Sabtu pagi macam biasa kalau anak-anak masih tidur jadi pergila jogging dekat Tasik Titiwangsa, wife plak kena gi skolah ganti cuti hari raya kot . Selalunya kalau hari sabtu ada aje agency atau badan pertubuhan apa-apa buat aktiviti so kadang-kadang tu ada senam robik , poco poco lah…(ni kena tanya geng bini askar terutama si ayu), dan juga senaman Tai- chi. Oh ya jangan lupa 10 ogos nanti ada walkathon kat sana sempena Avon buat untuk derma kepada pesakit Kanser (Breast Cancer kot ni). Di jangka ramai selebriti akan turun ( si Erra tu duta Avon kan) dan juga angkasawan negara pun turut join sama sebab ada dia sebut dalam paper.
Lepas habis 1 pusingan dan letih dah berjogging aku sempat tengok pasukan berkuda dbkl buat latihan sambil di iringi pasukan pancaragam. Menariklah juga sebab susah juga sebenarnya nak mengawal kuda sambil nak buat pelbagai bentuk persembahan walau nampak simple tapi kalau kuda tu tiba-tiba buat hal merbahaya jugak kan . Balik tu rehat jap , baca paper lepastu anak suruh bawa jalan –jalan pulak. Bawalah depa pi skull wife aku walau time tu depa ganti sekolah aku belasah je bawa sebab pengetua baru dia (lelaki) sporting bagi tau tak kisah bawa anak-anak ke skolah lagipun sabtu aku tengok taklah ramai murid-murid datang.
Bawalah depa pi library gak, oklah bagi depa minat tengok/baca buka tapi si adik tak mo dok lama maybe ramai orang dok perhati dia kot. Lepastu bawa balik rumah tengok ceria lah apa lagi kalau weekend2 tu. Petangnya pulak tiba-tiba wife ajak gi shopping lepastu dia kata akak yang jual tudung munuwarah tu buat jualan terbuka kat rumah kakak dia dekat bkt antarabangsa. Oleh kerna plan nak gi Giant tmn permata pergilah jugak lagipun wife aku dah skolah paginya macam penat lak nak memandu dan cari umah orang bagai.
Sampai-sampai sana aku dah suspect mesti Ayu(kawan baik si Delinn) yang aku promote gak tudung akan ku jumpai tapi tak sangka la pulak hakak Limah pun ada. Kemain depa borong sakan ek yelah tudung tu katanya lagi murah compare kat butik area Tmn Tun Dr.Ismail tu. Lepas menjamu selera bihun simple tapi sedap, sempat gak aku gi usyar banglo Datuk K, yang hanya berdepan je dengan rumah tu kot-kot Siti Nur buat excersice atau ambil angin petang kat laman rumah tapi yg nampak hanya pembantu rumah dari sebrang menyidai baju di ampaian..(hampeh).. Oklah lawa lah gak banglo tu yang sebelum ni tengok kat paper aje, tapi banglo tu untuk anak-anak datok K kan. Hihihi. Balik tu terus pi Giant macam biasa beli keperluan anak dan rumah.Ituje kot hapdet hari sabtu