Monday, December 13, 2010

Cuti ,Jalan -jalan Yay dah boleh jalan

Sabar ajelah blog ni.. lama betul tak di hapdetnya, nak biaq kejung tak sampai hati plak. Ke sebab semenjak cuti sekolah ni aku pun tercuti nak hapdet blog ni.. kekeke.Hmm yelah takdelah apa sangat menarik nak di cerita. Kadang-kadang ada idea nak tulis tapi malasnya melebihi segalanya.

Cuti kali ni dah jalan 2 tempat , ada 1 lagi tempat ujung minggu ni. Hujung november opis buat trip fami*y day (3H2M) kat Bkt Gam.Rersort Water Park,Pahang. Oklah menginap kat sana, serba baru lagi ,bilik besar leh ketak toto untuk anak-anak yang kecil-kecil. Kali ni aku buat pertama kalinya pi kedai sewa baju kat Wisma Central tu.

Mulanya malas gak nak sewa-sewa ni memandangkan mlm dinner tu kena naik pentas kerna dapat hadiah berjaya kurangkan berat masa bulan posa (dpt no. 3) so gagahi gi sewa pagi jumaat tu. So dapatlah baucer parkson (rm 100)untuk buat beli baju baru ataupun beli baju orang umah 1 ,hihihi takpun baju skolah anak yang mula start skolah tahun 1 tahun depan.

Sabtu pagi,acara sukaneka main 1 game aje, dan dapat johan hadiahnya tuala leh la pi bawa mandi kat water park dia petang tu. Hmmm tapi aku macam tak rasa best sangat lah couse kali ni aku dok temankan anak depa mandi kat area Penguin tu so aku pun dok mandi kat situ ja lah dok bertapa couse orang umah lepak kat bilik dengan baby,panas katanya kat luar .

Ehh tajuk aku kat atas tu dah boleh jalan tu sebenarnya baby aku tu genap umur dia setahun 3 bulan baru leh jalan sepenuhnya. Alhamdulilah kira dia boleh balance badan dia dan menapak lebih 10 tapak la baru confirm leh jalan. Gambar yang sempat aku snap ada kat bawah. Hmm itu jelah kot nak cite,sambung part lain plak ye.

Tuesday, November 2, 2010

Larian Belia anjuran Bahagian T*tiwangsa

Jumaat lepas aku baru daftar larian belia ni, mulanya macam malas ajo tapi yelah boleh dikatakan selalu gaklah dok jogging petang-petang dan sekali sekala kenalah join untuk mengukur keupayaan mana-mana acara larian. Secara jujurnya aku suka join yang senang aku nak pergi (area KL la buat setakat ni).

Kalau macam jauh sikit kena bangun awal bagai di hari cuti dua tiga kali gak nak pertimbangkan..ekekeke. Ha kebetulan weeknd nak balik kg ni ,ada 1 event lari kat area umah aku kat Jawi tu, ingat nak daftar walaupun dan tutup masa depa nak ambik nombor, kalau tak boleh join ajelah larian tu tak de orang nak menghalang nya. kan... hihi

So sabtu pagi tu elok aje aku nak bersiap mandi dalam 7 am tu hujan plak menderu turun. Hmmm terus aku pi kat katil golek-golek dulu walaupun penganjur kata 7.30 start kumpul sure larian tu akan di anjak punya masanya. Dalam 8 am tu hujan dah seriat so aku teruih mandi kerbau ,siap2 buat sarapan sikit (ala sapu roti dengan jem ja.) Orang umah kena skolah sabtu tu so aku gi antar anak kat pengasuh lepastu terus berdesup gi Kompleks Gurney tu.

Sampai ja dalam 8.30 lom mula pun, tiba-tiba hujan kembali lebat so mulanya DJ tu anounce lagi 10 minit so di tangguhkan lagi . Sempat la aku panaskan badan dan buat streching bagai...ekeke.
Punyalah lama nak tunggu ujan berenti akhirnya dalam 9.10 am baru lah dilepaskan larian 7km (seperti terdapat dalam borang). Kali ni aku tak bawa camera plak so aku bergambo dengan camera kat phone tu jadi ada la ambik gak.

Kali ni tah macam mana tah aku tak stop plak untuk berjalan kira aku dengan semangat membara terus je lari so sampai ke garisan penamat dalam 20 minit lebih je , ishh tak percaya aku tapi aku suspect macam tak 7 km je, maybe 5-6 km ni. Yang menang tu banyak plak dari geng-geng pelari berbangsa india. Oleh kerna yuran dia taklah macam larian puluh-puluh hengget tu hadiah sampai no 10 ajo .Kira dapat sijil penyertaan ajo lah dan lepas tu di beri makan nasi berani lah plak se bungkus sebelum aku pulang .

Hmm rupenya larian belia ni anjuran parti U*no rupenya siap ada kauter pendaftaran jadi ahli dan pendaftaran SPR. Aku gi kaunter SPR tu kononya nak tukar kawasan undi tapi di suruh tukar dulu kat IC anda baru boleh katanya. Dalam 11 am macam tu aku pun pulang .So next kat mana plak ek nak join, maybe bulan 12 nilah kot kalau tak balik kg boleh la sebab banyak gak aktiviti bersama family start cuti skolah ni.

Sunday, October 17, 2010

Akhirnya Mimpi jadi Nyata kah

Jumaat lepas aku dan beberapa orang lagi (Fara, K.rozz ) kot dok berbalas kat twitter si Joe Perantau tu tanya bila nak berjumpa secara realiti geng rebanmaya tu. Terus setelah Joe berbincang dengan beberapa orang kuat.. hehehe akhirnya sabtu petang ,kelmarin Joe bersedia jumpa dengan peminat-peminat opss merangkap sahabat dah la ni.. kan... takkan peminat plak... ekekeke.

Yelah aku macam yang lain gak dari tahun 2004 atau 2005 ek dok bersembang kat tag dia takkan tak sudi nak berjumpa kan... Yelah ni aku terus terang ni tulis , lepas terbaca kat salah sorang penegar rebanmaya ni cite dia jumpa Joe (dengan 2 org lagi) aku pun nak gaklah jumpa dia kan... Hmm yelah aku pun kena paham susah gak tuan punya badan nak decide jumpa , kalau aku di tempat dia mungkin buat keputusan yang sama.. ececece

Dan aku nak bagitaulah ni lepas aku terbaca blog tu ,beberapa hari lepastu aku memang bermimpi jumpa Joe , kira bila jumpa ja terus peluk dan dakap dia.. ,lepastu aku tak ingat maybe sembang-sembang kot sebab ada gak muka-muka tegar lain reban maya kat situ gak ,ekekeke. Tengok tu bertapa semangatnya nak jumpa sampai terbawa dalam mimpi lah plak kan.

Jadinya kelmarin macam tak caya aja dapat jumpa walaupun bila baca twitter depa tu kejap sabtu kejap ahad ,terus call Arc meng confirmkan ada tak si Joe perantau tu. Wife pagi tu dah pegi dengar majlis 1malaysia apa tah kat Bkt Jalil bersama PM,TPM so dia memang nak berehat aje petang tu so pergilah ke Bangi dengan anak yg sulong, hat no 2 tak nak join dia dah penat gi library negara tengahari tu .

Dalam 4.15 kot sampai, bagi je salam depa kata Joe dah balik.. amboi tak caya aku lepastu nampaklah kelibat lelaki berbaju melayu biru yang memang dah kurus orangnya terus aku pergi ke Joe ,dia pun bangun untuk salam dan tanpa segan silu aku terus mendakapnya... hmmm ekekekee. takde isi lah mamat ni.. kan.. errrr .., taklah masa peluk dia tu memang aku rasa hormat sangat dengan dia, segala jerih perit dia kat US sana yang terpaksa dia tanggung sorang aku sangat sangat kagum mamat ni memang tabah orangnya. Kalau boleh masa time tu nak aje.kata . bersyukur la Joe..ko dah balik pun , kami memang nak sangat jumpa dengan hang ni.. tapi tak terkluar lah so aku kluar kat sini aci dak? ekekekeke

Pada mulanya aku rasa dia ni lebih kurang tinggi kong aje...tapi errrr hampa yang lain jumpa sendirilah bagi yang belum kan... hehehhee. Lepastu baru lah aku salam dengan yang dah sampai sungguh excited sampai lupa hat lain boleh? Hmm hampa dah tau kan yang mai so tak yah lah ulas lagi tapi happy lah dapat jumpa yang lain sebab masa raya lepas aku datang lambat kan so tak dapat sembang sangat .

Lepastu aku gi lah dok kat mana Joe bersembang nak tau lah apa yang lain-lain dok tanya errr aku takdelah nak tanya banyak just menyampuk kalau ada peluang sebab dia kan tetamu kehormat petang tu ramai lah berpusu -pusu bertanya kan.. ekkeke. Hmm takpa ada lagi kan mini perjumpaan hope leh jumpa lagi tah kenapa tah anak sulong aku tu nak balik awal so dalam 6 lebih aku pun balik dengan seribu tanda tak percaya dah jumpa pun mamat yang sungguh aku respect sekali dan aku rasa tak percaya lah leh jumpa... (oopss ter puji lebih ke ni.. hihih)

Joe Perantau..selamat kembali dan membina hidup baru, aku tahu ramai yang nak jumpa dengan hang so tak yah la malu -malu naa.. ekekeke
(Note: Senarai yang join kali ni ada kat blog baru Joe tu, blog Dellin pun ada ye.. hehehe)

Sunday, October 10, 2010

Cite 10.10.10

Heheheh, nak gak hapdet tarikh 10.10.10 ni. Bagi aku takdelah menariknya nombor-nombor ni tapi macam best gak kalau ada kenangan pada tarikh yang nombornya akan berulang 100 tahun lagi, hmmm rasanya dah kiamat kot ni...opsss mana leh teka teka..(tarik balik.. hihih)





Pagi tadi lupa lak nak kunci jam kat h.p tu, tapi mujur ada baby yang mengejutkan aku, so dalam 7 lebih dah siap mandi . Sapu sekeping roti dengan jem lepastu buat air neskapi 3-in kopi putih untuk segarkan diri untuk berlari nanti . Dalam 7.30 gerak so suspen gak takut jalan ke Lot 10 dah tutup sebab nak ke KLCC dari jln tun razak banyak jalan dah tutup untuk larian 10 km anjuran Nike.




Dari umah aku macam biasa ikut jalan nak ke opis, then ambik jalan tun razak. Mujur aku pernah ikut masuk jln bkt bintang ikut trapiic light yang ada spital Prince Court tu so masuk jalan tu lepastu belok ke kiri ikut jalan belakang terus ke area Lot 10 untuk park motor aku ,dalam 7.50 am kot sampai. Sampai je ambik gambo dulu. hihi






Acara bermula dalam 8.20 am, so bergeraklah dengan perlahannya sebab ramai gaklah orang dengan jalam yang sempit.. hmm hampir 3 ribu orang lebih kot. Kali ni aku banyak ambik gambo plak sambil berlari so gambo telah di update ke FB , nak masukkan kat sini lambat lak menunggu.. Akhirnya sampai ke garisan tamat lebih kurang 8.46 ,10 saat bermakna berjaya gak aku lari di bawah 30 minit acara 5.5 km ni, so kalau aku maintain lari macam tadi.. boleh ni kalau 10 km di bawah 1 jam .






Sampai terus ambik goodies beg, yay belum ramai sampai so takyah beratuq panjang , lepastu gi ambik air tenaga 100 plus , milo 2 cawan . Lepastu lepak jalan-jalan tengok orang sambil senam kaki sikit . Ambik gambo serba sikit then terus balik umah tapi singgah jap pasar keramat dulu.. Hmm dapat gak hadiah medal kira kejutan lah , oklah macam dapat pingat Emas plak. Hope tahun depan ada plak larian 11.11.11 (jatuh hari jumaat ni so maybe ada larian malam ni.. maybe 11 km).




Saturday, October 9, 2010

Yeay update lah gak

Yeay akhirnya rabu lepas 1 email berita gumbira masuk.. Ala kan aku ada cite masa sebulan puasa haritu aku join meriahkan opis aku ni anjur the bigger loses. Lepastu raya ke 12 baru nak timbang berat baru. Hmm tak sia-sia gak aku dok berlari di awal pagi masa cuti raya tu..,kira raya ke 2 start lari dalam 30-40 minit sampai la raya ke 9, (cuma sekali je kot tak lari) .


Hmmm takdelah dpt no 1 , dapat no 3 ajo... kira top 3 lah daripada 60 orang lelaki yang ambik bahagian tu, pompuan pun ada gak kira pisah kategori. Berat telah menurun sebanyak 4.7kg. Minggu ni aku timbang turun lagi , sebabnya minggu ni kurang selera makan plak + ada ulser sakit gak kalau nak mengunyah makanan kan... adehhh! Tapi minggu lepas ramai gaklah dok tegur aku nampak berat memang menurun lah kot ni,pemenang ke 2 kalau aku turun 5 kg gerenti leh potong dia... tak po lah ada kot hadiah ni...



Yeay yang ke 2 , tadi dah ambik t-shirt untuk larian fun anjuran Hoo Ha 10.10.10 pada 8.20 am kat lot 10 esok. Aku terdaftar awal online masa puasa haritu lepastu baru kluar larian nike 10 km. Tak mengapalah kira nak start join semula acara larian ni, last sekali masa siemens 10 km bulan 7 , lama lah jugak ni nak lari semula. Kalau ok esok larian aku nak daftar lah lagi bulan 11 , bulan 12 ni punya larian. Target esok aku macam nak lari sepenuh tenaga sebab sampai awal takyah la beratuq panjang nak ambik goodies beg.. ,hehehe ok lah kot adakah kena lari di bawah 30 minit esok. Hmm tungguuu ajolah nak update ye... macam nak bawa kamera ajo ambik gambo sekitar larian esok...


Wednesday, September 22, 2010

Syawal kali ni

Tudiaaaa lamanya aku tak update nak cite raya macam dah lama plak tapi kang macam takde kenangan plak kali ni untuk tatapan di kemudian hari.. hihihi. Raya aidilfitri ni sebenarnya semangat nak menziarah sanak saudara dan kenalan yang biasanya setiap tahun mesti pergi, kalau tak gi macam tak beraya plak aku rasa.

Malangnya kali ni start raya pertama anak no 2 dah nak demam , lepastu baby masih lom baik betul dari demam minggu sebelumnya. So depa 2 orang dok cirit birit dari raya pertama sampai ke 3 hasil makan ubat kilinik agaknya. Baby deman dah beransur baik tapi dok sakit perut dan buang ayaq besaq aja tapi si kakak plak mula start demam di pagi 1 syawal.

Raya pertama paginya beraya dengan adik badik wife sebab lepastu depa masing-masing gi umah mertua masing-masing. Macam aku gaklah petang tu baru kluaq balik kg aku, hmm tak sampai 20 minit pun dah sampai kg aku tu. Singgah dulu umah Paksu/maksu aku, dulu sebelum Tok aku ada memang pagi-pagi mesti datang dulu sebelum gi raya umah orang lain so dah jadi kemestian umah aruah Tok yang Paksu aku tinggal tetap kena datang singgah.

Lepastu gi umah Mak jang yang lani semakin hari semakin tak sihat, so dia berbaring aja kat umah , kena serangan jantung minima so dia dah kurang aktif dah nak bergerak ke sini sana.
Usai kat situ baru balik umah Mak, sampai aje dah takde sapa , adik pompuan dah balik, tahun ni beraya kat umah dia kat Perda aja,(Mak mertua dia datang raya kat umah dia sebab ada anak-anak dia kena keja 2 hari raya kat kilang area Kulim tu).

Kakak plak macam biasa petang dah balik beraya kat umah Pak mertua dia. 3 lagi abang sorang macam biasa kat beranang sana raya umah mertua dan sorang lagi raya raya umah mertua dia kat aloq staq. Sorang lagi abg long lagilah memang kalau balik pun raya ke 3-4 macam tu. Adik laki aku lak dia dah datang pagi dengan anak-anak dia so petang dia balik Penang balik melawat member2 dia plak .

Alhamdulilah tahun ni umah mak ada orang sebab adala aku pernah cite giliran beraya abang-abang aku tu macam susah ja nak balik kampung raya pertama lah yang semestinya nak kena semua ada. Tahun ni plak anak saudara aku(anak abg long) ada 2 orang dah balik awal, dah besar depa ni so balik sendiri ja, ayah dgn mak depa beraya kat sarawak plak kali ni, tah abg long aku tu di naik pangkat so keja kat srwak sana plak.

Raya ke 2 , adik pompuan dan adik laki ajak beraya ke umah Mak Cik dan Pakngah aku (ni semua blah aruah abah aku). Raya ajelah nak jalan-jalan jumpa sepupu yag dok jauh skit . Pi sana baby plak dok meragam aja, so MakCik aku suruhla pergi ubat cara tradisional plak . Petang tu aku balik semula ke kg wife aku sebab dia kata ada Pakcik apa tah namanya boleh berubat baby yang deman -dok cirit birit ni.

Malam tu jugak pergilah berubat, Pakcik tu check perut terus dia bagitau depa 2 ni kena cacing so dia nak simpan cacing tu kat karung dia, pelik plak aku dengar tapi takpelah tengok dia dok banyak baca selawat, ayat suci al quran dok hembus2 kat ayaq suruh bagi mandi dan anak-anak aku tu minum.

Esoknya raya ke 3 depa 2 orang macam tak sihat lagi so aku dengan orang umah decide dok kat umah je lah raya tu, kebetulan ada rakan cikgi org umah tumpang bermalam semalam dia nak beraya umah pak menakan suaminya blah utara ni. Kira raya ke 3 ni tunggu adik badik wife aku lak datang melawat. Petang tu aku bawa yang sulong beraya umah member skull. Ada lagi beberapa orang member skull yang selalunya aku pergi tak dapat beraya umah depa kali ni.

Raya ke 4 baru beransur baik 2 orang anak aku tu ,macam tak best aja tak beraya mana-mana tapi Pakcik yang ubat tu pesan baik jangan di bawa jalan lagi takut depa makan tak menentu tapi dalam 2ptg gi umah kakak ipar yang wat mini makan-makan jemput mak/pak menakan wife aku gak, so ok lah dpt jumpa depa kat umah kak ipaq aku tu. Petang tu aku kluar sorang gi beraya pula kat umah member skull kat Bertam Perdana .

Raya ke 5 sampai 9 ek kat sana takde plak jemputan dah, yelah masing-masing dah start keja so aku tumpukan jaga baby bagi dia sihat sepenuhnya tapi raya ke 6 kot tiba-tiba adik badik wife aku ajak berjalan2 ke taiping , melawat zoo la plak . Sebelum tu pi makan mee udang yang katanya terkenal di kuala sepetang tapi lepas aku rasa takleh lawan mee udang sg dua ,p.p lagi. Itu jelah kot nak cite , raya kali ni yang agak suram di bandingkan tahun sebelumnya, tak mengapalah sekejap je kang raya thn depan di jangka 1 sept plak ,kira tak lama dah pun.. huhu

Friday, September 10, 2010

Penghujung Ramadhan

Semalam hari terakhir puasa di bulan ramadhan 1432 H. Alhamdulilah puasa kali ni berjalan dengan baik cuma ada beberapa peristiwa yang telah berlaku. Tidak mengapalah ia merupakan salah 1 ujian untuk hambaNya . Ramadhan kali ni hanya 4-5 hari tak dapat berjemaah terawikh di Surau/Mesjid, kalau nak compare tahun lepas lebih kurang ajelah kot .

Harap-harap dapat bertemu lagi di ramadhan akan datang, banyak amalan yang di buat akan di beri pahala berlipat kali ganda, rasanya rugi kalau tak buat untuk bekalan di hari akhirat kelak.
Hujung ramadhan gak dapat aku sefamily pulang beraya dengan selamat dan macam tahun lepas balik kg tak alami kesesakkan , hmm dah kurang kot sesak sejak laluan Ipoh tu tak payah bayar tol dan beratur untuk ambil tiket semula.

Semalam dapat jumpa rakan-rakan skolah (form-1 -3) skolah High skull BM. Alhamdulilah hubungan rakan-rakan ni masih akrab setiap tahun mesti jumpa, ni cuti panjang ni depa ajak jumpa main futsal plak. oklah kalau free aku join.. hihi/

Tu jelah kot, sat gi nak bertolak pulang ke kg , ni beraya kat umah wife dulu, Singgah kejap kat cc ni lepas balik Mesjid pagi raya ni.. Ok semua pembaca Selamat hari Raya aidil fitri , Maaf zahir dan Batin kalau ada lah ya.!

Thursday, August 26, 2010

Pertengahan Ramadhan

Diam tak diam dah sampai pun kita di pertengahan ramadhan. Insya allah setakat ni semua ok , cuma baby dan anak pompuan tu plak demam minggu ni. Ni aku baru je berbuka 3 butir kurma dan air suam , uikkk itu je? tak aihh ada sup ayam wife buat kan untuk baby demam tu . Buka puasa sorang je tadi wife ada program berbuka puasa kat skull dia so bawa 2 kanak-kanak ribena tu, aku lak kena jaga baby ,kang kalau bawa meragam plak.

Setakat ni aku berbuka puasa kat luar,last week opis buat 1 program dan semalam Vendor ada buat seminar sikit pukul 5 gitu dan lepastu terus berbuka puasa kat otel dekat dengan opis tu.
Risau gak kot berat tiba -tiba bertambah tapi masih maintain turun beberapa kg , woww... hehehe. Ni sebab dok bawa anak aku tu kot, then ada la aku wat larian sikit beberapa kali ,alhamdulilah ok aje tapi takdelah berat-berat just untuk maintain ajo lari tu.

Err apa ke halnya tiba-tiba rajin ni dok bersenam? takde lah opis aku ada wat pertandingan sapa paling banyak turun berat , kira percentage hilang berat tapi mencabar gak sebab sesi timbang final di buat lepas raya ,err hari raya ke 12 kot.Alamak kalau aku tak jaga makan hmmmm susah gak ni kang pi umah orang jenuh aku nak tepis tolak hidangan tapi kenalah gak rasa nanti. Selain hadiah individu ada gak adiah berkumpulan kira dalam 100 orang yang join tu ada 10 kumpulan plak , hmm yang ni susah lah skit kan ,biaq pi la kat depa nak ilangkan berat ke dak sebab ada gak yang saja je join walaupun dia bukan lah kategori berisi pun.. hua hua

Dah la pasal berat, so malam ni insya allah terawih macam biasa . Sekatat ni 1 malam je buat kat rumah , tu pun terlajak menjamu makan kat otel semalam. huhu. So lepas ni kena tingkatkan amalan ,moga- moga dapatlah bertemu malam lailatul qadar,insya allah. Oklah nak mandi ,pray then baru makan maggie sup ayam menu berbuka puasa hari ni...

Monday, August 16, 2010

Awal Ramadhan

Alhamdulilah, dah masuk hari ke 6 dah hari ini. Syukur kali ni puasa katanya cuaca mendung dan hujan di petang hari (ramalan kaji cuaca malaysia barat di jangka asyik hujan sampai le ujung ogos nanti). Oh ya aku dok suspen puasa kali ni perut selalu senak aje di pagi hari tapi kali ni dah ok aja. Mungkin lah aku rasa sejak dok amlkan senaman jogging/lari tu dah banyak kot lemak toksik dah kluaq melalui proses semulajadi tu agaknya. huhu

Oh ya kali ni org umah dok masak tiap-tiap ptg, keja kat skolah ni 3-4 ptg dah sampai umah, lepastu rehat lah sekejap. Bila aku balik sampai umah dalam 5- 5.30 baru dia start masak, so aku lah layan anak-anak, bawa baby turun bawah letak dalam stroller dia then pusing la kat area parking keta tu dalam 3-4 round, ok gak berpeluh la juga skit. Hari pertama aje aku sempat wat larian kononya nak maintain stamina lepastu weekend nak buat hujan plak di ptg hari termasuklah hari ni. huhu

Malam plak alhamdulilah masih maintain gi surau dekat umah aku ni . Hanya wat sunat terawikh 8 dan witir 3 .Jemaah macam biasa hari pertama penuh la jugak ni nak masuk minggu ke 2 kira dah nampak lapang skit(hmm maybe depa pi surau atau mesjid lain kot). Oklah takdelah kisah ada moreh ke dak kadang-kadang aku tak tunggu terus balik je memandangkan kadang-kadang ada mee, bihun yang tak abis lagi

Ha posa kali ni makan nasi masa sahur aje, berbuka aku dah bagi tau kat org umah tak kisah tak makan nasi , kira makan skit dulu macam cucuq pisang ka , cucuq udang ka lepastu baru makan hat berat. Jiran seblah ada gak bagi juadah kira start jumaat lepas org umah bagi cucur udang then esok nya sabtu dia bagi cucur jagung, nyum nyum. Ahad plak akak depan umah tu bagi laksa penang fuhhhh sedap plak memang rasa blah sana lah laksa dia.

Kira hari pertama je lah aku singgah beli cendol dan nasi kerabu kira rm 4 hinggit ajo, then 2 kali gi psr keramat beli bahan basah , sekali gi kedai runcit macam tak sampai rm 60 pun aku rasa . Ala beli ayam 2 ekor , sayur-sayur ,ikan pari haritu sekali rm 6, buah pisang, udang . Hmm oklah tu kan seminggu tak sampai rm 70 pun, kalau gi param tu mau lebih aku rasa maybe rm 100 kot ?. Tu jelah awal puasa kali ni hope boleh teruskan terutama cuba elakkan pembaziran di bulan yang penuh keberkatan ini, selamat beramal!

Monday, August 9, 2010

Cite awal Ogos

Ada banyak cite tertangguh nak taip tapi mood nak update tak datang -datang. Sabtu 2 minggu lepas tadika si abg long ada sukan air bertempat di Desa water park ,Tmn Desa sebelum Sri petaling tu. Dah betahun aku dok kl ni lah kali pertama aku masuk sebab sebelum ni member-member yang mana dah pi alang-alang nak mandi taman tema ni baik gi Sunway Lagoon je depa kata. Oh ya tahun ni dengar cite family day opis ke taman tema air jugak.. hmmm beh beh ni.








Acara di mulakan senam pagi lebih kurang 9.30 am gitu. Tengok kehadiran pelajar tak seramai tahun lepas di mana sukanekanya berlangsung berdekatan dengan tadika iaitu dekat padang bola saja. Tahun ni si Dar ni main 1 game aja sebab game ke 2 dia dah tak tahan nak terjun mandi dalam kolam. Tak mengapalah hadiah nya pingat ajo so dapatlah juga tempat pertama acara bawa bola dgn sudu.




Aku lak masuk acara kategori bapa-bapa acara duduk dalam pelampung dalam 8 orang lepastu (kira mcm ular la pelampung tu) lepastu berlari /jalan dalam air lumba dengan 1 group lagi. Ada 4 group so dia kira masa terpantas group yang aku wakil -umah biru lah dapat no 2.. Oklah tu dapat adiah kain pengelap dapur dan pisau hiris buah. Lepas abis acara hadiah aku ingat naklah pergi berenang tapi anak-anak dah siap pakai baju nak balik then dah bawa baby sama kelam kabut la la gi mandi kat beach sana tu sebelum balik.






Hari ahad dalam 12 tgh plak antaq adik ipar aku yang dok study kat Canada tu ke airport KLIA. Nak jadikan cite tiket return yg dia beli dengan Air Canada rupenya belum di sahkan oleh M*S tu.. Sebelum tu dia bagitau kawan dia dah check memang dah confirm rupenya ada masalah tapi flight tu katanya pergi ke KK dahulu sebelum gi Taipei so adik ipaq aku suspect sure M*S abaikan tempahan dia. Jenuh jugaklah minggu lepas ke hulu ke hilir nak confirm fly tapi akhirnya esok pagi jadual dia di susun semula so mujur tak yah beli lain sebab beberapa penerbangan sebelum ni penuh aja.




Lepastu kita orang menuju ke tempat makan mulanya nak pergi alamanda tapi aku teringat plak si del dok promote food court P9 kediaman dia dap dap belaka so teruih kita orang pergi (call gak tanya tutup dak nasi ayam di hari ahad ni). Err aku rasa ada ambik gambaq kedai nasi ayam tu tah tiba -tiba kluar kedai nasi dagang ganu kita la plak kat camera yang aku ambik ni. huhu. Err sebelum tu sempat aku membuat tinjauan sambil bawa anak-anak ribena tu main dekat playground yang depan dewan serbaguna tu .Fuhh semua kemudahan lengkap siap pray asar kat Surau situ. Kolam renang ,Gym semua ada nooo best gak kalau dok area PUJ ni. Kat bawah ni gambaq depan area playground anak-anak, tengok ayaq mandi bilalah last sekali tukaq.. dah keruh benar budak2 dok berkubang... opss .hihi


Lepas makan nasi ayam Pendang (kedah mai) berangkat lah plak ke Mesjid baru Tuanku Mizan iatu Mesjid Besi nama lama nya. Usai org umah solat kat situ berangkat lah plak membuat sesi fotografi kat atas jambatan yang menghala ke MOF tak salah aku. Err aku letak kat Fb jelah ek gambo-gambo area PUJ ni sebab lawa lanskap dan seni bina bangunan-bangunan dia..(termasuk la Mesjid). Dah penat bergambar dalam 7 ptg berangkatlah pulang ke kay ell dengan seribu kepenatan... ececece.

Wednesday, July 28, 2010

Mid Year Test


Saborjelah masa aku nak taip cerita ni, perenggan kedua terdelete la plak, puas cari button undo tak de la plak... Oklah aku taip la balik.. sob sob... Sabtu lepas ada sesi perjumpaan pasal pencapaian Mid Year Test si anak sulong aku tu kat tadika dia. Suspen lah jugak sebab dok perangat dia kalau dia dapat no 1 hingga 3 adalah nak beli adiah.


Tapi sebelum tu masa 2 minggu sebelum ujian ada aku cuti seminggu + sukan kat Arau tu. Lepastu ujung bulan 5 kira 2 minggu gak dia tak pi tadika couse sakit mata. Jadinya hari sebelum test tu aku pulun paksa dia terutama subjek math, ala ajar operasi tambah-tolak dalam lingkungan nombor tak melebihi 11 . Subjek agama -jawi tak sempat aku ajar malam tu couse pergi K-four rasanya .Kira dalam seminggu tu setiap hari 1 subjek dia test. Tention dia jadinya aku macam paksa dan tegas lah jugak.



Dan Hasil ujian Mid year si abang Long seperti di bawah


Sebenarnya aku macam takdelah nak beriya sangat dia dapat no 1 ke 3 tapi terkejut lah jugak subjek math dia leh score semua. Aku dulu pun darjah 1 punyalah teruk subjek math ni so kira berkesan lah jugak aku dok paksa dia. Namun begitu baru-baru ni aku terbaca kat paper utusan kalau boleh gunalah pendekatan santai kalau mengajar ilmu ni , kang kalau paksa sangat stress pulak anak aku tu.. huhu.
Lagipun umur 6 tahun ni bermain lebih seronok dari pelajari banyak benda, tapi aku rasa tak salah kalau kita sendiri pantau tapi biarlah takde guna paksaan . Mungkin kena ada jadual study ka, hmmm tu tahun depan lah kena buat agaknya. Lepas test ni aku biar aja dia tengok tv, di samping tu kalau pergi tadika aku sempat tanya perkembangan dia kat sana dengan beberapa orang guru.
Ohya komen semua guru dia ,masa pergi jumpa haritu rupenya dia masih malu dan senyap dalam kelas. Yelah kalau aku jadi cikgu tadika mengajar umur 6 tahun sure sronok kalau anak murid tak buat perangai, bising 1 hal lah kan, dengan kelakuan depa yang tak di duga 1 hal- ni boys lah terutamanya. Namun begitu ada peningkatan dari tahun lepas yakni lagi improve la dia punya prestasi. Oklah tu nanti bulan 10 ada lagi final test .

Tuesday, July 20, 2010

Siemens Run 2010 la plak

Sebenarnya aku takde la semangat nak lari ahad lepas couse ada luka skit kat lutut masa main hoki sabtu lepas(tapi beransur baik). Lepas ambik bib dan singlet larian Siemens jumaat lepas terus smangat bila ada perkataan "What are you running for? " .






Amboii ikut suka orang la nak lari untuk apa apa pun opsss.. tapi kalau nak jawap perseolan di atas ,etceley nak mantapkan jasmani ,fizikal dan kesihatan diri lah terutama nya.. alamak belum check paras kols terbaru.




Di samping tu gak aku ternampak adik pompuan letak gambo aruah abah aku kat pacebook dia.Jadi mungkin la aku ni sebenarnya memng dari keluarga sukan adik bradik aku sejak skolah semua lah terlibat dengan sukan.. aku je lepas masuk IPT baru belajaq main voleyball, time skolah cuma masuk larian 400m /800 m je wakil rumah sukan. Ya aku memang masa skolah lemah sikit acara larian jarak jauh so bila dah meningkat umur ni macam takleh paksa ja diri..oppps alasan je






Tengok gambaq kat atas ni sure allahyarham abah aku ni wakil rumah E masa dia kat Tentera Darat Askar Melayu rejemin ke brapa dah lupa. So masa ahad lepas walaupun aku macam rasa lemah je nak daki bukit tu terus teringat gambaq ni dan semangat nak berlari telah kembali, dengan anggapan anakmu ini akan terus meneruskan semangat abah maybe abah tak sempat nak masuk acara larian mana-mana kejohonan kerna busy mengawal sempadan negara dari ancaman komunis dari tahun 1960 - 1978(fuhh takde puss stop). Err kena tanya my Mum ni ada ke abah pernah dapat apa-apa pingat larian ,yelah dia je yang tahu rasanya kehidupan tahun tu.



Err berbalik pada acara ahad lepas larian 10 km tu,aku gerak kali ni dalam 6.50 am, bangun awal solat siap-siap-(aku rasa kalau nak masuk lari lagi sebolehnya area KL dan bermula 7.00 am ke atas.). Oleh kerna rega minyak naik..opss apa kaitan tah ,aku naik motor je kali ni, lagi pun aku nak parking paling dekat dengan dataran Merdeka, taklah jauh nak menapak. Jadi kali ni parking motor tu dekat jalan masjid india ja. hihihi.Sampai terus menapak ke dataran dalam 10 minit , wahh dah ramai orang so terus pergi ke kandang kuda... kekeke.






Sempat aku buat banyak kali streching kaki couse dok risau gak kang jadi macam haritu 5 km dah rasa pancit. Best aja cuaca pagi tu dan tepat 7.30 perlumbaan bermula, aku macam terlari laju plak sampai kat bank negara masa nak daki bukit tu alamak nafas dan terlalu kencang terus aku slow down balik sambil berapa kali aku buat hembusan napas .




Masa nak mendaki tu aku terjalan sebab rasa tak selesa kat bahagian jantung ,errr dada risau lah gak kan ,dan time tu ada sepasang pelari (blogger gak aku rasa) mai tegur aku suruh kawal beat penafasan katanya, yang pompuan tu suruh aku terus kan larian.. nama dia Julie ke Jun ek.. So lepas dari tu aku slow kan langkah tapi kaki masih ok lagi . Hmm kena belajar teknik larian kot ni. Agaknya aku kena mulakan tempo larian yang sama kira tak boleh terlaju sangat kot ,hmmm lagi.




Akhirnya masa kat parlimen nak turun ke bulatan yang ada Bank Rakyat tu aku berlari agak perlahan kira macam dah putus harapan lah nak lari laju lagi.. huhu . Tapi semangat nak lari tetap ada kalau boleh nak improve dalam 5-10 minit masa SCMKL haritu. Masa berlari kat jalan Tunku A. Rahman tu banyak plak beberapa pasukan sorak, gendang lah so aku terbusy dok ambik gambaq depa dan semangat nak berlari tu kembali pulih...dengan ada gendang rakyat sebagainya , hihi




Akhirnya sampai gak aku kat dataran Merdeka dengan catatan baru acara 10 km ni, adalah 4-5 minit kot dari hat yg lepas. Lepas ni nak berehat jap maybe daftar acara Larian Olimpik lepas raya nanti, oklah tu macam best aje lari kat area dataran merdeka ni. Lepastu gi ambil goodie beg takde apa apa pun yang menarik cuma aku minta banyak pisang lepastu.. hihi.
Ok aje sebenarnya nak lari lagi ni tapi nak lari 21 km tu macam kena buat latih tubi lagi lah so tahun ni takpelah aku maintain lari dalam 10 km dahulu. Gambaq lain letak kat Pacebook aku jelah ek. Sekian laporan sukan untuk diri sendiri. hihi

Friday, July 16, 2010

Cerita Hoki

Aku ingat lagi masa form 1 sekolah dulu aku memang berminat nak belajaq main hoki ni so pergi lah sesi pertama latihan. Terkejut aku kapten hoki tu -maybe senior form 6, siap bagitau nak main hoki kena bawa kayu hoki sendiri. Alamak balik tu aku tak sampai hati nak bagi tau abah atau mak nak beli , yelah time tu rasa macam berat je nak minta itu dan ini.




Lepas tu masa form 4 gi skolah kat Penang tu baru la aku start pukul belajar main, tak de lah sukar mana pun. Pergi gak latihan pertama dan masa tu cikgu Hoki terus pilih pemain, kecewa aku tak dapat di pilih , yelah sure yang lain masa form 2-3 dah biasa main.


Masuk keja alhamdulilah ada sukan hoki inter- comp. Aku tak ingat bila aku start wakil comp. main hoki inter-comp tu. Mungkin la sekitar tahun 2000 tak salah aku. Time tu berlatih pun kat bawah parking kereta opis, aku ni sampai kena halau dengan pak guard lah ,ada staff complain katanya. Lepas kahwin sampai sekarang setiap tahun aku gagahi wakil walaupun dah tak letak pasukan pilihan tapi main tetap main.

Sabtu lepas aku main hoki lagi, kali ni aku bawa 2 kanak-kanak ribena tu. Bagi depa tengok dan cuba belajaq pegang kayu hoki tu . Nak elakkan depa boring aku bawa siap-siap buku warna masing-masing di samping bawa 1 biji bola besar. Oklah depa boleh tunggu sampai tengahari walaupun si abang dok merungut boring nak balik . Si Adik pula tak sabar main air pancutan yang membasahi carpet kasar stadium hoki Jln Duta tu.

Oh ya tentang perlawanan , hmm kalah 2 kali dan seri sekali, tak dapat masuk peringkat seterusnya. Yelah 2 pasukan yang pasukan team aku lawan tu kuat lah juga sebab 2 pasukan tu gak masuk final. Aku jadi keeper dalam 2 game pertama, game kedua member aku cedera dia suruh aku jadi penyerang lak. Tengoklah tahun depan kalau ada peluang main lagi sampai aku dah rasa boring main aku akan gantung kayu hoki plak ,main golf ka.. opsss

Walau pun kalah gaya kena ada lah ek. opsss kekeke

Wednesday, July 7, 2010

Seminggu yang best- part 3

Sebelum tu sabarjelah ya pembaca budiman semua aku nak cite part terakhir minggu yang best aku bercuti seminggu jauh dari hiruk pikuk kota.. ececece. Sebelum tu nak cite pasal sukan yang aku sertai tu walaupun aku rasa yang tu merupakan sejarah la sebab teringin sangat aku nak wakil mana-mana pasukan untuk kejohonan besar . Masa skolah memang dok teringin sangat nak wakil hoki lah, softball lah, ohlaraga lah, tapi semua keciwa tak dapat sertai . huhu.

Sekarang barulah tau macam mana dapat wakil ni, dapat elaun , penginapan percuma walau tak stay kat otel, lepas tu segala baju ,seluar semua di beri . Balik Kl haritu dapat lagi elaun sykt bagi sempena membawa nama comp. katanya... padanlah member-member opis hat selalu join kalau boleh nak jugak pergi waima depa tu kadang-kadang dapat masuk sebab kenal rapat dengan ajk sukan.. biasalah ada gak guna kabel..opsss hehehe.


Masa mesyuarat sebelum main tu aku siap mention ucap terima kasih kat penyelaras bolibol kali ni menitik beratkan kehadiran baru dapat join terus hat lain bagitau aku wajar di pilih kerna bagi komitmen.. terharu lah jugak kan yelah sejak 3 tahun lepas aku berlatih dan join sampai member se opis hat main takraw mai tegur aku thn lepas pesal tak wakil sebab dia nampak aku selalu turun.. ,kira dia pun simpati lah tengok aku gigih tapi tak dapat,huhu.

Macam biasa lah aku cakap lah mungkin adalah tahun-tahun akan datang, aku tetap akan turun walaupun keciwa tu tetap ada, alhamdulilah ada gak rezeki tahun ni, tahun depan belum tau lagi mungkin kalau ada hal atau sukan tu jatuh hari sekolah mungkin susah la sikit ,tengok lah macam mana nanti. Ehh tapi sukan tu di jangka di buat di Seremban, boleh balik hari ni.. hehehe

Dahlah pasal sukan, ni nak cite pasal minggu yang best tu sebelum tu hari isnin aku sefamily pergi ke Cameron Highlands lagi... ehh pesal selalu pi C.H a'aa tahun ni? Tahla aku rasa macam nyaman aje cuaca kat sana.. ,siap 2 pagi sebelum sarapan tu aku gi jogging dulu. Ya stamina kena maintain walaupun cuti ye.. kekeke.Kali ni kita orang menginap kat sini.








Oklah Strawberry park ni, luas bilik nya, ada 1 katil queen dan 1 single, bawa gaklah toto anak-anak suka lepak bawah kalau pergi jalan -jalan . Alamak aku macam nak tengok semi final spain viva espania tu , hope buatlah kejutan walaupunn jerman nampak konsisten plak.. ,bola apa-apa je boleh berlaku kan.. Layan gambaq jalah nooo






Monday, June 28, 2010

SCKLM

Ahad lepas akhirnya alhamdulilah berjaya jugak membuat larian 10 km SCKLM 2010. Mula-mula cuak lah jugak nak join ,rasa suspen lah ,berdebar-debar pun ada. Mujur last week dah join larian explore race yang hanya 4-5 km aja, dan sebenarnya takde la buat latihan insentif lari 10 km kira paling kuat pun 8 km ajo kat klcc park tu.


Pagi ahad tu lepas suboh dalam 6.15 gerak plan nak park area lrt star , tapi terlajak masuk sampai nak dekat sogo dan jalan pula dah mula tutup, terus park area balai polis Dang wangi tu , kira sampai situ dalam 6.30. Berlari-lari anak lah aku dan sampai area dataran merdeka dalam 6.45 terus buat streching.. belum puas alamak ramai dah orang beratuq dalam pagar ke garis permulaan terus aku meluru gak tapi tersekat di tengah-tengah.


Sambil menunggu 7.00 tepat aku dok aktifkan kaki , errr goyangkan paha sambil buat strech di ruang yg sempit tu.. hihihi. Bila mula aja fuhh rasa macam tak percaya pun ada akan berlari sejauh 10 km, yelah zaman skull dulu habis kuat pun wakil rumah sukan dalam 400 m & 800 ajo, jarak jauh memang bukan kegemaran.. huhu


Berlari lah aku sambil dok ingat petua kawan se E.R sentiasa bernafas ikut hidung then kekal kan rentak larian tapi masuk 6 km alamak rasa dah nak pancit plak.. hua hua. Tapi semangat nak berlari mula bangkit sebab masa naik bukit perdana area tmn burung tu ternampaklah aweks chiness ni yang takdelah kurus sgt tapi dia maintain lari terus aku ekori dia.. hua hua.


Tapi naik bukit tu aku macam ada terjalan gak, yolah first time lari ni opss alasan lah plak. Masa nak masuk jln raja laut terus aku lari macam biasa sampai lah bila pusing balik tu nak menghampiri dataran merdeka terdengarlah beberapa orang minta ambulan ,ada orang pengsan dan dari segi riak muka yang menjerit memanggil ambulan tu memang suspen aja. Fuhh dan paper star hari ni pemuda chiness tu tak dapat di selamatkan, yalah tak relevan dah dekat dengan dataran takde plak ambulan nak pergi cepat ke area orang tu pengsan.


Akhirnya sampai gak le garisan penamat dengan kaki yang amat tak tertanggung menahan sakit ,hmm aku tak streching betul-betul rasanya ni. Masa tak rasmi 75 minit tapi aku start lambat sebab punyalah panjang nak pi garis mula kan.. hihihi. Sampai sana terus gi cari air ,fuhh lega ya amat.. then pi ambik finished medal. Itujelah catatan larian SCKLM,kena berlatih lagi ni, yelah kena pandai curi masa berlatih, time weeknd kena wat larian 10 km ke atas kot ni.


Antara barangan yang dapat sempena SCKLM ni, malaih plak nak beratuq kat bahagian bagi produk susu tu, terus aku plan balik ajolah + teringat game kat FB. dan macam nak sambung tiduq aja.. huhu.Lagipun dok teringat beg duit,hp kat dlm kereta yang ditinggalkan kat kawasan terbuka area Dang Wangi tu. Itujelah cite larian, insya allah akan join mana-mana event demi kesihatan diri gak sebenarnya ni.

Saturday, June 26, 2010

Ramal lagi

Huhuhu..sabarjelah 4 negara aku teka masuk semi final 3 tepat jadi johan kumpulan, cuma Englang aje tersasar, so dia dok kump. maut kena atasi jermang dulu. Jadi kenalah ubah dulu dengan meramalkan 8 pasukan yang akan masuk ke suku akhir...

Analisa dan statistik setiap pasukan kenalah check, sapa yg takleh main next match(kena kad) ,sapa yg cedera. Err aku takdelah nak check detail tu semua so aku meramalkan ajelah, tengok brapa yang tepat... (hmm harap dpt lulus, 5 ke atas, kekeke)

Jadinya aku pilih yang lepas layak ke suku akhir
Uruguay
Ghana
England
Argentina
Belanda
Brazil
Japan
Spain

hehehe.. ni semua pasukan paberet kan.. takpelah at least pasukan yang aku teka banyak yg lepas,, yg beriya sokong Italy & France elok hampa takyah dok kutuk pasukan lain.. hua hua hua tak de faedah pun.. tapi untuk sronok-sronok oklah kot , kot-kot ada yang dok masuk geng-geng bg duit memperjudikan nasib tak tau lak yang tu.. Apa apa pun ni suka suka ja.. tengok brapa yang kena. huhuhu

Friday, June 25, 2010

Iklan sat


Sebenarnya nak cite lagi part 3 minggu lepas , rasa macam dah lama and malaih plak nak ulas dah.. huhuhu. Takpe nanti leh sambung part 3 kalau ada masa.. hua hua


Takde la apa sangat ,semalam aku dah pi ambik kl-marathon 2010 goodie beg. Sampai stadium titiwangsa tu dalam 2 lebih, sesak plak jalan nak kesana kerna PM ptg tu nak lancar saham menda tah..saham untuk org miskin bandar katanya.


Sampai aje terus beratuq kategori yg aku join, panjang lah gak tapi cepat couse kauter 10 km ni banyak. Suspen gak sure ramai pelari ni ,takpelah aku lari nak sihat kan badan + pertama kali join event macam ni. Kalau menarik dan ok cubalah aktifkan mana-mana event marothon area lembah klang ni.. ececece. oklah layann..iklan jap sebelum sambungan part 3, kekeke

Wednesday, June 23, 2010

Seminggu yang best- part 2

Balik dari PB yakni membeli blah lepak bilik dulu ,sebelum tu dok berbincang dengan beberapa rakan samada nak pergi jamuan makan malam (berbaju batik) ,ataupun nak dinner kat jeti Kuala Perlis tu. Oleh kerna aku tak bawa baju batik tu so aku ikut lah beberapa rakan gi makan sea food yang memang terkenal kalau gi K.P tu.





Sebelum tu aku nak cite masa breakfast pagi jumaat tu beberapa rakan se -team volley tak confident aku dan member sorang lagi boleh menang explore race tu, katanya aku kena berfikir secara luar kotak di samping stamina yang tinggi. Terus aku bertekad dalam jiwa raga akan berusaha gigih untuk expore race tu couse kalau nak berlari aku dah confident boleh punya..hihihi





Malam tu balik dari KP terus masuk bilik sembang skit dengan member se-team then terus masuk tidur,kira nak tidur mencukupi untuk aku lari pagi tu. Pagi macam biasa 6.40 am dah bangun ,ada 1 kereta (4 org) dah nak gerak pulang ke KL so dalam pukul 7 depa cau. Aku lak macam dah suspen dengan belum breakfast tapi nak lari so dalam 7.30 gi daftar dulu kat kompleks sukan dengan member se-team kira setiap 11 wilayah yang ada hantar 1 pasangan untuk E. R tu.(expl race)


Dalam 8.30 baru lah taklimat di beri, rupenya taklah mecabar sebab aku ingat macam ada road block yang kena wat macam amazing race tu. Senang aje rupenya, kena cari 10 point atau 10 stesyen lepastu dah jumpa kena stapler kan kat kertas (yg kena usung). Kira dia bagi peta Uitm keseluruhan so kena tandakan no 1- sampai 10. Takdelah kena buat kuiz ke, atau main apa-apa just lari berpandukan peta yang diberi..

Dalam 9 am baru start ,kita orang team ke 3, so aku mencadangkan member aku ubah strategi buat no lain yang nampak dekat-dekat, so kita orang tak ikut peserta depan yang depa lari ikut stesyen no 1. (setiap team di beli perlepasan selang 2minit). So macam biasa lah aku sentiasa lari di depan kasi member aku yg kurus dari aku lari laju gak.. kekeke (jauh jugak dalam 4-5 km je). Akhirnya kita orang sampai ke garisan penamat dalam 42 minit tanpa ada peserta 2 team lagi yg di lepas awal tadi.




Tunggu punya tunggu ,semua team yang datang tak dapat potong time (42 minit tu) yakni kita orang sampai so akhirnya team KL di nobatkan sebagai juara baru ,yabeda bedu... siap ketua kontingen datang ucap tahniah dan tahun depan dia kata hampa lagilah wakill.. ececece. Geram sangat dengan member2 yang dok perkecilkan aku dan terutama kata aku tak layak lagi main bolibol terus aku sms depa bg tau aku Johan E.R , biaq depa rasakan aku ni akan berusaha sungguh2... so tak usahlah memperkotak katikkan orang lain... opsss memperkecilkan orang lain sebenarnya.. hihi

Pagi Isnin yang lepas siap e-mail lagi kat depa gambaq adiah E.R dengan pertanyaan bila depa nak wat latihan bolibol lagi, fuhh semangat aku ni tak puas hati gi arau wakil E.R aje.. hihihi. Oklah dah panjang ni macam nak cite lagi takpelah tunggu part 3 plak seminggu yg best tu. hu hu. Eh lupa nak bagtau dapat beg galas hadiahnya (ada tempat boh laptop) + 1 lagi adiah bila balik sini ,semalam dapat lagi insentif menang E.R tu.. wahh rasa mcm atlit negara plak.. ops







Gambaq di atas saje je tak buka adiah lagi nak tunjuk kat member yang dok aloq staq tu ,,dia balik awal dan ajak lunch umah dia tgh sabtu tu.. time kami gerak pulang dari Arau. Err terus aku pakai baju no 3 sebab no 3 macam bertuah je pagi sabtu tu , no bid masa E.R pun 3 gak.. ececece

Monday, June 21, 2010

Seminggu yang best- part 1

Minggu lepas ,seminggu takde kat KL dan keterujaan aku berakhir dengan penutup yang best. Aku nak cite pasal aku join suF*ma lah dulu kat Arau Perlis. Yelah buat pertama kalinya aku wakil bolibol setelah banyak kali berlatih dapat gak aku turut serta, rasa macam boleh join lagi tahun depan tapi susah la jugak nak masuk pemain full time kecuali kalau umur aku dah 45 tahun sorang pemain veteran wajib main sepebuh masa dalam peraturan bolibol ni.





Perjalanan bermula depa ambik aku dekat hentian RnR Sg B*kap dalam 3 ptg, di iringi hujan yang agak lebat hari rabu lepas. Sampai dekat Arau dekat 6 ptg selepas henti kejap kat Gurun terus masuk bilik asrama Uitm tu , hmmm sure sapa yang dah jadi manager tentu tak tiduq dalam asrama ni. Teringat balik asrama yg pernah aku duduk zaman blajar dulu kat Pahang dan Ganu tu kira sebijiklah design depa buat ni.






Khamis tu game kitaorg bermula awal pagi, pertemuan pertama dgn Wil. Aloq Staq selaku tuan rumah, hajat di hati nak main tapi coach tak bagi lagi, dia suruh aku tengok dulu yelah ni kali pertama aku join. Game pertama menang ,lepastu lawan dengan Wil. JB plak dan letak pemain yang sama kecuali tukar pemain veteran aja tapi tetap kalah.






Kira 3 orang pemain simpanan termasuk aku tak dapat main... Hmm nak wat macam mana dah memang macam tu kot lagi pun depa yang main ni bukan selalu turun tapi atas tiket pernah join dan faktor ketinggian dapat lah depa main. Rasa geram tu adalah juga tapi mujur aku ada game 1 lagi di hari sabtu iaitu explore race , couse final bolibol ni depa buat hari jumaat tu.




Malam tu acara perasmian bermula, separuh dari ahli team bolibol tak join (yelah sebab depa dah pernah join). + di samping game Argentina Vs Korea khamis 7.30 ptg tu . Aku berbelah bahagi gak tapi demi nak jugak aku rasa pertama kali terliba, join lah jugak walaupun takdelah sehebat perasmian sukma melaka tu... (memang jauh la) kekeke. Tapi ramai dari team tak puas hati couse atleast ada perlawanan suku akhir tapi juara setiap kumpulan je layak terus ke semi final. So buat apa pi perasmian, game dah abiskan... huhu


Jumaat plak pagi tu bagi sokongan rakan-rakan yang masih main macam sukan badminton,lepastu pergi venue Tenis dan akhir sekali pergi tengok final bolibol. Oklah dapat juga coach dan rakan-rakan melihat kelebihan lawan couse tahun depan coach yang baru dilantik tahun ni plan nak bawa ke final.. huhu. but banyak lah benda kena pelajari balik katanya. Petang tu 1 kereta pi shooping kat padang besaq beli buah tangan tanda kenangan, hampeh aku cari baju werld cup agentina takdak last-last rembat rugbi punya tshirt... nanti sambung balik .

Friday, June 11, 2010

Teruja

Petang n i gerak lagi balik kg halaman, hujan plak dah turun tapi macam nak henti dah. Selalunya Kl ni kalau hujan di ptg hari sure nak redah sesak menjadi 1 kemestian kalau nak kluar KL ni. Kalau lepas sg buloh PLUS tu pun kadang-kadang sesak gak bila nak sampai Rawang tu. Teruja betul nak pulang kali ni kerna banyak benda akan berlaku.

Hari sabtu dan ahad ada kenduri lagi..layannn ajelah. Ahadnya kawan skolah baru nak langsung, teruja aku nak jumpa kawan lama, ramai gak geng-geng lama nak turun so boleh la tengok geng-geng dulunya masa skolah mat sport dah bulat dah huhu. Aku jumpa ja nanti pakat dok ajak depa aktifkan diri supaya mereka rajin2lah bersukan..ececcece.

Lepastu isnin sampai rabu.. yezaaa.. bawa famliy bercuti di CH . Dah tempah pun tempat penginapan awal-awal risiko lah jugak takut-takut boss tak luluskan. ALhamduliilah takde urgent apa pun tugas menanti tapi balik dari cuti sure banyak dengan ada Audit plak. Oh ya kali ni menginap di tempah best skit ,jauh di atas bukit sikit..sure sejuk membeku ni..opsss..

Hari rabu sampai sabtu plak akan berada di u*tm Perlis . Tak pasti lagi aku di suruh main ke tak tapi no hal dah selalu turun berlatih takkan coach tak bagi main pulak kan.. huhu. Sabtunya kalau ada yang boleh ganti explore race tu nak join larian 5 km. Itu jelah minggu teruja aku nak lalui hope semuanya dapat di lalui dengan best dan jayanya!

Wednesday, June 9, 2010

Ramalan W.C 2010

Musim bola dah nak mai dah.. Semua orang tiba-tiba akan cakap pasal bola menjelang jumaat nanti sampai awal julai. Sebulan tu nak layan tapi aku tak nak lah layan game pukui 2.00 am tu kecuali semi final atau final kalau team pilihan masuk lah kot.. kekek

Jumaat ni nak gerak pulang ke kg halaman lagi, sure ramai berpusu-pusu kluaq ni. Kalau 5.30 aku gerak maybe (kalau tak jem sangat kat tol jalan duta tu) di jangka sampai pukul 10.00 mlm , Sempat lah kot nak tengok Shakira nyanyi lagu tema... huhu, tak aihhh tengok game pembukaan , harap-harap adalah kot tarian singa africa ke... hari mau ke... kekeke

Minggu depan yezaa.. cuti dan join kejohonan Sukan antara Wilayah . Ha tadi dapat e-mail jemputan join Explore Race + di samping wakil volley ,ingatkan nak join larian sebab tengok jadual sama plak time pagi sabtu. Takpe exlpore ni kena lari-lari gak di samping mencari harta karun katanya.. huhu

Ehh melalut plak aku, aku nak meramalkan 4 pasukan lah dulu masuk semi final tapi ke empat-empat ni kena jadi johan kumpulan baru senang nak jumpa di semi final, so aku teka separuh akhir 1 , Bra vs Eng , 1 lagi Spa Vs Arg. Pasukan pilihan aku Spa dan Arg setakat ni dulu, kena sokong 2 lah at -least boleh tertiduq depan tv(game 2.am) sampai final nanti, huhu layannnnnnnn.

Wednesday, June 2, 2010

Musim kend. dah mai

Weeknd lepas balik kg ptg khamis tu zassss 5.40 bergerak dari umah naik DUKE , terus ke PLUS. Henti kat petronas RnR Tpah dalam 25 minit mcm tu (jamak siap2) dah akhirnya sampai umah kat Jawi tu dalam 9.30. Oklah tu sejak Ipoh direct ni cepat aja sampai. Mulanya tak cadang nak balik time wesak tapi panggilan kend @ kenduri tiba-tiba mengaamit pulang ke desa.

Org umah plak baru start sakit mata rabu lepas terus dia confident leh cuti lama so sampai cuti sekolah la dia cuti... best plak bersambung macam sebulan plak dia cuti. Malam tu masa drive balik tu aku macam tak sihat so pagi jumaat tu lepas perkena panodal ,petang dah baik.


Sabtu nya kenduri dah mula start awal tengahari ,kenduri Aqiqah tapi jiran sekampung pakat buat 7 orang nama sekali terus tumbang sekor lembu.




Fuhh nasi merah daging fresh,gulai kawah ,ayaq asam tomato fuhh memang terangkat yumyyy!.. Err gulai ikan sebelah tu anak aku yang makan (lom baik sakit mata nya si abg long). Balik dalam 2 ptg tu jiran sepupu plak anak dia akad nikah so depa masak gulai ikan gak so aku tak makan nasi la kat situ hanya makan kuih-muih dalam seketul 2 aje.

Ha ni sabtu ni baru kenduri so balik lagi lah aku this weeknd kira dah ada 3 kenduri termasuk hari ahad. Hmm kasut jog kena letak siap-siap la dalam keta nanti... Minggu sekali lagi balik lagi aku ke kg,member skolah plak kahwin.. hmmm berulang alik lah nampaknya aku ni.

Petang tu layan 2 kanak-kanak ribena tu depa main pondok-pondok. Maktok depa upahkan org indon buatkan untuk cucu-cucu bila balik kg , best kira pangkin ni siap boleh tiduq.. layan...

Monday, May 24, 2010

Akhirnya

Pagi tadi masuk opis macam biasa, bila check e-mail aje dari penyelaras sukan , Yezzz..... akhirnya.. berkat kesabaran dok pergi berlatih sejak 3 tahun lepas dengan Team bolibol kat opis ni .Alhamdulilahh dapat juga di pilih ke sukan antara wilayah 1 malaysia di IPT kat Perlis nanti.

Mulanya macam cuak jugak nak dapat sebab yang lain-lain pemain pun ada yang lagi ok bila nak set bola tu. Yelah akui aku rendah so nak blajaq spike macam tak baper nak menjadi kena lompat terlebih tinggi plak. lagi pula kali ni ada 1 company tu tak antar pemain berlatih kira depa tak puas hati sukan inter-comp. haritu boikot lah kononya.

Kejohonan di jangka berlangsung 16-19 Jun nanti so time ni cantik gak cuti skull so bolehla aku ambik 2 hari cuti tahun sebelum tu pi jalan mana -mana (ingat nak pi Cameron lagi). Lepastu aku tunggulah kereta mana-mana pemain dari KL kat mana-mana RnR masa depa nak bertolak nanti...

Menariknya lagi pada masa hari sebelum penutup ada acara 5 km jarak jauh so boleh la aku bagi nama join nanti memandangkan bolibol ni HQ atau Wilayah KL ni selalunya susah nak masuk semi final. Oklah tu menarik ni kira sejarah lah gak kira wakil negeri KL gak ni.. kekeke

Saturday, May 22, 2010

Fuh Lega

Akhirnya setelah berulang kali pergi ke klinik dan hari khamis lepas gi jumpa pakar mata terus kat spital P tu alhamdulilah cuti aku nampaknya tamatlah hari jumaat (kelmarin lah ). Lega rasanya sebab hampir 2 minggu gak sakit mata ni dengan pandangan kabur aja.

Dalam aku dok kawal minggu lepas akhirnya terjangkit lah plak. Yelah dah dok serumah ,2 orang berjangkit minggu ni. Nak buat mcm mana susah gak nak kawal tangan ni dok pegang/garu mata then tak basuh tangan betul betul.

Lega jugak lah dari dok berehat je kat umah layan Tv & Inter ni ,sambil dok kawal makan couse takleh makan ayam /daging jadi menu utama ikang ja. Ada kesanya berat dah kurang 2kg tapi tu pun aku masih bersenam lah jugak di awal pagi dalam 4 kali seminggu 2 minggu ni.

Last sekali nak layan konsert akhir af 8, lega rasanya dah abis dah dok layan musim kali ni tengok bakat mereka yang tah apa apa. Pengetua pula boleh pilih kasih dok mengharapkan Shahir menang couse pengetua sebelum ni depa semua berahsia pilihan mereka. Dah sah sekutu KRu Prod. yang akan undi malam konsert dan pemenangnya adalah Shahir mamat dari Ipoh ni, tempat ke 2 si Adira dan Iwan lah no 3 aku teka.(tak undi pun hua hua hua).

Aku rasa setiap musim bola 4 tahun sekali selalu je hambar couse masa Faizal menang Af 4 pun ramai tak ambik kisah sangat so sama je macam tahun ni. Err kena rehatkan lah kejap penonton pun dah muak dengan kezutan-kezutan yang tah apa-apa tu.. opsss. kekeke. Yesss bolehla malam minggu layan cite lain pula.

Wednesday, May 19, 2010

Lapan bulan dah





Sekejap je baby aku tu dah lapan bulan awal Mei lepas. Gambaq kat atas ni bawa dia bersiar-siar di laman rumah lepas aku balik keja la selalunya. Kalau nak dukong pi buaian taman mainan tu jauh la gak so letak keta sorong tu bawa je dia ke pusing 2-3 kali.






Start umur lapan bulan lepas dia dah boleh panggil abah(7 bulan kot dia sebut bah ja) kadang-kadang lani baru dia boleh sebut Mama dan bahasa asing apa tah kalau dia membebel nak susu tu. hihi

Ha dia start merangkak dengan lajunya (lepas baik demam), lepastu mulai minggu ni dah boleh duduk sendiri pun. Alhamdulilah baru je baik demam , dan selalunya demam ajelah kalau yang aku sefamily risau pun, yang lain sihat walafiat. Semoga dia terus membesar dengan sihat hendaknya ,Amin!

Tuesday, May 4, 2010

Mempaparazi Drama Adamaya




Sebelum nak cite ni hampa layan dak Adam maya 6.30 ptg kat tv3 setiap isnin sampai khamis?
Aku tak lah layan sangat kalau tertengok pun baru balik ber exercise atau bawa anak-anak turun main kat halaman luar tu. Cite dia aku tengok biasa je tapi skrip drama dia macam oklah jugak di samping ada budak pompuan cute lagi comel berjaya membawa wataknya. huhu



Nak di jadikan cerita weeknd 2 minggu lepas hari sabtu tak salah aku. Lepas pergi membeli belah di Jusco Au 2 , bawa si adik gi cucuk kali ke 3 (hat 6 bulan). Lokasi nya berdepan sikit aja dengan klinik Izham Setiawangsa tu ternampaklah beberapa orang pelokon drama adamaya tengah buat 1 babak lakonan.







So gambaq hat ataih ni mamat yg tengah jalan tu perlakon agak baru ,apa tah nama dia..Watak dia ala yang kahwin dengan wanita yg agak berusia tapi wanita tu di matikan wataknya last week, kekeke .





Gambaq hat ataih 2 pelakon utama lelaki drama ni, si faizal bekas suami Nana tu dan yang pegang watak Adam tu, si Maya atau Lisa yang cun tu tak nampak plak petang tu,hihihi . Tu jelah nak cite dan babak episod ni aku tak tau ada ke dak lagi , harap-harap belum lah kot.kekeke

Wednesday, April 21, 2010

Hangat

Lamanya tak terupdate blog aku ni. Hangat sebenarnya ni... hangat sebab kat opis dah tak boleh mengupdate blog . Lepas tu Internet kat umah lak problem.. kira hangat hati lah ni..

Ni aku balik umah nak ambik pakaian sukan couse setiap isnin dan rabu la ni ada wat latihan bolibol. So boleh la aku mengupdate sikit, menyapu sikit apa yg patut ...kekeke. Game bolibol tu aku dah agak sure sapa baik dgn penyelaras dapat le wakil wilayah KL bulan Jun nanti.

Tempat mula2 dengar macam kat Changlun... tempat cik dell kita tu tapi mungkin bertukar ke Arau plak. Yang ni aku dah tanam kat diri ni di samping aku buat larian just untuk exercise kan diri lagipun bolibol ni paberet sejak masuk keja kat sini. Kalau tak terpilih takdelah nak Hangat hati kan... hehehe

Ya weeknd lepas bila aku dok bc twitter sorang2 geng rebanmaya dok kata hangat berkuaplah dok dalam rumah baru aku prasan umah aku yg dok sikalang pun bahang hangat tu terasa sampai nak tidur la. Akhirnya ahad tu aku dan org umah terus buat survey kat beberapa tempat maka ambiklah 1 aircond pasang kat umah.. hihihi,kira kita orang share lah beli.

Errr tapi betulke jurujual tu dok kata yg jimat energy tu depa kira setahun, bukan sebulan? Dan dia kata sama aje kalau nak air-cond tu stabil jangan dok selalu on-off atau guna timer. Dia kata sebelum tidur tu pasang dulu dldm 8-9 mlm, then nak pukul 12 off then pasang kipas. Dah buat dah semalam macam ok aje petua dia bagi tu.. yezaaa dah tak hangat dah malam malam tidurku!

Monday, March 29, 2010

Cuti Skull Gi Pangkor



Fuhh lepas balik kb, then pergi berkelah kat PD ingat tak nak jalan gi mana-mana dah. Lagipun Cuti skolah plan balik kg aje, tiba-tiba kakak dan adik ipar ajak gi jalan -jalan ke Pulau Pangkor. Pergi hari isnin balik hari selasa (hmm mcm sekejap je). Ini kira kali ke 2 pi sana, masa bujang pernah la pergi dengan member-member serumah (2002 kot). Yang tu menginap 2 mlm siap gi snookling bodoh2 je. ekeke.



Sebelum pi serbey penginapan kat sana, siap call tanya so tak payah book ,tak ramai orang menginap maybe time cuti skolah kali ni dah ujung orang abis gaji kot.. huhu. Sampai kat Lumut singgah kat 1 agensi pelancong dan book terus hotel Coral Bay resort. Stay kat Aptment 2 bilik rega rm 290, kalau time tak cuti skull dlm rm 240 .


Ni dari balkoni bilik nampak kolam renang. Oklah menginap kat sini, dekat dengan Jeti (4km je kot) dan hanya 100 m je jalan kaki ke Pantai bogak. Cuma yang tak best restoran tak banyak area ni kalau nak banding kat pantai teluk nipah lagi happening katanya .



Ni kat pantai pasir bogak (bersih dan oklah kalau nak mandi),boleh tengok matahari terbenam gak. Model pun dah tak larat nak dah nak poss ambik gambo time ni.. hihi. Si abg long dengan sepupu kamceng dia.


Gambar matahari nak terbenam tu guna kamera mahai(Nikkon brapa tah) adik ipar aku. Patut la ramai geng rebanmaya hobi mahai2 ni, ada kepuasan sebenar ambik gambo ni kalau hasilnya cantik menarik lagi tertarik kan..hehhee. Tu je kot nak cite jalan-jalan bersama family di cuti skolah.

Wednesday, March 24, 2010

Adakah sebab...



Nyum nyum..sedapnya makanan kat atas ni, adakah makanan kat atas ni punca ??
Punca kols dalam darah aku telah naik mendadak ? err tak baik salahkan makanan aku ni.
Errr banyakkan makanan laut kat atas ni?
Ni adalah cholek masa pada hari pertama kat KB(lokasi di area stadium utama kat Kb tu). Lazat memang lah tak di nafikan tapi adakah ia menyebabkan kadar kols aku tinggi?

Hehehe ,aku rasa taklah sangat cuma maybe lepas sminggu pi KB aku wat ujian darah kat klinik. Check abislah kolestrol, kencing manis, dan beberapa lagilah penyakit .

Hasil ujian nya.. jeng jeng jeng, berdebar jugaklah bila jumpa doktor tu.

Errkkk fuhh mujur kols tak melebihi 7.5 , kira masih di bawah 7 lagi. So doc dah nasihat jaga permakanan sekarang. Exercise kalau buat 40 minit 5-6 kali seminggu katanya. Yelah sebelum ni dalam 30 minit dah berpeluh aku dah renti tak teruskan lagi.

Kalau 7.5 ke atas dah start kena makan ubat kan? leceh lah nak makan ubat2 ni aku rasa. So dia suruh datang bulan 6 ni wat ujian lagi.

Alhamdulillah lain-lain ujian semua positif cuma kalau buat ujian screen 1 badan lagi ok kan? ke buat masa masuk umur 40 an nanti. Apa apa pun kena teruskan lariannnn yang aku dok buat sekarang ni, maybe nak lari kat mpsj atau lari dgn geng bomba kat dataran.. huhu

Wednesday, March 17, 2010

Cuti Cuti PD

Saborjelah aku ni nak hapdet blog malaih sebenarnya couse baru balik bercuti.. Ha yang tu nanti hapdet siap letak gambo baru best ek.

So ni nak publish gambo cuti bersama family ke Teluk Kemang,Pd weekend hat yang lepas . Pergi hari sabtu balik hari ahad. Adik Ipar join sekali so gambo yang di publish ni hat dia ambik la guna kamera Nikkon brapa tah.


Si abg long tak sabar nak mandi tengok kolam dari atas bolkani



Kak Ngah dah ready nak turun... tapi belum boleh lagi abahnya belum tukar sluar.



Ha, dah sampai bawah pun, poss jangan tak poss


Abg long cuba untuk belajar berenang, hehehe


Opss nak terlemas ke kak Ngah ni