Dua hari lepas sampai hari ni(3 hari dah ek) aku stop minum neskapi sebab hari ahad masa bangun pagi haritu tiba-tiba terasa sakit kat atas ubun/rambut kepala. Lepas aku bancuh neskapi dan sebaik aja minum sikit bari rasa kurang. Malamnya mula aku rasa macam sakit kepala smula. Nampaknya aku dah ketagihan kaffien, kalau tak minum rasa sakit, lepas aku stop ni pun masih lagi sakit tapi dah kurang lah sakitnya di bandingkan semalam dan Isnin.
Cadangnya nak pergi klinik tapi belum pergi lagi, tengoklah kalau esok dah ok dan aku leh control tak minum neskapi, insya allah takde apa-apa kot dan tak yah la check bagai kan. Lagi satu aku kadang dok pening kapla nak kontrol kemarahan atau memukul kaki anak aku yang sulong tu. Sejak dua menjak ni selalu aje dia dok tolak adik dia sampai terjatuh gedebuk. Nak rotan mana lah boleh lagi, tunggu 7-8 tahun baru lah boleh ek. Fuhh mencabar la plak ni tak nak lah aku dok bagi dia sakit plak kan.
Lagi satu aku dok geram kat anak-anak jiran yang selamba je kebas ambik bola yang aku bawa gi Balok haritu.Salah aku gak letak dalam plastik tapi still kat atas rak kasut, selamba je diaorang ambik tak pulangkan balik. Anak aku yang sulong dah mula start suka nak main bola /nak sepak terajang.. hehhee, aku pun seronok layan dia main bola tu, siap buat tiang gol kecik bagi dia score. Nak aje aku nak buat memo tampal blok-blok kat seblah ni suruh serah bola tu balik ,dah la bola tu opis punya, tapi nampak macam tak sesuai la plak. Ke aku kena buat spot-check tiap petang cari bola tu balik.. huhuhu