Pergi umah kawan wife dulu di Muor , fisrt time ni mai muar dan lalu batu pahat lepastu
Makan malam di restoren Singgah Selalu kat Skudai
Menginap kat sini Hotel skudai Good hope katanya barang semalam
Pengantin pompuan (ex -kwn kolej) menunggu dengan penuh sabar pengantin lelaki yg belum sampai.
Baru sampai(ehh terlindung pulak), org pun dah nak gerak pulang ke ibu kota
Selamat tinggal Johor ( err ok kot mai lagi dgn delinn buat double date dgn deo katanya)
Sabtu lepas paginya dalam pukul 10 masa tu tiba-tiba org umah aku tanya jadi ke nak gerak hari ni ke jb? Laaa,ingatkan semalam dah bincang pagi ahad baru bertolak tapi setelah di fikir-fikirkan oklah juga pergi berehat semalam.Lagipun jumaat petang tu aku dah siap call Rumah Tamu Utm kat skudai dan dia kata kosong lagi dan suruh mai aje check-in . Lepastu dia call kawan dia 1 kpli Jitra tanya kot-kot boleh pergi melawat sebab dah lama depa tak bersua lepas kawan dia tu kena ngajar kat johor sana. Bincang punya bincang ,last-last kawan dia ajak lunch aje kat Muar dan dia siap nak masak bagai.
Lepastu kalutlah dok kemas apa yang patut nak bawa sebab last minit punya desicion kan. Aku rilex je dulu couse kena pi bank dan beli apa-apa yang patut so pergilah JJ wangsa maju tu dulu. Kemas punya kemas dalam 12.30 barulah gerak dan menuju ke destanasi pertama tmn sri cempaka Muar. Singgah kat stesen petronas RnR Seremban je dulu untuk buang apa yang patut dan terus menuju kluar ke exit Tangkak lebih kurang pukul 2 kot sampai.
Jauh juga rupenya nak sampai muar tu siap singgah dulu couse nak lah bawa buah tangan jadi wife aku belikan rambutan dan manggis. Murah aje buah-buahan sebab musim sekarang ni jadi siap beli untuk makan kat tempat menginap sekali. Bagus kawan wife aku ni siap suruh suami dia ambik kan kita orang bila tempat bertemu di tetapkan berhadapan dengan sek. sains muar tu. Lebih kurang dalam 3 ptg baru lah sampai nak perut pun sudah berbunyi kira tetamu terus di ajak makan dahulu... huhu
Lama gak lepak dalam 5 ptg baru gerak dari muar tu kira menuju ke batu pahat tu then ke ayer hitam kata suami wife kawan aku tu lagi mudah nak ke JB katanya. Yelah nilah first time aku drive Muar- batu pahat ni jadi signborad lah penunjuk arah nak ke JB. 45 minit baru sampai Bp ,lepastu singgah sembahyang dulu kat masjid lepas bandar bp tu. Time tu hujan pulak so aku taklah bawa laju just folow je keta depan ,mujur hari cuti taklah banyak lori kalau banyak jenuh gak mengekor ni. Sampai Ayer hitam baru naik PLUS semula dan sampai sekudai dalam 8 malam kot jadi terus aje je ke UTM. Malang sekali sampai pejabat rumah tamu tu dah tutup, telefon h.p orang yang di tugaskan. Hampeh dia kata penuh pulak,semalam aku beriya call kata kosong suruh datang aje,last-last penuh. Rasanya maybe dia jauh kot nak datang ke pejabat buka /bagi kunci bagai ,salah aku gak tak tanya jumaat tu betul-betul prosuder nak dok rumah tamu tu. Last-last berpusing-pusing aku cari Hotel area skudai tu. (bersambung)