Wednesday, July 23, 2008

Mengapa aku layan tengok cite DHW

Pagi tadi aku macam bengang aja ada orang tu tak boleh terima aku layan cite DHW tu. Yelah kalau aku tengok drama melayu, asyik asyik berebutkan awek/isteri/laki orang, lepastu merajuk, lepastu pujuk balik. Paling tak best asyik –asyik babak dok makan kat restoren ,lepastu kau cinta aku, ku cinta kau, mau muntah dah aku tengok drama-drama macam ni. Paling tak best bila drama keluaran Yusup haslam yang anak dia berlakon atau jadi pengarah.Dah la lakonan dia kaku aje lepastu asyik-asyik rumah banglo kat hulu klang je jadi lokasinya.... opsss tersasar lak nak cite pasal lain ,abis drama melayu yg kena..opss maafkan ambo.

Ni aku nak cite lal pesal apa aku suka, antaranya ialah

-Oleh kerna aku dah tertengok dari musim 1 so kalau boleh aku akan cuba layan dan nak tahu setiap siri DHW ni

-Watak susan tu yang berlakon cite superman & clark dulu-dulu dia berlakon so aku enjoy tengok kalau dia berlakon .

-Plot dan drama cite tu tak membosankan, setiap adegan di awal mesti ada penyudah atau moral yang boleh di pelajari.

-Pesahabatan – aku suka tengok 4 orang yang watak utama cite tu yang menjadikan persabahatan mereka paling utuh dalam apa-apa jua gossip atau perkara yang boleh menghalang mereka bergaduh tapi mereka tetap bertimbang rasa antara satu sama lain.


-Selain dari plot ,kadang-kadang setiap adegan atau drama berlaku tentu melibatkan kejiranan kawasan diaorang tu dan kadang-kadang unsur suspen di libatkan sama,kira plot yang tak di sangka sangka ni aku suka tengok.Lainlah kalau drama melayu selalunya kita boleh teka kan apa jadi di akhir cerita.


-Yelah aku tak dapat lari dari kenyataan pelakon2 watak utamanya mempunyai susuk badan yang menawan,(terutama Gabriel).. opsss kantoi

-Aku banyak tahu dan pelajari rupa-rupanya perempuan ni memang banyak karenah so apa yang di tunjuk tu memang sifat semulajadi lah dan aku adalah idea macam mana nak mantapkan hubungan family aku bila tengok drama ni – ni dari aspek kekeluargaan, timbang rasa , tanggung jawab ,menghormati jiran dan sebagainya, so yang elok di pelajari , yang skandal di jauhi..opsss.. kekeke

-Aku rasa watak Pencerita yang telah mati di musim 1 adakah di bongkar atau belum ek? Rasa macam belum lagi kan ataupun aku terlupa …hiks

- Di samping itu gak drama ni pernah menang golden globe drama komedi & muzikal terbaik kat US tu, oklah pernah di iktiraf kan..

Itu ajelah kot, banyak lagi sebenarnya contoh apa yang joe bangla dok cite tentang reality kehidupan sana bila tengok drama ni memang kadang kadang kebetulan boleh tersama. Sekian itu ajelah setakat ni ...kekeke