sampai KL bila Alangz dok bagi tau tu tunggulah lagipun sesi bercerita masih rancak di bual kan oleh tetamu dari jauh sana. Afzal pun ada bagilah 1 copy disk gambo-gambo kat balok pada Arc yang di jangka akan buat copy paste. Last-last bila Zura dan Alangz dah blah barulah yang lelain pun tengok semua dah habis makan maka berangkatlah pulang dalam 10.20 gitu .Tumpang dengan Deo(anyway tengkiu yach) gak sebab tak habis lagi aku nak tanya seolan-seolan cepu mas pada Delinn alih -alih aku lak di tanya pasal asyik gaduh dengan Deo je kat tag. huhu. Itu ajelah kot nak cite parti panas tu tapi bila sampai KL dah sejuk kerna hujan gerimis la pulak.